|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:04:08 GMT -1
Sautun Nahdah (Suara Kebangkitan) ialah lidah rasmi Hizbut Tahrir Malaysia, yang diedarkan kepada kaum muslimin secara berkala setiap hari Jumaat di beberapa masjid-masjid utama di utara, barat & selatan Semenanjung Malaysia. Setiap minggu, sidang redaksi Hizbut Tahrir Malaysia akan mengulas, dari perspektif syara' yang sahih dan paling rajih, mengenai isu-isu permasalahan ummah, tempatan dan antarabangsa.
Semoga ruangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin kerinduan kita kepada kebangkitan Islam yang hakiki, iaitu dengan Penerapan Islam Kaffah melalui penegakkan (bitoriqati iqamatu) Daulah Khilafah ar-Rasyidah, Ala Minhaj An-Nubuwwah.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:05:12 GMT -1
Mukadimah
[SN01] Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Istana Budaya pada 11 Januari 2005 telah melancarakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni kerana wujudnya masalah sosial yang agak kritikal. Walaupun kempen diharap dapat melahirkan persekitaran yang lebih baik demi kesejahteraan masa depan tetapi keberkesannya pasti menjadi tanda-tanya. Masalah sosial bukanlah sesuatu yang baru tetapi liputan mengenainya menjadi kronik kebelakangan ini. Kes-kes keganasan sosial samada yang melibatkan rogol kanak-kanak, penderaan domestik, rusuhan penyokong bolasepak dan samseng jalanraya seolah-olah menimbulkan persoalan samada kesejahteraan masyarakat Malaysia dan kehidupan berkualiti mereka belum berada dalam tahap yang memberangsangkan. Pembangunan berterusan seolah-olah meminggirkan pembentukan nilai budaya ke atas personaliti individu menjadikan mereka tidak matang. Penekanan berterusan ke atas ekonomi yang memperlihatkan kepentingan nilai materialistik dan pembangunan yang menampilkan kecanggihan infrastruktur serta sektor pendidikan yang menekankan mengenai pencapaian akademik menyebabkan pembangunan sosial seolah-olah sukar bersekedudukan dengan transformasi tersebut. Masyarakat Malaysia dikatakan hanya akan berjaya jika mengamalkan nilai-nilai yang progresif. Nilai-nilai yang dikatakan itu termasuklah rasa hormat kepada orang tua, pentadbiran serta mengamalkan pakaian yang sopan, berkelakuan yang baik serta amalan keagamaan, bertanggungjawab ke atas perkahwinan, keluarga, kerja serta memiliki sifat-sifat yang penyayang. Kempen yang dijalankan ini membuktikan kesungguhan yang tinggi pihak Kerajaan di dalam usaha melahirkan masyarakat cemerlang, iaitu apa yang dicanangkan sebagai masyarakat kelas pertama.
Persoalan Adakah kempen yang dilancarkan kali ini akan benar-benar memberi kesan kepada golongan sasarannya? Persoalan ini ditimbulkan kerana, kebanyakkan kempen yang dilancarkan sebelum ini tidak memberikan hasil yang baik. Kempen-kempen seperti Minat Membaca, Kitar Semula, Pandu Cermat Jiwa Selamat dan sebagainya walaupun tidak dinafikan ada mencapai beberapa objektif tertentu, tetapi masalah utamanya masih gagal diselesaikan. Misalnya Kempen Kitar Semula yang masih gagal mengurangkan jumlah sampah yang ditimbunkan di pusat-pusat pelupusan sampah. Malah, masih terdapat permohonan baru untuk kelulusan tapak pelupusan tambahan. Kempen Pandu Cermat Jiwa Selamat juga masih gagal menyelesaikan masaalah kemalangan jalan raya. Dimanakah silapnya? Padahal, masyarakat majmuk Malaysia khususnya umat Islam dikatakan kaya dengan nilai budaya dan adat resam. Kewujudan adat, nilai dan budaya di dalam sesebuah masyarakat ini sebenarnya adalah warisan daripada amalan generasi terdahulu. Bahkan, ia telah wujud sebelum kedatangan Islam ke tanah melayu lagi. Masyarakat melayu sangat kaya dengan adat resam dan budi pekerti yang telah diamalkan sejak zaman melayu lama. Bak pepatah Melayu : “Biar mati anak, jangan mati adat” . Ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan adat pada pandangan orang-orang melayu. Tetapi warisan ini hampir pupus ditelan dek zaman. Ini dapat dilihat gaya hidup generasi remaja pada masakini terutamanya mereka yang hidup di kota-kota metropolitan. Budaya Melayu semakin terhakis. Bahkan ada yang lebih bangga memperagakan imej asing. Perkara ini kemudiannya dipandang serius oleh Kerajaan. Tetapi, siapakah yang membenarkan unsur-unsur ini masuk ke dalam negara? Nilai budaya dan adat itu sendiri bukanlah sesuatu yang bersifat mengikat individu untuk mengamalkannya. Bahkan perlanggaran nilai budaya dan adat ini tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah.
Menilai Perbuatan.
Realiti dan persoalan yang dihuraikan di atas sebenarnya melibatkan perbuatan manusia. Menilai sesuatu perbuatan tanpa merujuk kepada pandangan hidup yang khusus iaitu aqidah, tidak akan bersifat tetap. Penilaian seperti ini akan berubah apabila orang berubah atau zaman berubah. Ini adalah kerana asas penilaian yang digunakan terbit daripada akal manusia. Sistem kapitalisme yang melingkungi setiap individu juga menyebabkan mereka menjadikan manfaat sebagai asas kepada setiap perbuatan yang mereka lakukan.
Penilaian sesuatu perbuatan samada baik dan buruk atau terpuji dan tercela tidak boleh disandarkan kepada kekuatan akal semata-mata. Ini adalah kerana pendapat daripada akal akan menimbulkan perbezaan, perselisihan pendapat, pertentangan dan dipengaruhi oleh tempat dan zaman. Atas sebab itulah pandangan daripada akal seseorang individu tidak sama dengan pandangan akal individu yang lain. Contohnya masalah peningkatan kes perlanggaran disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Terdapat pihak yang mengatakan masalah ini berpunca daripada didikan di rumah. Pandangan lain pula menyatakan ia disebabkan oleh pengaruh gangsterime yang wujud di persekitaran sekolah yang terbabit. Bahkan di sesetengah sekolah, terdapat perbezaan di dalam menentukan kesalahan. Di Malaysia, adalah dianggap sebagai suatu kesalahan jika pelajar lelaki dan perempuan bercumbu di kawasan sekolah tetapi di negara barat, ia tidak dianggap sebagai suatu kesalahan. Isu kadar kemalangan jalan raya yang tinggi di Malaysia misalnya, ada yang menyatakan kadar kemalangan yang tinggi itu disebabkan oleh sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa keadaan jalanraya yang tidak berkualiti menyebabkan kemalangan itu berlaku. Di dalam hal pemakaian ianya lebih jelas. Misalnya seorang gadis muslim yang memakai kebaya ketat sopan bertudung dianggap sopan dan terpuji oleh sesetengah orang, tetapi bagi sebahagian yang lain, ia dianggap sebagai tercela kerana dianggap telah memaparkan bentuk tubuhnya.
Walaupun pada zahirnya kita mendapati bahawa sesuatu perbuatan itu dari segi zatnya adalah bersifat benda (material) semata-mata, ia tidak secara sendirinya bebas daripada nilai sehingga akal dibiarkan untuk menentukan mana perbuatan yang baik atau sebaliknya. Seorang muslim yang telah mengaku bahawa tuhan yang layak disembah ialah Allah swt, maka setiap amal perbuatannya terikat dengan hukum yang telah Allah swt tetapkan. Sebagaimana menurut kaedah fiqh yang masyhur:
“ Hukum asal suatu perbuatan itu terikat dengan hukum Allah “ Setiap perbuatan manusia tidak terlepas daripada penjelasan syara’. Maka penentuan baik dan buruk atau terpuji dan tercela bagi sesuatu perbuatan itu mesti diserahkan kepada hukum syara’. Atas dasar inilah perbuatan menipu itu dikatakan tercela; menepati janji dikatakan terpuji; berbuat fasik adalah tercela; sedangkan bertakwa kepada Allah swt adalah terpuji; membelot dari Daulah Islam adalah perbuatan tercela; sedangkan melakukan muhasabah dengan berani untuk memperbetulkan perjalanan Daulah apabila melakukan penyimpangan di dalam perlaksanaan hukum adalah terpuji. Semuanya ini diputuskan dengan cara sedemikian kerana terdapat penjelasan daripada hukum syara’.
Keperibadian Islam (Syakhshiyah Islamiyah) Menurut perspektif Islam, seseorang individu itu tidak dinilai semata-mata daripada penampilan fizikalnya. Penampilan fizikal di sini termasuklah bentuk tubuh, wajah dan pakaian. Seseorang muslim itu hanya dinilai melalui amal perbuatannya. Walaupun seseorang itu bertubuh segak, berwajah menarik dan berpakaian kemas tetapi jika amal perbuatannya bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh syara’, dia tidak dianggap sebagai berkeperibadian Islam. Ini dapat difahami dengan jelas melalui Hadis Rasulullah saw :
“ Sesungguhnya Allah tidak menilai ke atas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.” ( HR Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
Seseorang itu hanya akan dikatakan mempunyai keperibadian Islam apabila Aqliyyah dan Nafsiyyah yang ada di dalam dirinya mematuhi hukum syara’. Penerangan mengenai kedua-duanya dan hubungkait dengan perbuatan manusia diterangkan seperti berikut;
i) Aqliyah
Kata aqliyah berasal daripada bahasa Arab yang bermakna sesuatu yang berkaitan dengan aqal.Muhammad Hussein Abdullah di dalam kitabnya yang berjudul Mafahim Islamiyah: Ar-Ruh, Al Idrak, Al-Amal, As-Syakhshiyah, Beirut 1994 menghuraikan aqliyah sebagai cara yang digunakan untuk memahami atau mengambil kesimpulan tentang realiti tertentu. Dengan kata lain’ Aqliyah adalah cara yang digunakan oleh seseorang muslim untuk mengaitkan realiti yang dihadapinya dengan apa yang telah ditetapkan oleh syara’, samada ia merupakan suatu yang bersifat wajib, sunah, makruh, harus atau haram. Maka dengan itu walaupun seseorang itu beragama Islam tetapi tidak mengaitkan realtinya dengan apa yang telah ditetapkan oleh syara’ serta tunduk kepada kehendak hawa semata-mata maka aqliyahnya tidak boleh dikatakan sebagai mempunyai aqliyah Islam. Ia tidak dianggap mempunyai keperibadian Islam.
ii) Nafsiyah
Kata nafsiyah berasal daripada kata nafs’ yang ditambah diakhir kalimat dengan ya’ an-nisbat. Menurut bahasa, nafsiyah adalah sesuatu yang berkaitan dengan nafs’ dan apa-apa yang berhubungan dengan sifat-sifat nafs’. Muhammad Ismail di dalam kitabnya Al Fikru Al-Islami menerangkan bahawa nafsiyah adalah cara yang digunakan oleh seseorang untuk memenuhi dorongan ( dawafi’) yang lahir daripada keperluan jasmani dan nalurinya berdasarkan pandangan hidup tertentu. Dorongan daripada keperluan jasmani dan naluri ini terdapat juga di dalam haiwan. Oleh kerana haiwan tidak mempunyai akal, maka haiwan tidak boleh dikatakan mempuyai nafsiyah. Jadi, nafsiyah di sini bermaksud, seorang muslim itu hanya dikatakan berkeperibadian Islam apabila memenuhi dorongan keperluan jasmani dan nalurinya dengan berdasarkan pandangan Islam. Maka dengan itu, walaupun seseorang itu mempunyai penampilan islam tetapi tidak mempunyai nafsiyah Islam, ia tidak dianggap sebagai seorang yang mempunyai keperibadian Islam.
Apabila kedua-dua unsur ini telah tunduk kepada kehendak Islam, ia akan melahirkan individu yang berkeperibadian unggul dan berbudi pekerti yang baik. Rasulullah saw dan para sahabat telah menunjukkan contoh tauladan yang baik untuk diikuti. Apabila Saidatina Aisyah r.a ditanya oleh para sahabat berkenaan dengan akhlak Rasulullah saw, lalu Aisyah menjawab; “ Akhlak Rasulullah adalah Al Quran”. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kepatuhan seseorang kepada hukum syara’ itulah yang menjadikan seseorang itu berakhlak.
Peranan Khilafah Islam (Daulah)
Walaupun setiap individu muslim itu mempunyai aqliyah dan nafsiyah Islam, ia masih belum boleh melahirkan sebuah masyarakat Islam. Ini adalah kerana Masyarakat bukan sahaja terdiri daripada individu semata-mata. Masyarakat terdiri daripada individu, pemikiran, emosi dan sistem yang diterapkan di dalamnya. Maka dengan itu, jika sistem selain Islam yang diterapkan di tengah-tengah masyarakat, maka kehidupan Islam hanya akan terbatas kepada individu yang berkeperibadian Islam sahaja. Ia tidak akan memberi pengaruh apa pun ke atas masyarakat. Seorang kafir tidak akan melihat keindahan Sistem Islam di dalam diri seorang individu yang berkeperibadian Islam melainkan hanya melihat ketertiban di dalam melakukan perbuatan. Setiap individu tetap dipengaruhi oleh sistem yang melingkungi hidupnya. Sistem yang hanya menjadikan manfaat dan material sebagai asas akan ‘memaksa’ setiap individu untuk menjadi ‘individu materialistik’. Jika pun ia mencuba agar tidak bersikap materialistik, tetapi ‘individu materialistik di sekelilingnya akan ‘menghanyutkannya’ di tengah-tengah ‘masyarakat materialistik’.
Khatimah
Semoga kita tidak terikut dengan seruan sumbang, menyeru kepada kebaikan walhal seruan yang dilakukan adalah sebenarnya tidak ada asas yang kukuh dari segi ajaran Islam. Masyarakat Islam mendambakan penerapan Islam yang menyeluruh. Bukan sekadar Islam pada nama nilai-nilai sejagat dan universal, tetapi Islam sebagai asas negara sehinggalah kepada penerapan sistem-sistemnya yang lain seperti: Sistem Ekonomi Islam, Pendidikan Islam, Sosial Islam dan Penghukuman Islam. Kesemua sistem-sistem ini hanya akan dapat dilaksanakan apabila Sistem Pemerintahan Khilafah Islam ditegakkan semula. Ini akan dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai individu-individu yang mempunyai pemikiran Islam, beremosi Islam yang diatur oleh sistem Islam.
Wallahu alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:05:59 GMT -1
Mukadimah
[SN02] Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [TMQ At-Taubah :100]
Hari Raya Korban telah berlalu meninggalkan sejuta kenangan buat umat Islam seantero dunia. Untuk kesekian kalinya umat Islam melakukan rukun kelima Islam ini tanpa kewujudan Negara Islam. Daulah Khilafah yang diruntuhkan telah lama melambaikan selamat tinggal buat umat Islam kerana kelekaan mereka sendiri. Lambaian sayonaranya telah benar-benar menghancurkan kemuliaan dan ketinggian kaum Muslimin; diseluruh dunia mereka ditindas, diherdik, dibunuh.... Tercabut sudah perasaan takut kaum Kuffar yang ditanam oleh Allah didalam dada mereka terhadap kaum Muslimin. Kini mereka pula yang menentukan baik dan buruk kepada kita, merekalah yang menentukan polisi ekonomi kita, undang-undang kita. Penghinaan ini membuatkan kaum muslimin mula merenung jauh; apa kesudahannya nasib umat Islam.... Hakikatnya, dalam keadaan seperti ini, kaum muslimin amat mengharapkan sebuah Negara Islam sejati yang bakal melindungi mereka dari serbuan dan serangan bengis kaum Kuffar.
Di tanah suci, para tetamu Allah disajikan air zam-zam dari telaga suci sebagai anugerah Illahi untuk pengorbanan seorang ibu bernama Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya. Disini, sanak saudara menanti kepulangan para tetamu Allah ini dan mungkin dalam penantian ini molek rasanya kita merenung kembali sejarah silam sebagai nostalgia indah, tatkala kaum muslimin masih hidup tanpa Daulah, dengan kisah yang diabadikan Allah mengenai golongan ‘Ansar’. Kisah sebuah rombongan jemaah Haji dari Yathrib dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah, yang terdiri dari anggota Bai'atul Aqabah yang ke II. Kepulangan mereka kali ini bukan sebagai sebuah kepulangan biasa. Tetapi kepulangan mereka pada kali ini adalah dengan janji yang mereka perlu kotakan. Indah sekali kata-kata mereka semasa mengenggam erat tangan Nabi SAW. Mereka telah memadu janji untuk mempertahankan Rasulullah jika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Marhalah Dakwah Rasulullah
Pembai’atan mereka ini merupakan satu mercu tanda berdirinya Negara Islam yang pertama di dunia. Pemuka-pemuka dari Aus dan Khazraj ini telah melakar satu detik bersejarah dalam rentetan perjuangan gerakan Islam terulung di dunia; mereka telah mengisi sebuah perjuangan yang tidak ada tolok bandingnya dalam marhalah kedua dakwah Rasulullah SAW. Ini jelas dapat dilihat didalam perjuangan Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang meyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
Kedua: Marhalah Tafa'ul ma'al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah ke seluruh penjuru dunia.
Selesai marhalah pertama di rumah Arqam bin Abi Arqam, dan melangkah ke fasa kedua dalam perjuangan suci Baginda SAW membawa risalah ke seluruh penjuru bumi Arab, anggota gerakan Islam ini mula disiksa, ditindas, dimaki hamun; malah ada pengikutnya dibunuh dan ditimpa berbagai bentuk penyiksaan yang sekelumit sahaja dapat dicoret oleh tinta, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanpa mengenal penat lelah Baginda SAW memohon pertolongan kepada beberapa kabilah untuk melindungi gerakan Islam ini namun hasilnya amat mendukacitakan. Di Thaif kekasih Allah ini dibaling dengan batu, sedangkan binatangpun tidak layak diperlakukan demikian. Kalau adapun kabilah yang mahu membantu, mereka meletakkan pelbagai syarat berbau perkauman namun ternyata Junjungan Mulia SAW menolak, sehingga datangnya jemaah Haji dari Madinah yang sanggup memberikan Nusrah (bantuan dan janji setia) kepada perjuangan beliau.
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuang Rasulullah. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting,
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Negara Islam dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Ternyata setelah Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah, sebagai detik yang dinanti-nantikan oleh penduduk Yathrib, Kaum Ansar bersedia untuk mempertahankan Baginda SAW dengan kemampuan semaksima mungkin dan tampuk pemerintahan diserahkan kepada Rasulullah SAW dimana Negara yang diasaskan oleh Baginda SAW kemudian menjadi Kuasa Besar di dunia dan diperintah dengan hukum-hakam yang diredhai oleh Allah SWT.
Perjuangan Intelaktual Tanpa Kekerasan
Dalam keghairahan gerakan atau jemaah atau parti politik Islam untuk melihat kembalinya Negara Islam di mayapada ini, sebagaimana berdirinya Negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah, janganlah kita sekali-kali alpa dengan tariqah perjuangan Rasulullah yang bersifat intelektual tanpa ada pertumpahan darah. Thariqah menegakkan Negara Islam dengan menggunakan senjata ini jelas terkeluar dari kancah perjuangan Rasulullah selama 13 tahun di Mekah. Oleh hal yang demikian hukum-hakam tentang parti politik hendaklah difahami dengan jelas, bagi memastikan kita berada di jalan yang benar. Fakta ini dapat dijelaskan setelah kita meneliti nas yang berkaitan.
"(Dan) Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Al Khair (Islam), menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan merekalah orang-orang yang beruntung." ( TMQ Ali Imran 104).
Ayat Al-Quranul Karim ini merupakan seruan yang sangat jelas kepada umat Islam untuk membentuk suatu jema'ah, kelompok dakwah atau sebuah parti politik Islam, sekaligus membatasi aktivitinya kepada dua kegiatan: Pertama, berdakwah kepada Islam (terhadap non-muslim); dan kedua, melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar di tengah-tengah kaum Muslimin.
"..Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat.." ( TMQ Ali Imran 104).
Sebenarnya ayat ini ditujukan kepada gerakan Islam agar melakukan tugas yang diserukan didalamnya. Bahkan, syari'at Islam mengharuskan adanya jemaah, kelompok dakwah atau parti-parti Islam pada setiap masa secara terus menerus, khususnya pada saat kewujudan Daulah Islam. Meskipun Daulah Islam untuk seluruh kaum Muslimin masih belum wujud ketika ini, terdapat dalil lain yang tetap memerlukan adanya gerakan Islam dengan berpedomankan kaedah syara' yang mengatakan:
"Apabila suatu kewajiban tidak sempurna kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu wajib pula hukumnya".[Lihat Al Muwafaqaat, Imam Asy Syathibi, Jilid II/ 394.]
Daulah Islam tidak akan tegak berdiri tanpa adanya suatu gerakan Islam yang berusaha untuk menegakkannya.
Mencegah kemungkaran dengan ''tangan'' yang merupakan aktiviti fizik seperti mengangkat senjata, tindakan kekerasan dan sebagainya, bukanlah kegiatan amar ma'ruf nahi munkar seperti yang disebutkan didalam ayat diatas. Ayat ini membatasi aktiviti gerakan hanya untuk berdakwah saja, baik dakwah yang berupa seruan untuk memeluk agama Islam, ataupun dakwah yang berupa ajakan untuk melaksanakan Islam dengan cara amar ma'ruf nahi munkar, yang kesemuanya merupakan aktiviti intelektual (mengajak berpikir dan menentukan sikap).
Ayat itu tidak dapat dijadikan alasan atau dalil penggunaan ''tangan'' oleh gerakan Islam dalam mencegah kemungkaran, walaupun bagi individu telah ada perintah yang membolehkan seseorang mencegah kemungkaran dengan ''tangan'' sesuai dengan kemampuannya. Berdasarkan pemahaman dari sabda Rasulullah saw:
"Siapa saja di antara kalian melihat (suatu) kemungkaran, maka hendaklah ia berusaha mencegahnya dengan tangannya ..."
Para ulama sepakat bahawa kemungkaran itu tidak boleh dicegah dengan senjata. Seorang individu tidak wajib mencegah kemungkaran apabila tindakannya justru akan menimbulkan kemungkaran yang lebih besar lagi [Lihat Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi, jilid II, hal 25-35] .
Dari kitab-kitab Sirah Nabi SAW ada disebutkan bahawasanya Abdurrahman bin Auf RA dan beberapa orang sahabat lainnya mendatangi Rasulullah SAW seraya berkata:
"Ya Nabiyullah. Dahulu, tatkala kami masih musyrik, kami dimuliakan. Tetapi tatkala kami telah beriman, kami dihinakan". Rasulullah saw menjawab:
"Aku telah diperintahkan untuk menjadi orang pemaaf. Oleh kerana itu, janganlah kalian memerangi mereka (Quraisy)". (HR An Nasa'i)
Dari pengaduan Abdurrahman bin Auf RA dan kemudian Rasulullah SAW menjawab agar bersifat pemaaf dan tidak membolehkan mereka memerangi orang-orang Quraisy atau yang lainnya, maka kita dapat memahami bahawa Rasulullah SAW tidak membolehkan gerakan melakukan reaksi terhadap tindakan kekerasan dengan cara membalasnya. Yang beliau lakukan menyuruh para sahabat RA untuk bersabar (menahan diri) padahal ketika itu Rasulullah SAW mampu mengerahkan kaum Muslimin untuk membalas kekerasan yang dilakukan orang-orang kafir itu dengan perbuatan yang setimpal dalam setiap kejadian yang menyakiti dan membahayakan kaum Muslimin. Namun ternyata, beliau tidak melakukannya meskipun tindakan itu seolah-olah diperlukan, dan meskipun ada pengaduan dari sahabat supaya Rasulullah SAW melakukannya. Hal ini menunjukkan bahwa beliau melarang kaum Muslimin melakukan tindakan kekerasan/fizik atas nama gerakan dakwah. Peristiwa ini berlaku di Makkah sebelum berdirinya Daulah Islam di Madinah.
Dalil-dalil lain yang memperkuat pemahaman ini adalah tindakan dan aktiviti dakwah Rasulullah SAW di Makkah yang berlangsung selama 13 tahun. Beliau melakukan aktiviti dakwah dan meminta pertolongan kepada orang-orang terkemuka dari seluruh Jazirah Arab dengan tujuan agar dakwah beliau berhasil dalam menegakkan Daulah Islam. Rasulullah SAW dalam hal ini telah membatasi kegiatannya kepada aktiviti-aktiviti yang bersifat intelektual (fikriyah). Beliau tidak pernah melakukan aktiviti yang bersifat fizikal, sebagaimana yang dikatakannya kepada para sahabatnya setelah Bai'at Aqabah II:
"Kita belum diperintahkan melakukan hal itu (tindakan kekerasan)". [As Sirah An Nabawiyah, Imam Adz Dzahabi, halaman 202.]
Beliau menolak tawaran para pemimpin Madinah untuk memerangi penduduk Mina (jama'ah haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan pedang. Beliau tidak mengatakan kepada mereka: "Kita belum mampu", tetapi beliau mengatakan: "Kita belum diperintahkan melakukan hal itu". Dan Rasulullah SAW hanya mengizinkan mereka melakukan perang, setelah beliau bersama kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah dan dan mendirikan Daulah Islam di sana. Saat itulah diturunkan firman Allah SWT yang berbunyi [Lihat As Sirah An Nabawiyah, Imam Az Zahabi, halaman 467-468.]:
"Telah diberi izin (untuk berperang) bagi orang-orang yang telah diperangi, kerana mereka telah dizalimi"
( TMQ Al Hajj: 39 ).
Mafhum Mukhalafah (makna sebaliknya) dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tidak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujjah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah SWT berfirman:
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: 'Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah salat" (TMQ An Nisa 77).
Tiadanya keizinan untuk melakukan tindakan kekerasan pada ketika itu menunjukkan adanya larangan keras melakukan tindakan kekerasan tersebut dalam usaha mendirikan Daulah Islam pada setiap zaman. Sedangkan diturunkannya izin melakukan tindakan fizikal setelah tegaknya Daulah Islam menunjukkan bahwa aktiviti fizikal merupakan salah satu perkara yang tidak termasuk didalam langkah-langkah suatu gerakan untuk menegakkan Daulah. Inilah hukum Islam yang perlu diteladani ; hukum mengenai dakwah pertama dalam sejarah umat Islam, dakwah yang dipelopori oleh kelompok sahabat yang dipimpin Rasulullah SAW.
Khatimah
Semoga kepulangan jemaah Haji yang dinanti-nantikan akan menjadi satu ingatan yang dapat mengimbas kembali perjuangan jemaah haji yang melakukan Bai’ah Aqabah ke-II, memberikan kata sepakat untuk membantu dakwah Rasulullah, menyerahkan tampuk pemerintahan, melindungi junjungan Rasulullah dan juga kedaulatan Negara Baru yang dipimpin oleh Baginda SAW. Allah SWT telah mengabadikan nama mereka sebagai golongan Ansar. Inilah masanya untuk kita merenung dan melihat dengan perspektif yang positif seluruh jamaah yang bergerak untuk menubuhkan Negara Islam. InsyaAllah dengan perspektif ini dapatlah kemudian seluruh kaum muslimin sama-sama berganding bahu didalam usaha murni untuk menegakkan semula Khilafah 'Ala Minhaj Nubuwwah.
Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:06:57 GMT -1
Mukadimah
[SN03] Islam mempunyai keunikan berbanding dengan agama mahupun ideologi yang lain. Dari segi wilayah ajarannya, Islam bukan sahaja agama yang menyusuri ruhiyah (spiritual), akan tetapi juga meliputi politik (Siyasah), atau dengan istilah lain Islam adalah aqidah spiritual dan politik. Tetapi, mengapa Islam sering disebut hanya sebagai agama dan bukannya ideologi? Ini kerana akibat dari analogi generalisasi, iaitu usaha untuk memberikan pandangan yang sama-rata, bahawa Islam sama dengan agama yang lain. Kerana, tidak ada agama lain yang mempunyai konsep politik, yang mengatur persoalan kehidupan, maka Islam juga sama. Tentu penafsiran ini sangat berat sebelah serta dakwaan yang tidak disertai pemahaman yang mendalam tentang Islam. Sebab, kebanyakan mereka yang mengkaji Islam tidak memahami realiti kehidupan dan mereka yang memahami realiti kehidupan tidak berasaskan daripada Islam. Hasilnya tidak pernah memberikan kesimpulan yang lengkap. Masing-masing berjalan dalam ruangan yang salah dan kurang. Namun, anehnya mereka sering mendakwa orang-orang Islam yang berpandangan menyeluruh tentang Islam, sebagai ajaran spiritual dan politik, dikatakan sebagai tindakan apologis (membela/mempertahankan diri). Sekali lagi, mereka menyamakan orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani yang sememangnya agamanya tidak lengkap, kemudian mereka apologi untuk menutupi kelemahan agama mereka. Jadi, sebenarnya siapa yang melakukan apologi? Orang Islam yang memperjuangkan Islam yang unik atau ‘orang Islam’ yang memperjuangkan Islam secara juz’ie (sebahagian)?
Jadi, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyatakan bahawa Islam itu hanya sebagai agama semata dan begitu juga untuk menyatakan Rasulullah SAW di utuskan hanya membawa misi agama dalam erti kata hanya spiritual semata-mata. Namun penyataan seumpama ini adalah salah satu bentuk penyelewengan untuk mengaburi pemikiran umat Islam. Perlu di ketahui juga Parti Politik Islam adalah salah satu metod untuk menyebarkan Islam selain daripada menegakkan daulah al Khilafah.
Mampukah Islam Sebagai Ideologi Spiritual Dan Politik?
Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik? Persoalan di atas perlu dianalisis dari bukti-bukti normatif, historis dan empirik dengan melihat kepada nas, fakta sejarah kejayaan yang pernah dicatat di dalam lembaran sejarah kegemilangan Islam, sejak dari hari pertama tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi sehingga jatuhnya khilafah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac 1924 hingga sisa-sisa pelaksanaan Islam di negeri kaum muslimin. Tiga bukti-bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaran yang nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi dunia, samada spiritual mahupun politik.
Secara empirik, kita boleh membuktikan kemampuan Islam sebagai ajaran politik dan spiritual, dengan melihat elemen yang dimiliki oleh Islam, iaitu konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah). Konsep ini mencakup:
(1) Aqidah Islam, iaitu keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat dan Qadha’-Qadar;
(2) Pemecahan masalah kehidupan manusia, iaitu hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan penyelesaian semua masalah manusia, samada yang berkenaan dengan masalah manusia dengan Allah, iaitu ibadah, ataupun masalah manusia dengan sesama manusia, iaitu ekonomi, sosial, politik, pendidikan, penghukuman, dan sebagainya, serta masalah manusia dengan dirinya sendiri, iaitu masalah makanan, pakaian dan akhlaq.
Manakala metodologi pula bermaksud adalah cara bagaimana supaya konsep tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan dikembangkan, iaitu mencakupi:
(1) Metod (kaedah) menerapkan aqidah dan hukum syara’ melalui negara;
(2) Metod mempertahankan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada aqidah dan hukum syara’. Orang yang murtad dibunuh, orang yang melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi, orang yang meninggalkan solat dikenakan takzir, orang yang mencuri dipotong tangan, orang yang berzina direjam sampai mati atau disebat hingga seratus kali, orang yang membuka aurat di tempat umum dikenakan takzir, orang yang melakukan rasuah dikenakan takzir, dan sebagainya. Seluruh penyimpangan daripada hukum syara’ ada hukumannya di dalam syari’at Islam.
(3) Metod menyebarkan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh khilafah Islam. Dakwah Islam kepada orang non-Islam di dalam negeri adalah dengan cara melaksanakan semua hukum Islam, sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan akhirnya memeluk Islam:
"Apabila pertolongan dan kemenangan dari Allah telah tiba, maka kalian akan menyaksikan manusia berbondong-bondong masuk Islam." (An-Nasr: 1)
Sedangkan dakwah Islam kepada orang non-Islam di luar negeri adalah dengan jihad, yang caranya telah ditetapkan oleh Islam dengan 3 tahap iaitu:
(1) Diseru untuk memeluk Islam, apabila bersetuju, maka dibiarkan;
(2) Apabila tidak bersetuju, akan diseru untuk tunduk kepada pemerintahan Islam dengan cara menerapkan semua hukum Islam yang berkenaan dengan masalah sosial, ekonomi, politik, pendidikan, uqubat (penghukuman), dan hukum-hukum yang lain, kecuali aqidah, ibadah, makanan, pakaian dan pernikahan (nikah dan talak);
(3) Apabila tidak bersetuju, akan diperangi hingga habis-habisan, sehingga akhirnya tunduk kepada Islam. Inilah secara ringkas gambaran tentang Islam, dari sisi konsep dan metodologi, secara normatif, yang semuanya ini boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqih Islam.
Sedangkan bukti-bukti sejarah, boleh dilihat dalam catatan sejarah sebagaimana yang dibukukan oleh ahli sejarah, samada dalam sirah mahupun tarikh. Seperti Sirah Ibnu Ishaq, Maghazi Al-Waqidi, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Sirah Ibnu Hisyam, Tarikh Al-Umam wa Al-Mulk At-Thabari, Tarikh Ibnu Al-Atsir, Tarikh Ibnu Katsir, dan sebagainya. Buku-buku sejarah ini memberikan gambaran yang nyata tentang bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad. Satu catatan yang telah ditinggalkan oleh kegemilangan Islam selama 1300 tahun lebih berdirinya Islam sebagai suatu ideologi antaranya bilangan kes mereka yang dipotong tangan akibat sabit kesalahan mencuri dan dikenakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja. Rekod ini dapat dicapai kerana apabila ideologi Islam ditegakkan di kalangan masyarakat ianya akan membina masyarakat tersebut supaya menjadikan aqidah Islam sebagai qiyadah fikriah (pengendali seluruh pemikiran) mereka. Ini akan melahirkan rasa taqwa di dalam diri individu masyarakat, yang mana taqwa ini akan mencetuskan suatu sifat mengawal diri kepada setiap individu untuk mendorong individu-individu tersebut melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT. dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang. Begitulah juga masyarakat yang dibina akan membawa pemikiran dan perasaan Islam yang mengaktifkan dan menjadikan mereka peka dengan kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada di atas syari’at Islam. Adapun yang paling memainkan peranan dalam konteks ini ialah kewujudan konsep dan metodologi Islam di dalam sebuah negara yang akan melaksanakan seluruh sistem Islam. Renunglah kata-kata Khalifah Uthman: "Sultan akan dapat membetulkan kesalahan yang tidak dapat diperbaiki oleh Al-Quran"
Akhirnya Islam telah dihancurkan oleh musuh-musuh Islam pada tahun 3 Mac 1924, dengan dirobohkannya sistem khilafah Islam. Sedangkan bukti-bukti empirik, boleh disaksikan hingga saat ini. An-Nabhani memberikan gambaran yang jelas dalam buku beliau, Hadisu As-Shiyam, tentang bukti tersebut. Iaitu ada dua bukti yang hingga kini masih boleh disaksikan lagi:
Pertama, peradilan (al-qadha’) yang bertugas menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat, samada berkenaan dengan kes masyarakat dengan masyarakat ataupun masyarakat dengan negara;
Kedua, pegawai kerajaan (al-hakim) yang bertugas melaksanakan semua hukum Islam di tengah masyarakat.
Mengenai masalah peradilan, catatan sejarah dari zaman Nabi Muhammad saw. hingga akhir kekhilafahan Islam di Turki, belum pernah ditemui ada satu masalah pun yang diselesaikan dengan menggunakan hukum yang lain, kecuali dengan syariat Islam. Bahkan, ramai orang non-muslim yang boleh memahami hukum Islam dengan baik, malah di antara mereka ada yang menulis fiqih Islam, seperti Salim Al-Baz. Namun, setelah dipisahkannya mahkamah, menjadi dua, iaitu mahkamah sivil (awam) dan mahkamah syari’at, kerana mengikut Barat, maka ketika itulah ada sejumlah kes yang diselesaikan bukan dengan hukum Islam. Bahkan, dalam masalah penerapan hukum tersebut hingga kini masih diterapkan di negeri-negeri kaum muslimin, meskipun tidak secara keseluruhan. Seperti hukum potong tangan, rejam, sebat masih diterapkan di berbagai wilayah negeri Islam, seperti di Arab Saudi dan lain-lain.
Sedangkan masalah pegawai kerajaan yang bertugas melaksanakan hukum Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam sejarah zaman Nabi hingga akhir kekhilafahan, jelas ada lapan struktur:
(1) Khalifah,
(2) Pembantu di bidang pemerintahan (Mu’awin Tafwidh),
(3) Pembantu di bidang administratif (Mu’awin Tanfiz),
(4) Wali dan Amil,
(5) Badan Pentadbiran (Al-Jihaz Al-Idari),
(6) Panglima perang dan tentera,
(7) Majlis Umat,
(8) Peradilan.
Inilah fakta dan bukti-bukti yang secara empirik telah menunjukkan keutuhan Islam sebagai ajaran agama yang menyeluruh, samada yang berkenaan dengan konsep politik dan spiritual. Semuanya diajarkan di dalam Islam.
Harakah Islam
Melihat realiti hari ini di saat tiadanya Khilafah Islam maka kewujudan suatu harakah (parti) yang membawa Islam sebagai konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah) secara menyeluruh tanpa adanya kompromi dengan sebarang sistem ciptaan kafir barat adalah diperlukan dalam usaha mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan Daulah Khilafah. Kewujudan pelbagai harakah/gerakan/jamaah diseluruh pelosok dunia memang tidak dapat dinafikan lagi. Kesemua gerakan ini melakukan aktiviti mengikuti sasaran yang mereka inginkan. Di antara harakah-harakah tersebut ada yang bersifat islami dan menjadikan Islam sebagai asas. Namun ada juga yang tidak islami, bahkan memusuhi Islam, seperti parti komunis, parti Wafd di Mesir, parti Ba’ath di Syiria dan Iraq, gerakan Ahmadiah di India dan Pakistan dan sebagainya. Melihat keadaan berbagai gerakan yang ada, dapatlah ditentukan tiga aspek yang menunjukkan identiti sebuah harakah, iaitu:
(1) Mempunyai sasaran (matamat) yang di usahakan dan hendak dicapai oleh sebuah harakah.
(2) Mempunyai bentuk pemikiran yang telah ditentukan oleh harakah dalam aktiviti perjuangannya, dan
(3) Mempunyai arah dan kecenderungan tertentu pada orang-orang yang bergabung di dalam harakah tersebut.
Untuk menentukan identiti suatu harakah agar dapat dikategorikan Harakah Islam, maka ketiga-tiga aspek di atas harus terpenuhi. Dengan kata lain, tidak cukup dengan hanya mempunyai sasaran tujuan yang disahkan dan di akui oleh Islam, tetapi juga harus ditujukan untuk melayani dan mengembangkan Islam. Sebagai contoh, Islam mengakui keberadaan suatu harakah yang bergerak dalam bidang olahraga. Sebab matlamat seumpama ini hukumnya mubah. Tetapi harakah yang bergerak di bidang olahraga seperti ini tidak dapat di sebut sebagai harakah Islamiyah, kerana keberadaannya tidak sampai melayani dan mengembangkan Islam.
Begitu pula halnya dengan aneka ragam harakah Islam yang aktivitinya menitikberatkan pada usaha pemeliharaan/penerbitan Al Quran dan terjemahannya atau penerbitan buku-buku Islam; pembangunan projek dan perusahaan Islam, seperti Bank Islam, Koperasi Islam, masjid-masjid dan sekolah Islam, serta lembaga pendidikan yang sejenisnya; menyalurkan dana kepada fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang cacat, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, menyampaikan nasihat kepada penguasa dan sebagainya. Satu atau lebih dari berbagai macam aktiviti yang telah disebutkan di atas dapat di jadikan target tujuan untuk sebuah harakah Islam. Namun demikian, perlu diingat bahawa target-target tersebut belum cukup untuk melayani dan mengembangkan Islam sehingga seluruh aktiviti harakah terkait erat dengan hukum-hukum Islam. Dengan kata lain, metod yang digunakan harus sesuai dan terikat dengan idea mahupun hukum Islam.
Selain daripada tiga syarat diatas, agar suatau harakah dakwah dapat disebut sebagai harakah Islamiyah, maka keanggotaannya harus pula dari kalangan kaum Muslimin sahaja. Jika suatu harakah terbentuk dari kalangan non-muslim, seperti para orientalis yang mengkaji dan mempelajari khazanah Islam lalu mengeluarkan dan menyebarkan hasil kajiannya setelah terlebih dahulu meneliti dan menganalisisnya, maka harakah semacam ini tidak dapat dinamakan harakah Islamiyah.
Kita juga dapat mengkategorikan Jama’ah Tabligh, Jama’ah Salafiyah, Islam Jama’ah,Jam’atul Muslimin Hizbullah sebagai harakah Islam, sekalipun pada gerakan-gerakan tersebut terdapat kekurangan bahkan kadang-kadang terdapat langkah atau pemikiran yang tidak islami. Jama’ah Tabligh misalnya, mereka mengambil Islam secara juz’ie (sebahagian) dengan menolak untuk membicarakan masalah politik atau menempuh jalan politik dalam berdakwah. Sedangkan Jama’ah salafiyah lebih banyak memfokuskan kepada masalah aqidah, ibadah dan akhlaq. Islam Jama’ah pula suka mengkafir-kafirkan sesama kaum Muslimin yang tidak berbai’at kepada imam mereka, menolak solat di masjid yang imamnya bukan dari golongan mereka. Sementara Jama’atul Muslimin Hizbullah menolak mengakui Rasulullah SAW sebagai tokoh politik, bahkan menurut mereka dalam Islam tidak wujud aktiviti politik.
Di antara berbagai harakah Islam yang bersifat politik dan bergerak di kawasan Timur Tengah serta dunia Islam lainnya tercatat antara lain Jama’ah Ikhwanul Muslimin (Mesir), Hizbullah (Lebanon), Hizbut Tahrir (Jordan), Gerakan Jihad Islam (Mesir), Jabhatul Inqadz Al Islami FIS (Algeria), Parti Islam Se-Malaysia PAS (Malaysia) dan masih banyak lagi harakah Islam yang tersebar di Pakistan, India, Afghanistan, Turki dan tempat-tempat lain di negeri-negeri Islam.
Namun apapun kesemua ini menunjukkan kepada kita kepelbagaian harakah yang ada dengan metodologi yang berbeza sehinggakan ada di antara harakah ini menemupuh thariqah (metod) yang kurang jelas dengan menjerumuskan diri ke dalam sistem-sistem ciptaan khusus barat baik melalui wadah demokrasi mahupun yang sebaris dengannya.
Khatimah
Itulah Islam yang misinya kepada Rasulullah dan umat Islam membawa misi politik dan spritual yang tertuang di dalamnya penyelesaian bagi keseluruhan permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Apabila dakwah merupakan metod yang disyariatkan agar islam ini dapat dibawa dan disebarkan kepada umat, maka masalahnya kemudian adalah, mungkinkah dakwah tersebut berjalan tanpa ada yang menggerakkanya ? Tentu mustahil. Maka, Allah juga mensyariatkan adanya parti politik, harakah, jamaah atau kelompok dakwah Islam untuk memikul tanggungjawab dakwah tersebut.
Oleh yang demikian itu, wujudnya parti politik, jamaah atau kelompok dakwah yang membawa Islam merupakan kemestian yang tidak dapat dinafikan apatah lagi dalam usaha untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah Ala Minhaj An Nubuwwah yang telah lama hilang. Bagaimana dan apakah yang harus ditempuhi kembali kepada apa yang telah ditontonkan kepada kita oleh Rasulullah SAW dan kelompoknya (parti, harakah, jamaah, kutlah) di dalam usaha menegakkan Daulah Madinah. Semoga Allah menpercepatkan kemenangan ini.
Wallahu ‘alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:07:47 GMT -1
SN04 - Hijrah Sebagai Kesinambungan Tahapan Dakwah Rasulullah SAW Dalam Mendirikan Khilafah Islamiyah.
Mukadimah
[SN04] Tanggal 1 Muharram menemui kaum Muslimin sekali lagi. Sambutan Maal Hijrah, seperti tahun-tahun yang lalu disambut dengan penuh gilang-gemilang. Selain dari anugerah Tokoh Maal Hijrah, tahun ini, sambutan Maal Hijrah dimulakan dengan sebuah forum khas yang bertajuk ‘Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah’. Tajuk forum ini, yang juga merupakan tema sambutan Maal Hijrah 1426 diperbincangkan sebagai satu wadah untuk menonjolkan ‘komitmen’ kerajaan dalam menerapkan konsep ‘Islam Hadhari’.
Syukur, alhamdulillah, kaum Muslimin masih terus mengingati peristiwa bersejarah ini. Namun begitu, tahun demi tahun, peringatan kaum Muslimin ke atas peristiwa Hijrah ini hanyalah terhad kepada peringatan kerohanian, serta pengajaran dan pandangan dari konteks sejarah. Kalau adapun pengajaran yang diambil untuk disandarkan kepada realiti hari ini, ia hanyalah setakat pengajaran; sebagai satu tampalan ‘Islam’ kepada konteks kehidupan hari ini yang sememangnya telah kosong dari Islam sebagai satu ideologi sejak tahun 1924, dengan termusnahnya entiti politik dunia Islam, Khilafah Uthmaniyyah.
SN kali ini, sempena ketibaan tanggal 1 Muharam 1426, suatu hari yang penuh pengertian, terpanggil untuk mengingatkan kaum Muslimin kepada peristiwa Hijrah yang telah berlaku di zaman Rasulullah agar sambutan Maal Hijrah tahun ini dapat dihayati dengan sempurna dan dengan sebenar-benarnya. Apa yang ingin kami hidangkan dalam perbincangan kali ini adalah aspek-aspek ideologi peristiwa Hijrah yang merupakan asas dan aspek yang cukup signifikan dalam rangka menjadikan 1 Muharam ini hari yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Aspek ini akan memperlihatkan bahawa Islam bukanlah setakat agama yang hanya mengatur ibadah khusus, atau agama yang perlu ada sebagai justifikasi atau tampalan ke atas sistem sekular yang busuk; namun aspek ini akan memperlihatkan bahawa Islam adalah merupakan doktrin yang mencangkupi ruang kerohanian dan politik sekali gus - yang dengannya, penjanaan momentum untuk membangkitkan kembali umat Islam akan tercetus.
Peristiwa Hijrah dan Keutamaannya
‘Apabila kaum Quraisy mengetahui bahawa Muhammad SAW telah mengumpulkan orang-orangnya dan telah mendapat nusrah (bantuan) dari golongan selain kaum Quraisy dan Makkah, dan telah menyaksikan para sahabat mula berhijrah untuk bergabung dengan golongan ini, mereka menyedari bahawa kaum Muslimin telah menemui keamanan dan perlindungan. Kaum Quraisy begitu bimbang sekiranya Muhammad SAW akan turut meninggalkan mereka kerana mereka sedar bahawa Muhammad SAW telah mengisytiharkan perang ke atas mereka. Dalam kebimbangan ini, pembesar kaum Quraisy mula berkumpul di Dar al-Nadwah untuk membincangkan masalah ini’.
Begitulah sorotan sebahagian sirah Hijrah dari Ibn Ishaq ketika kaum Quraisy mula menyedari bahawa kaum Muslimin sudah mula berhijrah ke Madinah. Para pembesar Quraisy mula membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Ibn Kathir menceritakan peristiwa perbincangan mereka di Dar al-Nadwah dengan panjang lebar dimana akhirnya Abu Jahal mencadangkan agar dipilih seorang anak muda yang kuat dan terhormat dari setiap kabilah untuk membunuh Muhammad SAW. Dengan pembunuhan secara beramai-ramai ini, darah Muhammad SAW akan dibahagi antara seluruh kabilah dan akibatnya Bani Abdul Manaf tidak akan dapat memerangi mereka. Inilah rancangan mereka. Namun bagaimana hebat sekalipun perancangan manusia, Allah adalah sebaik-baik perancang.
‘Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau - mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang’ [TMQ Al-Anfaal 8:30]
Allah SWT telah menyelamatkan Rasulullah SAW dan menggagalkan rancangan kaum kafir Quraisy. Selepas peristiwa ini, Rasulullah telah diberi kebenaran oleh Allah untuk berhijrah ke Madinah dan menemui kaum Muslimin yang lainnya yang telah pun berhijrah sebelum ini:
‘Katakanlah: Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan jadikanlah bagiku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku’ [TMQ Al-Isra 17:80]
Inilah peristiwa yang berlaku sebelum hijrahnya Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan titik utama sejarah kaum Muhammad SAW. Di Madinah, Khilafah Islam pertama didirikan sebagai satu entiti politik yang akan mempengaruhi percaturan politik dunia selepasnya. Ideologi Islam dipancak dengan teguh bukan sahaja sebagai satu konsep malah wujud secara hakiki sebagai sebuah kuasa politik yang menerapkan hukum Allah secara menyeluruh di dalam kehidupan manusia. Khilafah inilah, Khilafah yang dibina sendiri oleh Rasulullah SAW, kekal sehinggalah kejatuhannya pada tanggal 3 Mac 1924 di tangan kaum kafir imperialis Barat dan konconya, Mustafa Kamal Laknatullah ‘alaihi.
Dari kajian sirah ini, dapat diperhatikan bahawa kaum Quraisy begitu serius dalam usahanya untuk membunuh Muhammad SAW. Persoalannya Mengapakah selepas 13 tahun Muhammad SAW hidup di kalangan mereka, barulah mereka mengambil keputusan untuk membunuh baginda? Mengapakah mereka tidak mengambil keputusan untuk membunuh Muhammad SAW sebelum ini di mana peluang mereka terbuka begitu luas? Apakah ancaman yang ada pada Muhammad SAW sehingga mereka merasakan bahawa pembunuhannya adalah penyelesaian yang terbaik?
Percubaan untuk membunuh Rasulullah SAW ini menggambarkan kepada kita bahawa satu ancaman yang amat besar telah dirasai oleh pihak Quraisy – ancaman yang begitu getir memandangkan ia melibatkan persoalan hidup atau mati kaum Quraisy. Kunci utama bagi memahami peristiwa ini adalah pemahaman bahawa dakwah Rasulullah SAW ini, bagi kaum Quraisy, bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini difahami oleh kaum Quraisy ketika mereka sebulat suara bersetuju untuk membunuh Muhammad SAW. Keputusan yang dibuat di Dar al-Nadwah itu dijalankan serta-merta pada malamnya. Dakwah Rasulullah SAW selama 13 tahun di Makkah merupakan dakwah terbuka yang diketahui oleh kaum kafir Quraisy – lalu, mengapakah pembunuhan ini dirancang hanya selepas 13 tahun? Jawapan yang jelas dan huraian mengapa ini berlaku tepat sejurus sebelum Rasulullah SAW melakukan hijrah baginda selepas 13 tahun di Makkah dapat dikupas dari 2 aspek:
a) Sambutan yang begitu komited dari Nuqaba (pihak-pihak yang berkuasa) di Madinah. b) Implikasi Hijrah Rasulullah SAW ke satu masyarakat yang telah disediakan untuk Islam dan begitu ghairah untuk menerima Rasulullah dan implementasi mabda’ (ideologi) Islam.
Mengenai butir (a), kaum Quraisy menyedari bahawa selepas Bai’ah Aqabah II, golongan yang memegang kuasa di Madinah telah rela melepaskan kekuasaan mereka untuk diberikan kepada Rasulullah SAW, untuk membolehkan baginda mendirikan Khilafah Islam. Ini sudah cukup untuk menggetarkan jiwa-jiwa mereka. Mereka sedar bahawa tahapan dakwah 13 tahun Rasulullah di Makkah sudah sampai ke penghujungnya sebelum baginda meraih kuasa politik. Nusrah yang diberikan oleh nuqaba’ Madinah merupakan indikasi kejayaan tahapan ‘talab al-nusrah’ didalam dakwah Rasulullah SAW. Kaum Quraisy juga mula menyedari bahawa apabila Rasulullah menjalankan puluhan perjumpaan dengan kabilah-kabilah Arab, baginda bukanlah sekadar ingin menarik mereka kepada Islam tetapi lebih dari itu, baginda memandang jauh untuk meraih kekuasaan bagi menegakkan Khilafah Islam. Kini, igauan ngeri kaum Quraisy sudah mula menjadi kenyataan.
Penghijrahan Rasulullah SAW (butir (b)) membawa implikasi bahawa dakwah Islam sudah sampai ke tahap dakwah yang akan dibawa oleh Khilafah. Rasulullah SAW bukan sahaja akan mendapatkan perlindungan, malah yang lebih membimbangkan pihak Quraisy adalah Muhammad SAW akan mendapatkan kekuasaan dengan asas mabda’ Islam. Di Madinah, pihak Quraisy beranggapan, sekiranya Rasulullah SAW dibenarkan untuk berhijrah, baginda tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk menegakkan Islam. Dan oleh kerana hala tuju dakwah tidak hanya terbatas kepada Madinah sahaja, malah ia juga tertumpu ke Makkah, maka pihak Quraisy sedar bahawa datangnya Muhammad ke Makkah selepas ini bukanlah sebagai seorang yang lemah, tetapi adalah sebagai seorang pemimpin yang berkuasa. Mereka (Quraisy) sedar bahawa sekiranya Muhammad SAW berjaya berhijrah ke Madinah, dan berjaya membina masyarakat baru di sana, baginda bukanlah lagi Muhammad yang mereka kenali sebelum ini, tetapi baginda adalah Muhammad SAW yang kekuasaannya perlu diberi perhatian serius. Ini menjadikan mereka berpandangan bahawa hijrah baginda ke Madinah akan melahirkan ancaman Islam yang sebelum ini belum pernah mereka rasai – ancaman yang akan wujud dan akan terus wujud bagi kaum Kuffar, sebagai satu ideologi yang akan terus aktif dalam arena politik dunia untuk mengatur setiap urusan kaum Muslimin melalui Khilafah Islam yang ditegakkan.
Fakta bahawa Rasulullah SAW akan dapat mendirikan Khilafah Islam di Madinah bukan sahaja diperhatikan di dalam Sirah tetapi juga dari ayat Allah [17:80] yang bermaksud, ‘Katakanlah: Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan jadikanlah bagiku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku’. Ibn Kathir menafsirkan ayat ini sebagai:
“Qatadah mengatakan bahawa “ ‘tempat masuk yang benar’ merupakan Madinah dan ‘tempat keluar yang benar’ merupakan Makkah. Perkataan yang bermaksud ‘kekuasaan yang menolongku’ membawa pengertian Kitab Allah dan berhukum dengan hukum Allah”. Allahlah yang mengajarkan kepada Muhammad doa ini. Oleh itu, Hijrah merupakan penghijrahan kepada tempat yang mempunyai kekuasaan dan pemerintahan di mana implementasi mabda’ Islam wujud secara praktik”
Begitu juga dengan Ayat [6:89] yang bermaksud; ‘Kepada mereka itu telah Kami anugerahkan Kitab, hukum dan kenabian (namun) jika mereka kafir kepadanya, maka Kami telah sediakan kaum lain yang bukan orang-orang kafir’. Ibn Kathir mengatakan bahawa ‘mereka yang telah dianugerahkan Kitab, hukum dan kenabian’ itu merujuk kepada kaum Quraisy manakala ‘kaum lain yang bukan orang-orang kafir’ merujuk kepada golongan Muhajirin dan Ansar.
Dengan realiti bahawa Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah membawa kepada tertubuhnya Khilafah Islam seperti mana yang diperhatikan dari Sirah dan ayat-ayat Allah, maka jelaslah mengapa implikasi politik dan kepentingan Hijrah ini membawa kepada kebimbangan yang amat sangat ke atas kaum Quraisy. Mereka nampak bahawa ancaman Islam adalah jelas. Mereka sedar, apa yang mampu kaum Muslimin lakukan apabila mereka bersatu dan berkuasa. Mereka faham implikasi penubuhan Khilafah Islam – dan inilah yang menyebabkan mereka membuat keputusan untuk membunuh Rasulullah SAW.
Khatimah
Inilah indikasi dari Sirah dan ayat-ayat Allah mengenai motif rancangan pembunuhan Muhammad SAW. Ini juga merupakan indikasi bahawa kaum penentang Islam memahami implikasi kewujudan Khilafah Islam. Sehingga ke hari ini, usaha-usaha keras dan tidak pernah kenal penat-lelah kaum Kuffar untuk terus menekan Islam dari bangkit merupakan indikasi bahawa mereka memahami implikasi tertubuhnya Khilafah Islam. Kaum kuffar hari ini mewarisi perjuangan kufur kaum Quraisy di zaman Rasulullah.
‘Sesungguhnya kaum kuffar membelanjakan hartanya untuk menghalangi orang dari jalan Allah. Mereka nanti akan membelanjakannya untuk tujuan ini dan kemudiannya ia akan menjadi penyesalan bagi mereka lalu mereka dikalahkan dan orang-orang kafir (ini) akan dihumbankan ke dalam neraka jahanam’
Apakah kita, kaum Muslimin hari ini memahami implikasi kewujudan Khilafah? Sekiranya kita memahaminya, maka sambutan Maal Hijrah bukanlah sewajarnya diraikan dengan perarakan, nyanyian dan penyampaian anugerah, namun Maal Hijrah haruslah disambut dengan tekad yang kuat untuk berusaha menegakkan kembali Khilafah Islam mengikut thariqah (method) Rasulullah. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kaum Muslimin dalam mengembalikan Islam sebagai satu-satunya penyelesaian kepada masalah manusia
Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:08:30 GMT -1
SN05 - Waspada Terhadap Amerika :
Satu Lagi Penjajahan Negeri Kaum Muslimin Akan Berlaku.
Mukadimah
Iran Menolak Tawaran EU Untuk Berbincang Mengenai Isu Nuklear
[SN05] TEHRAN (AFP) – Iran telah menolak tawaran Kesatuan Eropah untuk menghadkan aktiviti pembuatan bahan bakar nuklear. Iran juga telah memberi amaran kepada Washington agar jangan ‘bermain api’ di dalam kehangatan isu nuklear yang sedang berlaku antara Tehran dan dunia barat. Iran berkeras tidak akan memberhentikan pembangunan ‘reaktor air berat’ mereka yang mampu untuk mengeluarkan bahan untuk membuat senjata nuklear dan menggantikannya dengan ‘reaktor air ringan’ yang ditawarkan oleh Eropah – begitulah kata-kata Jurucakap Kementerian Luar Iran, Hamid Reza Asefi. (Berita AFP 13hb Februari 2005)
Setelah selesai penjajahannya ke atas Iraq, kini Negara Uncle Sam laknatullah mengalihkan sasarannya ke Iran pula atas alasan yang sama. Ini semua adalah gara-gara Iran juga telah menyepakati Perjanjian berkenaan senjata nuklear yang telah ditandatanganinya iaitu Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear (nuclear Non-Proliferation Treaty-NPT). Iran tergolong sebagai Negara ‘non-nuclear weapon states (NNWS)’ – dan apabila sebuah Negara NNWS disyaki atau didapati memiliki senjata nuklear, maka ia akan dituduh sebagai ‘negara jahat’ dan dijadikan sasaran seperti yang berlaku di Iraq dan Korea Utara sebelum ini. Maka sekarang tibalah giliran Iran pula untuk dijadikan sasaran Amerika.
Sautun Nahdah kali ini akan cuba mengupas hakikat NPT, apakah hukum ke atas negeri-negeri kaum Muslimin yang menyepakati perjanjian ini, hukum memiliki senjata nuklear dan hukum menggunakannya? dan seterusnya, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Nuclear Non-Proliferation Treaty -NNPT
Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear (nuclear Non-Proliferation Treaty-NPT) adalah undang-undang yang berkaitan dengan pengembangan, pembinaan dan penjualan senjata nuclear dan teknologi yang bersangkutan dengannya. Ia mula ditandatangani pada 1hb Julai 1968 oleh London, Moscow dan Washington serta 59 negara lain dan dikuatkuasakan pada 5hb Mac 1970 dengan dokongan kuat Amerika Syarikat. Kini, sebanyak 187 buah negara telah menyertainya. Negara-negara ini telah dikelaskan kepada 2 kategori: Negara-negara nuklear (nuclear-weapon states-NWS) yang termasuk didalamnya Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan United Kingdom; dan negara-negara bukan nuklear (non-nuclear weapon states - NNWS).
NPT adalah satu perjanjian multilateral. Di bawah perjanjian ini, lima negara NWS ini dilarang untuk mempersenjatai Negara-negara bukan nuklear dengan senjata nuklear. Begitu juga Negara-negara bukan nuklear telah bersepakat untuk melepaskan senjata nuklearnya atau tidak berusaha untuk membina senjata nuklear dalam apa jua pun bentuknya seperti yang dinyatakan dalam Artikel I dan II perjanjian NPT. Bagi perlaksaanaannya, satu badan khas telah ditubuhkan -Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency-IAEA) yang bertanggungjawab untuk menyediakan satu sistem perlindungan pengembangan senjata nuklear. Badan ini digunakan untuk memastikan kepatuhan kepada perjanjian itu melalui pemeriksaan yang diadakan setiap lima tahun.
Dengan keahlian hampir seluruh negara-negara dunia, NPT mendapat sokongan yang paling meluas daripada semua perjanjian kawalan ketenteraman yang lain. Hanya Cuba, India, Israel dan Pakistan masih berada di luar perjanjian. Bagi menyetujui perjanjian ini, negara-negara ini mestilah bertindak sebagaimana negara-negara bukan nuklear kerana NPT hanya mengehadkan status NWS kepada negara yang ada ‘mengilang dan meledakkan senjata nuklear atau alat letupan nuklear lain sebelum 1hb Januari 1967”. India, Israel dan Pakistan, kesemuanya diketahui mempunyai atau dipercayai memiliki senjata nuklear, tidak bergabung dengan perjanjian tersebut. Afrika Selatan menandatangani perjanjian tersebut selepas menghapuskan sejata nuklearnya pada awal 1990an. Korea Utara pula telah menarik diri dari perjanjian ini dan baru-baru ini ia telah mendeklarasi bahawa ia telah pun membina dan memiliki senjata nuklear.
Hakikat Sebenar NPT
NPT merupakan diskriminasi kepada kebanyakan negara-negara lain di dunia ini; mencipta semacam kelab ‘elite’ negara-negara bersenjata nuklear, memastikan bahawa monopoli pemilikan senjata nuklear tetap berada di tangan mereka. Dengan adanya perjanjian ini, mana-mana negara NNWS yang cuba mendapatkan senjata nuklear akan dikecam dan akan menjadi sasaran Amerika sebagai satu-satunya kuasa besar yang akan tetap berkeras akan ‘haknya’. Amerika akan menjustifikasikan kecamannya ke atas negara-negara tersebut dengan mengatakan bahawa negara-negara ini akan menggunakan senjata nuklear tersebut. Pelik…..satu-satunya negara yang memiliki dan pernah menggunakan senjata nuklear dalam peperangan adalah Amerika – dan sehingga hari ini, artikel VI perjanjian ini masih tidak dihiraukan oleh NWS terutamanya Amerika Syarikat.
Secara praktiknya, tiada satu pun daripada kelima-lima buah negara NWS menunjukkan niat yang serius untuk menghapuskan senjata sebagaimana yang dikehendaki oleh perjanjian. Mereka (yang diterajui oleh Amerika) sebenarnya bertujuan untuk memonopoli senjata nuklear, dan menafikan negara lain dari memilikinya. Inilah satu lagi sikap ‘double standard‘ yang pelik, namun ditelan bulat-bulat oleh dunia secara umumnya. Amerika hanya memandang NPT ini sebagai alat untuk menghalang negara lain dari memiliki senjata nuklear dan memecahkan monopoli nuklear dunia, yang rata-rata dikawal oleh Amerika. Jika kita perhatikan keadaan politik antarabangsa, kita akan dapati bahawa perjanjian NPT ini hanyalah diatas kertas. Faktanya, Amerika masih membuat pembangunan senjata baru - yang terbaru sebanyak USD 9 juta diperuntukkan kepada 3 buah makmal pembangunan senjata nuklearnya untuk menghasilkan senjata yang lebih lasak dan berkeyakinan (The New York Times, Isnin, 7/2/05). Dasar hipokrit Amerika ini dapat dilihat dengan lebih jelas dari tindakannya menarik diri dari Perjanjian Peluru Berpandu Anti-Balistik (Anti-Ballistic Missile Treaty-ABMT) dengan Russia dengan alasan bahawa perjanjian ini menghalang Amerika dari mengembangkan sistem pertahanan bagi menangkis serangan pengganas dan negara-negara ‘jahat’; sedangkan pada masa yang sama, Amerika, pada ketika itu mengecam tindakan Iraq dan Korea Utara melanggar perjanjian yang menghalang mereka dari memiliki senjata nuklear.
Hukum Mematuhi NPT, Memiliki Senjata Nuklear Dan Menggunakan Senjata Nuklear.
Allah SWT berfirman:
“Dan persiapkanlah diri untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang kamu tambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggentarkan musuh Allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahui mereka. Apa-apa yang kamu belanjakan dijalan Allah nescaya disempurnakan Allah balasannya kepada kamu sedangkan kamu tidak dizalimi”. (TMQ al-Anfaal,8:60)
Ibnu Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan al-quwwah adalah as-silah (senjata) dan al-qasiy. Persiapan ini mencakup semua jenis senjata dan di antaranya adalah kuda. Allah SWT mencontohkan kuda kerana dahulu, kuda adalah kekuatan yang paling tinggi yang ada pada masa itu. Perkataan ‘turhibuna bihi’ (agar dengannya musuh menjadi gentar) merupakan illah atau sebab kepada perlunya disediakan persenjataan. Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin untuk mempersiapkan segala kekuatan yang mereka sanggup untuk menggentarkan musuh Allah SWT yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Oleh kerana itu, ia mencakupi semua jenis persenjataan yang boleh diperoleh hari ini termasuklah senjata nuklear.
Perjanjian NPT telah melarang kaum Muslimin untuk memiliki senjata yang mampu menggentarkan musuh. Oleh itu, kaum Muslimin tidak seharusnya terikat dengan perjanjian tersebut kerana ia bertentangan dengan apa yang telah Allah perintahkan. Dengan itu perjanjian ini atau kesepakatan seumpamanya seperti mewujudkan zon bebas nuklear di Timur Tengah (APF- Cairo, 15/8/2004) yang dirancang untuk diadakan Januari lepas juga adalah haram dan kita tidak boleh menyepakatinya ataupun melaksanakannya.
Daripada dalil di atas, jelas bahawa kaum Muslimin wajib mempunyai senjata nuklear kerana hari ini, senjata tersebut adalah senjata terhebat yang ada, yang bisa menggentarkan musuh-musuh Allah. Musuh-musuh Islam yang nyata seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom memiliki senjata tersebut sehingga mereka boleh menggugat kedaulatan negara-negara lain sesuka hati mereka. Mereka faham dengan jelas bahawa mereka digeruni musuh kerana mereka memiliki kekuatan ketenteraan termasuk kekuatan senjata nuklear. Ini memberikan keyakinan kepada mereka untuk bertindak sesuka hati mereka, dan dunia hanya akan sepi membisu memerhatikan tindakan mereka tanpa sebarang penentangan fizikal. Inilah yang mereka sebut sebagai ‘deterrence’ - satu justifikasi ke pemilikan senjata nuklear mereka.
Kaum Muslimin sebagai umat yang mulia, tidak wajar menjadi umat yang ditekan, umat yang menjadi ‘target’ musuh-musuh Allah. Adalah merupakan satu kewajipan ke atas kaum Muslimin untuk memiliki senjata tersebut bagi menjamin keamanan dan keselamatan mereka, dan lebih penting lagi bagi menggentarkan musuh-musuh Allah. Namun begitu, perlu dijelaskan di sini bahawa hukum memiliki adalah berbeza dengan hukum menggunakan senjata nuklear – ini melibatkan dua aktiviti yang berbeza. Memiliki senjata nuklear merupakan satu kewajipan sebagai uslub untuk menggerunkan musuh. Sedangkan hukum asal penggunaan senjata nuklear adalah haram di sisi Islam. Rasulullah SAW bersabda::
“Bertolaklah ke medan perang dengan ‘Bismillah’ dan dengan agama Rasululllah, jangan kamu membunuh orang tua, jangan kamu membunuh bayi dan kanak-kanak, dan jangan kamu membunuh wanita, dan jangan kamu melakukan ghulul (mengelapkan rampasan peran) dan jagalah harta rampasan perang, buatlah perbaikan (islah) dan ihsan, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang membuat kebaikan. (HR Imam Abu Daud)
Namun begitu, sekiranya musuh (kaum kuffar) menggunakannya terlebih dahulu, maka kaum Muslimin boleh menggunakannya - itu pun sebagai jalan terakhir. Kaum Muslimin tidak boleh menggunakan senjata nuklear sebagai pukulan pertama atau ‘first strike’ ke atas musuh.
“Bulan haram (dibalas) dengan bulan haram dan di dalam kehormatan itu qisas. Barang siapa yang membuat aniaya kepadamu maka boleh kamu aniaya kepadanya, seumpama keaniayaannya kepadamu dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.” (TMQ Al-Baqarah, 2:194)
Agenda Amerika
Di sebalik isu ini hakikatnya Amerika ingin meluaskan lagi tanah jajahannya, dominasinya, hegemoninya. Isu senjata nuklear ini sengaja diperbesar-besarkan untuk dijadikan alasan untuk mereka bertindak sesuka hati mereka. Kita dapat lihat bagaimana Amerika, dengan tipu helah jijik mereka telah menjadikan serangan dan penjajahannya ke atas Iraq dahulu sebagai perkara yang dipandang sesuai dengan undang-undang antarabangsa. Amerika telah berjaya mengarahkan dunia untuk bersetuju dengan tindakan sewenang-wenang mereka melanggar kedaulatan negara lain dan menjajahnya. Sekarang, Amerika ingin pula menjajah Iran yang juga kaya dengan minyak. Sebenarnya, isu senjata nuklear ini hanyalah salah satu cara (uslub) yang dijadikan alasan campur tangan Amerika – dan mereka gunakan IAEA sebagai wasilah untuk mencapai tujuan ini. Bagi mencapai kehendak mereka, Amerika akan menggunakan pelbagai cara untuk menjajah negeri-negeri lain. Bukanlah suatu yang memeranjatkan, sekiranya Amerika perlu menjajah Malaysia atau Indonesia secara ketenteraan, mereka boleh sahaja menggunakan isu terorisme dan pelbagai alasan lain lagi untuk mengesahkan tindakan sewenang-wenangnya ke atas negeri-negeri lain, terutamanya negara-negara kaum Muslimin.
Sesungguhnya siapa pun yang mengamati berbagai peristiwa politik antarabangsa sekarang ini, khususnya di Dunia Islam, dapat menyimpulkan bahawa Amerika sedang meluaskan hegemoninya atas dunia sekali gus mengarahkan dunia sesuai dengan cita-citanya. Oleh itu, kaum Muslimin mestilah berwaspada akan setiap tindak tanduk Amerika laknatullah ini dan menyedari bahawa untuk mengatasi penguasaan Amerika ini, kaum Muslimin haruslah bersatu dan menegakkan Daulah Khilafah sebagai satu-satunya perisai yang akan dapat melindungi dan meningkatkan martabat umat Islam.
Wahai kaum Muslimin!
Anda sekalian adalah umat yang terbaik dan tertinggi. Negeri-negeri kaum Muslimin adalah negeri-negeri yang kaya dengan sumber alam dan penduduknya rela melepaskan nyawa dan harta mereka untuk Allah. Lebih daripada itu, umat Muslimin adalah umat yang memiliki ideologi yang unik, yakni Islam yang unggul. Hanya dengan Islamlah, umat akan dapat hidup dan bebas dari kezaliman serta tindakan penguasa kuku besi dan selamat dari thâghût abad 21, Amerika Syarikat.
Sesungguhnya anda sekalian adalah pemimpin di dunia ini. Sementara itu, negeri-negeri anda adalah panggung dinamik, menjadi persaingan antara negara-negara kafir penjajah lantaran kedudukan strategiknya dan kekayaan alamnya sebagai nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada anda sekalian. Bagaimana orang-orang kafir boleh mengetahui kekayaan anda dan kedudukan anda yang strategik, yang membuat mereka bersaing merebutnya, sedangkan anda sekalian menutup mata dari nikmat dan kekuatan yang telah Allah SWT berikan??
Bukankah anda sekalian adalah umat yang telah melakukan berbagai pembebasan (futûhât) yang telah menjadikan banyak umat meninggalkan agama-agama mereka yang batil dan semangat bangsa mereka yang rosak, lalu mereka menjadi satu umat yang dipersatukan dan digerakkan oleh Islam?
Bukankah anda sekalian yang telah mengalahkan pasukan Tartar bahkan anda sekalian telah menundukkan salah satu suku mereka ke dalam pangkuan Islam di mana sisa-sisa mereka di bahagian utara negeri-negeri Islam mengembangkan Islam hingga ke hari ini?
Bukankah anda sekalian yang telah mengalahkan tentera Salib setelah mereka membangunkan berbagai kerajaan dan negara di tanah anda sekalian, lalu mereka terlempar dari tanah dan langit negeri anda sekalian dan mereka tercerai-berai, hina dan direndahkan?
Sesungguhnya para taghut hari ini, Amerika, Britain dan para pengikut mereka, adalah sama seperti mereka yang telah lalu itu; mereka itu tidak mampu berperang. Mereka turun ke medan pertempuran dan setelah itu mundur di dalam kekalahan. Sesungguhnya, Perang Hittin adalah permulaan runtuhnya pasukan Salib dan ‘Ain Jalut pembuka runtuhnya kaum Tartar. Demikianlah mereka itu. Dengan izin Allah, semua ini akan berulang dengan berdirinya Daulah Khilafah – menghancurkan taghut abad ke 21 ini!!!
Daulah Khilafahlah satu-satunya negara yang akan mampu menghapuskan Amerika dan Britain dari panggung antarabangsa; satu-satunya negara yang akan mampu menghalang hegemoni Amerika Syarikat dari pentas politik antarabangsa; satu-satunya negara yang akan menyelamatkan dunia dari kejahatan dan meluaskan kebaikan ke seluruh penjuru dunia.
Wahai Umat Islam, berjuanglah bersama mereka yang berjuang mengembalikan Daulah Khilafah Rasyidah - melalui thariqah Rasulullah - yang kembalinya telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis-hadis sahih. Jadilah anda sekalian sebagai penolong dan pendukung para pejuang ini sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan Rasullulah SAW mengembalikan kemuliaan dan ketinggian Islam.
“Janganlah kamu merasa lemah dan meminta kedamaian padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) berserta kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu.” (TMQ Muhammad, 47: 35)
Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:09:19 GMT -1
SN06 - Tsunami - Pembakaran Mayat
Mukadimah
[SN06] Tragedi Tsunami kini terlipat dalam lipatan sejarah hitam bagi sebahagian penduduk Asia khususnya kerana pada tanggal 26 Disember 2004 tersebut berlaku bencana alam yang terbesar, mengorbankan ratusan ribu jiwa yang beriman mahupun yang kufur kepada Allah SWT. Harus diterima oleh umat manusia, terutama yang meyakini Qadha' Allah dimana tiada suatu kuasa pun yang mampu menduga serta menghalang dari kerberlakuannya. Harus juga umat ini merenung hikmah tragedi ini dari pelbagai aspek yang mampu direnung secara fakta bukan dugaan semata, kerana rahsia dan hikmah bencana Tsunami memberi impak yang sangat jelas pada sisi fizikal mahupun mental umat. Fokus tulisan ini hanya menyentuh kesan tinggalan Tsunami pada pemikiran umat Islam yang kelihatannya sangat perlu diperubahbaiki untuk mengelakkan kekecohan serta kekeliruan memulihkan survival mangsa secara hakiki mahupun efektif.
Kekecohan dan Kekeliruan Urusan Umat
Timbul kekecohan dan kekeliruan dalam pengurusan pemulihan survival mangsa yang diberitakan media massa samada oleh pihak pemerintah negara yang terlibat mahupun dari bantuan luar. Rasuah, penyelewengan bantuan, pengagihan tak sekata, serta sekatan-sekatan lain yang menyebabkan mangsa tragedi terus hidup dalam kesempitan dan tekanan. Bantuan yang dihulurkan oleh para simpatisan tidak sampai atau tertangguh beberapa ketika disebabkan kekecohan dan kekeliruan pengurusan ini. Mengapa ini berlaku ? Tanpa prejudis menyentuh isu ini terlebih lanjut, difikirkan cukup sahaja untuk kita merenung kepada satu diantara isu berbangkit sekitar waktu tragedi masih segar, iaitu isu "pembakaran mayat mangsa Tsunami di Acheh" yang telah difatwakan oleh beberapa orang ulama atau / dan mufti di Malaysia. Isu ini menjadi hangat dibincangkan kerana masing-masing mempunyai pemikiran yang kontra antara satu dengan yang lain, hingga timbul beberapa kekecohan dan kekeliruan mengurusi jenazah mangsa. Bahkan ia merupakan sebahagian isu yang mempamerkan kedudukan pemikiran ulama serta umat Islam pada hari ini.
Pendapat dan Fatwa Ulama Malaysia
Ada beberapa orang ulamak dan mufti di Malaysia yang tampil mengeluarkan pendapat mahupun fatwa mengenai kedudukan hukum pengurusan jenazah mangsa Tsunami melalui kaedah pembakaran. Ada yang pro dan kontra pada kaedah tersebut, antaranya ;
1. Mufti Negeri Perak, Datuk Harussani Zakaria berkata ``Dalam situasi di Aceh, pakar dan ulama di sana perlu memastikan adakah sekiranya mayat tersebut tidak dibakar, ia akan menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban berbanding akibat tragedi tsunami.``Jika tidak, usaha menanam mayat mesti diutamakan dan jika sebaliknya, membakar mayat dibolehkan di bawah maksud darurat iaitu mengharuskan yang terlarang,'' ujarnya 2. Pengerusi Majlis Fatwa Malaysia, Datuk Dr Ismail Ibrahim menyifatkan bahawa “Ini kerana Aceh menghadapi masalah kekurangan peralatan dari segi logistik untuk mengeluarkan mayat reput yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan, sampah-sarap dan kayu. Jika mayat-mayat umat Islam yang sudah busuk itu terus dibiarkan tanpa disempurnakan sehingga boleh mencetuskan masalah lain seperti wabak penyakit, ia boleh dibakar kerana darurat,'' katanya 3. Mufti Negeri Johor, Datuk Noh Gadut pula berpendapat, mayat umat Islam wajar dihormati sebaik mungkin termasuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum ditanam mengikut lunas ajaran Islam sebenarnya.``Membakar mayat tidak dibenarkan dalam agama Islam kerana selain menyeksa mayat, ia juga meniru sesetengah agama lain yang berbuat demikian,'' 4. Bagi pendakwah bebas, Md. Daud Che' Ngah lain pula pendapatnya, Islam mengharamkan mayat umatnya dibakar kerana menghormati dan memuliakan mayat tersebut. ``Dalam Surah Toha ayat 55 ada mengatakan yang bermaksud: Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu seterusnya daripadanyalah Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain. Dengan itu, seluruh ulama mengatakan bahawa semua mayat-mayat hendaklah Dikebumikan (dikembalikan ke dalam tanah) sebagai mematuhi ayat tersebut,'' katanya. Tambahnya, bagi menguruskan mayat dalam jumlah yang banyak seperti di Aceh, ia boleh dikebumikan dalam satu liang lahad yang besar dan ditutup dengan kain kapan yang panjang dan dialas dengan papan sebelum ditanam. Katanya lagi, mayat-mayat tersebut juga walaupun mungkin berlainan agama boleh dimandikan secara direnjis air dan disembahyangkan sebelum ditanam bersama-sama. 5. MAHASISWA PASCASISWAZAH, Kuala Lumpur. Penulis (mahasiswa dari Aceh), dengan segala kerendahan hati ingin menyatakan bahawa segala pendapat itu belum dapat diterapkan dalam masalah di Aceh kerana mayat di sana masih boleh ditanam tanpa dimandikan. Darurat membolehkan mayat ditanam beramai-ramai dalam satu kubur besar. Kalau tidak dapat diangkat dan dialihkan, mayat boleh ditimbun dengan tanah sebagai ganti gali kubur kerana sudah darurat. Malah dalam fikah anggota badan orang Islam yang terpisah atau terpotong wajib ditanam tidak boleh dibakar. Jadi darurat dalam kaedah itu bukan membolehkan mayat orang Islam di Aceh dibakar. Hakikatnya tanah di Aceh masih cukup luas untuk dijadikan perkuburan. Hanya bantuan peralatan dan penyelamat yang terurus sangat diperlukan. Semoga pembakaran ke atas mayat-mayat umat Islam di Aceh tidak akan berlaku sama sekali.
Cumanya, penjelasan mengenai kaedah membakar mayat tersebut tidak mendapat tempat dalam keterangan mereka. Ini menimbulkan persoalan lanjut dikotak fikiran pembaca. Namun begitu, samada setuju atau tidak, umat Islam yang berjumlah lebih 1.6 billion ini harus merenung kembali apakah ianya wajar atau tidak atas apa kaedah sekalipun ? Justeru memikirkan apakah pula solusi bagi permasalahan tersebut dengan menggali punca sebenar kedudukan pemikiran dan keupayaan umat ini.
Pengurusan Jenazah Menurut Syarak
Secara syari’e pengurusan jenazah umat Islam dihukumnya fardu. Kefardhuannya ditaklif (dibebankan) keatas penduduk sekitaran yang juga sangat popular disebut sebagai Fardhu Kifayah. Namun harus diperingat bahawa tuntutan fardhu tersebut tidak akan gugur selagi usaha tersebut tidak selesai. Dan pengurusan jenazah yang terlibat dengan syahid bencana yang digariskan syarak adalah baku secara 'package' melalui urutan rukunnya sebagai berikut3:
1. Mandi jenazah 2. Kafan jenazah 3. Solat jenazah 4. Makam jenazah
Tidaklah harus dilangkaui salah satu rukun hingga mencacatkan amalan tersebut selagi tidak bertemu kepada jalan buntu (darurat) bagi melaksanakan kesemuanya secara sempurna. Misalnya, pembakaran mayat adalah satu perbuatan yang bukan berasal dari ajaran Islam dan ianya haram dilakukan sebagai amalan mengurusi jenazah. Namun begitu ianya boleh dilakukan setelah benar-benar berada dalam situasi mendesak atau disebut sebagai darurat. Maka harus pula diketahui apakah sebenarnya status darurat serta kemampuan (istitha’ah) disisi syarak sebelum menghukumi suatu pendekatan amali.
Definisi Darurat
Secara literal beberapa ulama mendefinisikan darurat sebagai berikut;
Al-Jurjani menyatakan: “Darurat itu berasal dari kata al-dharar yang bermakna sesuatu yang turun tanpa ada yang boleh menahannya.” (Al-Jurjani, al-Ta’riifaat, hal. 120).
Imam Ibnu Mandzur berkata: “Makna dari idhthiraar ialah, memerlukan sesuatu”. (Ibnu Mandzur, Lisaan al-‘Arab).
Al-Laits menyatakan: “Idhthaara bermakna, bahawa seseorang itu benar-benar memerlukan sesuatu.”
Dalam kamus Al-Muhith disebutkan bahawa, makna dari idhthiraar adalah al-ihtiyaaj ila al-syaai (memerlukan sesuatu).
Secara syar’iy yang disebut dengan darurat adalah sebagai berikut :
Al-Hamawiy dalam catatan pinggir atas Kitab Al-Asybah wa al-Nadzaair, mendefinisikan darurat sebagai :
“Suatu keadaan dimana seseorang berada dalam suatu had (batas) apabila ia tidak melanggar sesuatu yang diharamkan maka ia boleh mengalami kematian atau nyaris mati.”
Sebahagian ulama mazhab Maliki menyatakan :
“Darurat adalah mengkhuatirkan diri dari kematian berdasarkan keyakinan atau sekadar sangkaan kuat.” (Syarah Kabiir Ma’a Hasyiyaat al-Dasuqiy, jilid II/85).
Menurut ulama mazhab Hanafi, makna darurat yang berkaitan dengan rasa lapar, ialah seandainya seseorang tidak mahu mengguna barang yang diharamkan dikhuatirkan ia boleh mati atau setidaknya ada anggota tubuhnya yang akan menjadi cacat. Seorang yang dipaksa akan dibunuh atau dipotong salah satu anggota tubuhnya, apabila tidak mahu memakan atau meminum sesuatu yang diharamkan, itu bererti ia sedang dalam keadaan darurat. Tetapi, kalau ancamannya tidak terlalu berat, seperti hanya dipenjara setahun atau dihukum dengan diikat, namun tetap diberi makan dan minum, itu bererti ia masih ada pilihan. Dengan kata lain ia tidak sedang dalam keadaan darurat. (Dr. ‘Abdullah Ibn Mohammad Ibn Ahmad al-Thariqiy, al-Idhthiraar Ila al-A th’imah wa al-Adwiyah al-Muharramaat. Lihat pula Kasyful Asraar, jilid IV, hal.1517).
Dalam kitab Ahkaam al-Qur'an, Abu Bakar al-Jash-shash disebutkan, bahawa makna darurat adalah rasa takut seseorang kepada bahaya yang dapat melenyapkan nyawa, atau boleh mencelakai salah satu anggota tubuhnya, kerana ia tidak mahu makan atau meminum sesuatu yang diharamkan. (Abu Bakar al-Jash-shash, Ahkaam al-Quran, jld. I, hal. 159).
Walhasil, selama kita masih memiliki pilihan dan tidak berada dalam keadaan darurat sebagaimana definisi di atas, maka kita diharamkan sama sekali untuk melanggar aturan Allah SWT, meninggalkan kewajiban mahupun mengerjakan amalan yang diharamkan Allah SWT.
Memahami Kemampuan (Istitha’ah)
Benar, al-Qur'an telah mengkaitkan antara kewajiban untuk menjalankan hukum Islam dengan kemampuan (istitha’ah).
“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu, dan dengarlah serta taatlah…” (TMQ. at-Taghaabun [64]:16).
Ayat ini memberikan penjelasan kepada kita bahawa, kewajiban untuk menjalankan perintah Allah akan gugur jika kita tidak memiliki kemampuan. Sebab, Allah SWT mengkaitkan kewajiban untuk mengerjakan perintahNya dengan kemampuan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :
“Jika aku memerintahkan kepada kalian suatu perkara, maka kerjakanlah apa yang kalian mampu.” (lihat catatan pinggir dalam, Al-Hafidz Suyuthiy, al-Asybah wa al-Nadzaair).
Atas dasar itu, apa yang kita tidak mampu mengerjakannya maka kita tidak diwajibkan untuk memikulnya.
Ibadah haji adalah wajib. Namun, bagi mereka yang tidak mampu secara kewangan mahupun jasmani, diberi keringanan (rukhshah) untuk tidak melaksanakan ibadah tersebut. Begitu pula zakat dan puasa. Zakat hanya diwajibkan bagi orang yang memiliki kemampuan secara kewangan dan telah terpenuhi syarat-syaratnya. Puasa diwajibkan bagi mereka yang mampu melaksanakannya. Orang sakit, mahupun orang yang sudah tua diberi keringanan untuk tidak mengerjakan ibadah tersebut.
Ulama fiqh membahagi istitha’ah menjadi tiga :
1. Kemampuan secara materi (istitha’ah maaliyah) 2. Kemampuan secara jasmani (istitha’ah jasadiyah) 3. Kemampuan secara pemikiran (istitha’ah fikriyah)
Kemampuan materi adalah kemampuan material yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT.Apabila perintah disertai dengan syarat istitha’ah maaliyyah, maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan maaliyah, maka ia diberi keringanan untuk tidak melaksanakan kewajiban tersebut. Contohnya, ibadah haji, zakat, dan lain-lain. Orang yang tidak memiliki kemampuan kewangan, maka dirinya diberi keringanan untuk tidak melaksanakan ibadah tersebut.
Kemampuan jasmani, adalah kemampuan dari sisi jasmani yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT. Contohnya ibadah haji, jihad, dan lain sebagainya. Ibadah haji tidak dibebankan bagi orang yang tidak memiliki kemampuan jasmani yang penting. Demikian juga jihad. Jihad tidak dibebankan kepada orang yang sakit, anak kecil mahupun tua.
Kemampuan fikriyah, adalah kemampuan dari sisi pemikiran yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT. Contohnya, ijtihad. Ijtihad adalah suatu aktiviti menggali hukum yang memerlukan kemampuan secara pemikiran. Orang bodoh yang tidak memahami Islam dengan benar tidak dibebani untuk melakukan ijtihad. Ijtihad hanya diwajibkan bagi orang-orang yang memiliki kemampuan pemikiran.
Akan tetapi, jika kita mencermati nas-nas syari’at, kita akan mendapatkan bahawa, kemampuan (istitha’ah) selalu dikaitkan dengan perintah untuk menjalankan hukum Allah.
Berbeza dengan konteks meninggalkan larangan Allah. Setiap orang pasti mampu meninggalkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Oleh kerana itu, dalam konteks meninggalkan larangan Allah, Al-Qur'an tidak mengkaitkannya dengan istitha’ah(kemampuan). Sebab, setiap orang pasti mampu meninggalkan larangan Allah. Atas dasar itu, tidak ada alasan bagi seseorang untuk tidak meninggalkan zina, riba, mahupun perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Meskipun demikian, seluruh penjelasan di atas tidak boleh dipersepsi bahawa ada ajaran Islam yang tidak boleh dipikul oleh umat manusia. Sebab, taklif (ajaran Islam) yang dibebankan kepada kita merupakan taklif yang seluruh manusia boleh memikulnya. Allah SWT berfirman :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (TMQ. al-Baqarah [2]: 286).
Ayat ini merupakan bukti nyata bahawa, Islam merupakan ajaran yang mudah, dan seluruh manusia pasti boleh memikulnya. Kita sama sekali tidak boleh mempersepsi ada sebahagian ajaran Islam yang manusia tidak sanggup untuk memikulnya, meskipun dalam pelaksanaannya selalu dikaitkan dengan istitha’ah.
Situasi Pasca Tragedi Tsunami
Jika direnung semula suasana yang berlaku di Acheh, secara lojiknya, tidak mampukah rakyatnya yang berjumlah lebih 230 juta orang itu mengurusi pemulihan mangsa Tsunami berbanding pula pada jumlah penduduk dunia (amnya) yang sudi menghulurkan bantuan. Paling tidak, jumlah umat Islam yang billionan jumlahnya itu seharusnya dikerahkan agar membantu mangsa Tsunami atas dasar kemanusiaan sebagai mana yang dituntut oleh ajaran Islam itu sendiri. Tambah pula urusan ini ditaklif syarak sebagai kefardhuan yang wajib dilaksana.
Ini adalah sebahagian diantara kemampuan-kemampuan yang wujud ketika ini dan menjadi pilihan pihak berwajib kepada solusi masalah tersebut. Masalah birokrasi dan polisi sesebuah negara dengan luar yang menghalang kemasukan bantuan tidak mungkin dibenarkan Islam menjadi alasan keterjerumusan ke dalam darurat. Jika masih menjadi satu halangan, suatu pakatan suara yang menekan kepimpinan negara tersebut untuk melonggarkan seketika polisinya agar urusan ini berjalan mengikut landasan syariat Islam.
Beginilah sepatutnya Islam mengatasi masalah-masalah yang ditimbul dikalangan manusia. Hasil imperialisme suatu masa dahulu meninggalkan kesan perpecahan yang amat ketara disisi perpaduan umat serta mentalitinya. Hingga akhirnya kini tampak jelas kedangkalan berfikir untuk menyelesaikan suatu permasalahan. Misalnya isu fokus yang diperkatakan disini, mengapa ‘pembakaran’ yang dipilih sedangkan kos lebih tinggi berbanding pengurusan secara syari’e ? Dan apakah rasionalnya membakar mayat yang tertimbus dengan sampah serta kayu kayan dapat memastikan keberkesanan kaedah tersebut mengurusi mayat serta menghindar berlaku wabak penyakit pada orang hidup ?
Penutup
Inilah antara kesilapan yang berlaku dalam memberi solusi dan cara berfikir umat yang lemah. Keupayaan serta pilihan yang ada tidak dioptimumkan kerana halangan tertentu yang sepatutnya dicabar dan diatasi terdahulu sebelum meletakkan posisi darurat pada keadaan tersebut. Kemudian, disebabkan lemah setelah berpecah-belah melalui sempadan geografi menyebabkan kita berfikir secara masing-masing. Bukankah Islam itu hadir didunia sebagai pembawa rahmat sekalian alam, dan diterjemahkan pada kacamata umat manusia melalui persatuan yang utuh.
Kekuatan, kemuliaan, kesatuan ini telah dimanifestasi oleh Daulah Khilafah selama lebih 13 kurun. Umat manusia yang tinggal dibawah naungannya tidak mengalami kemunduran berfikir dan hidup seperti yang ada pada hari ini. Urusan umat diatur oleh dustur dan sistem pemerintahan syari’e, yang sentiasa adil dan saksama disisi syara', membawa kesejahteraan umat biarpun dalam situasi turun-naik mode kehidupan. Tidakkah perlu sekarang kita kembali hidup bernaung dibawahnya ?
Wallahu a’lam bissawaab
Rujukan : 1 Utusan Malaysia : 7,8,9 Januari 2005 2 Dari Jabir Bin Atik bahawa Nabi SAW bersabda : “Ada tujuh jenis syuhada’ lagi selain dari syahid dalam perang sabil; orang yang mati kerana penyakit sampar adalah syahid, orang yang mati lemas adalah syahid, orang yang mati kerana barah diperutnya adalah syahid, orang yang mati kerana sakit ta’un adalah syahid, orang yang mati kerana terbakar adalah syahid, orang yang mati kerana ditimpa runtuhan (tertimbus) adalah syahid, dan wanita yang mati kerana bersalin (melahirkan anak) adalah syahid” (HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’iy dengan sanad sah) 3 Rujuk Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
;D
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:10:10 GMT -1
SN07 - 81 Tahun Yang Berjerebu: Penderitaan Umat Tanpa Khilafah Mukadimah [SN07] Jerebu melanda Malaysia sekali lagi…. statistik terbaru menunjukkan peningkatan mendadak jumlah pesakit yang dirujuk kepada klinik dan hospital di seluruh negara sejak keadaan cuaca panas dan masalah jerebu yang semakin serius melanda negara. Menurut Menteri Kesihatan, pada bulan Disember, jumlah pesakit adalah 1,412 orang tetapi telah meningkat secara mendadak kepada 4,297 orang pada bulan Januari. Antara jenis penyakit yang menunjukkan peningkatan ialah jangkitan respiratori iaitu dari 419 kepada 1,322 kes; lelah, 32 kepada 124 kes dan merah mata, tujuh kepada 32 kes. Itu masalah jerebu…beberapa minggu yang lepas pula, sebelum kejadian jerebu ini, timbul isu siapakah yang bersalah antara JAWI atau mereka yang beragama Islam, yang ditangkap disebuah disko di kota raya Kuala Lumpur. Nampaknya masih ada kaum muslimin yang masih tidak jelas mengenai hukum menutup aurat ; sebahagian wanita yang ditangkap nampaknya merasa tidak bersalah memakai T-shirt tanpa lengan dan pakaian yang menggiurkan. Sebahagian lain mempersoalkan apakah salahnya kalau sekali-sekala pergi ke disko asalkan tidak minum arak ; segelintir pula bahkan mengatakan minum arak adalah hak peribadi mereka. Negara tidak berhak campurtangan urusan peribadi mereka. Memburukkan lagi keadaan, tindakan JAWI pula dianggap keterlaluan. Dalam bidang kesihatan pula, kita melihat umat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk rawatan penyakit yang kronik, seperti pembedahan hati. Akibat dari masa pengumpulan dana yang terlalu lama, pelbagai komplikasi dihadapi oleh pesakit – sehingga ada yang meninggal dunia ketika berhadapan dengan komplikasi tersebut. Dalam bidang pendidikan pula pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN terpaksa terlibat dengan riba sewaktu menuntut di universiti lagi. Mereka terpaksa membayar semula pinjaman dan ‘interest’ (riba) apabila bekerja kelak. Masalah yang dihadapi kaum muslimin di negara ini hanyalah merupakan sebahagian kecil sahaja dari masalah keseluruhan kaum muslimin diseluruh dunia. Dimana-mana sahaja kaum muslimin di kejar, dibunuh dan ditindas tanpa pembelaan. Sautun Nahdhah dua minggu yang lepas telah membawakan isu mengenai Iran yang bakal menjadi mangsa AS selepas mereka menghancurkan bumi Iraq. AS bagaikan harimau lapar yang tidak pernah kenyang – terus membaham mangsanya satu persatu. Umat Islam bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya. Sesungguhnya kaum muslimin merasa kepedihan yang amat sangat apabila setiap hari disuapkan dengan laporan penindasan ke atas umat Islam yang tidak kunjung selesai. Adakah khaira ummah (ummat terbaik/pilihan) akan terus tertindas dan tidak mampu melepaskan diri dari masalah yang melanda mereka ? Tidak mampukah kita berdikari tanpa bantuan PBB yang jelas didominasi oleh AS laknatullah yang kafir itu. Sudah tanduskah kaum muslimin dari Al-Mu’tasim yang boleh menyelamatkan muslimah Iraq, Khalid al-Walid yang akan mengalahkan tentera musuh atau Muhammad al-Fatih yang dapat menundukkan kuasa-kuasa besar kuffar ? Hakikatnya, perkara-perkara di atas dan lain-lain isu yang menggugat umat adalah perkara cabangan dari masalah yang lebih besar. Ia terselindung dari pengetahuan umat kerana kurangnya maklumat yang jelas mengenai sebab sebenar yang membawa kepada berbagai penderitaan yang menimpa mereka. Pemikiran umat diselubungi JEREBU sehingga terhalang dari mendapatkan penyelesaian sebenar dari Islam. Sejarah Kegemilangan Umat Dalam Memori Sejak tarikh 3 Mac 1924 hingga kini, untuk pertama kalinya umat tidak lagi merasakan nikmat hidup dalam naungan syariat Islam secara kaffah di tengah-tengah mereka. Di mana-mana, di seluruh dunia, umat hanya merasakan dan memahami Islam wujud sebagai agama ritual ibadah dan norma-norma akhlak belaka. Sebenarnya, Islam adalah sebuah din (agama) yang sempurna. Islam yang datang dari Allah, Maha Pencipta, mengandungi sistem yang mengatur hubungan manusia dengan al-Khâliq (berupa aturan-aturan aqidah dan ibadah), hubungan manusia dengan dirinya sendiri (berupa aturan-aturan akhlak, makanan, minuman dan pakaian), serta hubungan manusia dengan sesama manusia (mencakupi aturan muamalah dan sistem pengadilan). Namun kini, pemahaman—bahkan juga keyakinan—umat terhadap Islam sebagai sebuah ‘way of life’ (jalan hidup) yang benar mengalami penyelewengan besar-besaran. Umat lebih menyerahkan pengaturan hidup mereka pada ideologi selain Islam, samada kapitalisma-sekularisma mahupun sosialisma-komunisma; baik secara sedar mahupun tidak. Harus difahami, bahawa ketiadaan penerapan syariat Islam di dalam kehidupan umat adalah kesan nyata dari hilangnya Negara Islam (Daulah Khilâfah) dari kehidupan umat. Padahal, hampir selama 13 abad sejak Rasulullah SAW di-bai’at oleh para sahabat menjadi ketua negara di Madinah kaum muslimin tidak pernah terlepas dari penerapan Islam dan naungan Negara Islam (Daulah Islâmiyyah). Selama masa itu pula berbagai keunggulan dan kemenangan diraih umat di segala bidang; ekonomi, sains dan teknologi, ketenteraan, sosial dan sebagainya. Umat juga memiliki kemuliaan dengan bebasnya mereka dari penguasaan, penindasan, dan campur tangan bangsa-bangsa asing. Seluruh usaha yang dikerahkan kaum kuffâr untuk menjajah umat Muslimin selalu berjaya dipatahkan. Bahkan, berbagai kemenangan bersejarah pula yang diperoleh. Sebagai contoh, kejayaan pasukan Islam pada tahun 1454 di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluk Konstantinopel (sekarang Istambul), simbol keagungan empayar Romawi dan kaum Nasrani pada saat itu. Lantas apa yang telah terjadi setelah keruntuhan Khilafah Islamiyah dan hilangnya syariat Islam dari kehidupan umat? Apakah umat yang masih disegani oleh bangsa-bangsa lain dan dapat melanjutkan kejayaannya seperti yang diyakini oleh sebahagian orang; ataukah malah dihina? Apakah usaha menegakkan Sistem Khilafah akan dapat menghilangkan penderitaan umat sekaligus mengembalikan kegemilangannya? Penderitaan Umat Tanpa Negara Islam Mustafa Kamal ‘Attaturk’ adalah orang yang paling bertanggungjawab diatas penghancuran Daulah Khilafah yang terakhir yang berpusat di Istanbul, Turki. Lelaki keturunan Yahudi ini telah mengadakan pakatan dengan British untuk melenyapkan Islam. Hal itu hanya mampu dilakukan dengan terlebih dulu meruntuhkan Khilafah Utsmaniyah. Kebencian Mustafa Kamal terhadap Islam jelas terlihat melalui berbagai langkahnya untuk menjauhkan Islam dari kaum Muslimin Turki seperti melarang jilbab (jubah wanita), menutup banyak sekolah-sekolah Islam, memaksa kaum muslimin untuk menggantikan bahasa dan aksara Arab dengan bahasa Turki, serta melarang pembacaan ayat-ayat al-Quran di radio-radio. Bahkan, dengan berani ia memaksa kaum muslimin untuk menjadikan bahasa Turki sebagai bahasa pengganti bacaan shalat dan azan di seluruh masjid-masjid Turki. Hingga kini sebahagian polisi tersebut masih wujud. Peliknya, sejarah yang dipelajari umat mengenali Mustafa Kamal sebagai bapa kemodenan Turki!! Mustafa Kemal pernah mengatakan, “Apabila agama dipergunakan untuk mengatur urusan masyarakat, ia senantiasa dipergunakan sebagai alat kediktatoran para raja untuk berkuasa. Maka pemisahan agama dari negara sesungguhnya akan menyelamatkan kita dari malapetaka.”. Ini merupakan kenyataan yang jauh dari kebenaran. Tanpa penerapan syariat Islam dan Khilafah Islamiyah, umat Muslimin sebaliknya mengalami penderitaan yang berpanjangan. Turki sendiri tidak pernah bebas dicengkam pelbagai krisis selepas pembubaran Khilafah; suatu keadaan yang belum pernah terjadi di masa kekhilafahan. Di penghujung tahun 50-an, misalnya, Turki di ambang kemuflisan walaupun kaya dengan berbagai sumber minyak bumi dan kekayaan mineral lainnya. Hingga tahun 1973, ekonomi Turki ternyata tidak bertambah baik. Sebaliknya bertambah parah setelah harga minyak naik pada tahun tersebut. Krisis mencapai kemuncaknya pada tahun 1977. Inflasi mencapai 50%, sementara pengangguran dianggarkan mencapai 30 peratus dari jumlah tenaga kerja yang ada. Defisit perdagangannya juga mencapai USD 4 billion. Kesan global yang dihadapi umat dengan lenyapnya Khilafah adalah hilangnya daya untuk menghadapi berbagai penghinaan dan penganiayaan yang dilakukan Barat. Hari ini, hilangnya daya ini wujud dengan tunduknya para pemerintah negara-negara umat Islam kepada kempen ‘antiterorisma’ selepas serangan 11 September 2001. “Berdiri di belakang kami atau bersama para pengganas!” gertak Bush dalam satu sidang akhbar. Pakistan dengan segera berkhidmat untuk AS, memberi jalan bagi pesawat perang AS untuk menggempur Afghanistan melalui ruang udaranya. Turki juga mengambil rentak yang sama. Situasi yang sama berlaku apabila jiran-jiran Iraq membantu AS dengan membiarkan saudara mereka menderita demi ketaatan pekerja kepada majikan. Setelah itu, Iraq dipaksa pula memeluk system demokrasi-kapitalis yang dijaja Amerika melalui propagandanya. Kaum muslimin juga tidak berdaya untuk menghentikan kekejaman Israel. Para pemerintah kaum muslimin malah menerima tawaran perdamaian yang ditaja AS dan Israel meskipun darah Muslim Palestin terus ditumpahkan tentera Israel yang keji. Bahkan sikap kerdil para pemimpin Muslim masih tidak berubah, walaupun hampir setiap saat seluruh media massa memberitakan tindakan ganas yang dilakukan tentera Israel terhadap orang awam yang tidak berdaya. Mengapa Mesti Khilafah Sepanjang Abad ke 20 hingga kini, dunia yang kita diami diwarnai dengan persoalan-persoalan pelik yang tidak dapat diselesaikan umat manusia, sekalipun teknologi yang dimilikinya jauh lebih baik daripada zaman sebelumnya. Umat manusia kini memiliki dunia yang seolah-olah tidak mempunyai masa depan. Hal ini terjadi kerana dunia hari ini dipimpin oleh sebuah ideologi yang tidak manusiawi dan tidak membawa rahmat bagi seluruh alam, yang melarang campur tangan agama dalam urusan kehidupan, iaitu sekulerisma-kapitalisma. Oleh kerana itu, ideologi ini sesungguhnya tidak memiliki misi suci yang mampu memberikan cahaya kemakmuran kepada seluruh manusia dari kegelapan. Ideologi ini mencanangkan demokrasi sebagai sistem terbaik sedangkan ini hanyalah helah dan penipuan yang penuh dengan metos. Inilah ideologi yang pada saat ini diterapkan dan disebarkan ke seluruh dunia dengan kekuatan negara-negara besar, terutama Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis. Terbaru ia dilaksanakan di Iraq secara paksa; kononnya menggantikan sistem diktator Saddam yang kejam terhadap rakyatnya. Namun apa yang jelas adalah dengan datangnya Amerika beratus ribu nyawa terancam atau menjadi korban, ramai anak menjadi yatim dan para isteri menjadi janda. Infrastruktur dan kemudahan asas musnah dalam perang dan pergolakan terus berpanjangan. Inikah nilai kebebasan (’freedom’) yang digembar-gemburkan? Inikah nilai kemakmuran dan keamanan yang dijanjikan ? Berbeza dengan kapitalisma-sekular, Islam adalah sumber ideologi yang fitrahnya bersifat manusiawi, membawa rahmat bagi siapa sahaja kerana sifatnya yang adil, serta tidak menjajah atau bersifat eksploitatif ke atas manusia lain. Hal ini adalah kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT Sang Pencipta yang sangat mengenali sifat-sifat dan keperluan manusia serta apa yang dapat membuat manusia sengsara atau bahagia. Fakta empirik menunjukkan bahawa Islam memang pernah benar-benar menjadi ideologi yang memimpin dunia semasa ia diterapkan dan disebarkan oleh sebuah kekuatan politik yang agung, iaitu Daulah Islamiyah. Negara ini secara de facto didirikan oleh Rasulullah SAW di Madinah pada 12 Rabiul Awwal, bertepatan dengan 23 September 622M. Selepas kewafatan Nabi SAW, Negara ini terus berlanjutan dalam format negara Khilafah Islamiyah. Kepemimpinan Khilafah Islamiyah ini terus berjalan seiring dengan pasang surutnya, selama 1302 tahun sehinggalah pada 3hb Mac 1924, secara rasmi, Khilafah yang berpusat di Istanbul Turki, dibubarkan. Meskipun khalifah (pemimpin) yang baik dan kurang baik datang silih berganti, Daulah Khilafah secara de facto tetaplah negara yang memimpin dunia selama 13 abad dan pada saat itu kaum muslimin juga dibela dan dilindungi. Semasa Kekhilafahan masih ada, bukan hanya kaum muslimin yang dilindungi dan dijaga kehormatannya, namun peradaban dunia seluruhnya. Kita tidak akan mengenal peradaban Yunani purba andaikata peradaban Islam yang maju pesat di bawah naungan Khilafah tidak menyelamatkannya dan terus membangunkan ilmu pengetahuan; ketika Eropah hidup dizaman kegelapan akibat permusuhan gereja terhadap para ilmuwan. Khilafah Islam pernah menaungi ratusan etnik yang berbeza-beza, yang terbentang dari Atlantik di barat sehinggalah negeri China di timur, dan dari pinggiran Sahara di selatan sehinggalah Kaukasus di utara, tanpa diskrimasi atau penjajahan. Kekuasaan yang besar ini maju bersama mereka. Para ulama muncul di segenap penjuru. Mereka berkarya dalam bahasa Arab sebagai bahasa negara dan bahasa ilmu ketika itu walaupun mereka bukan etnik Arab. Kesatuan yang besar itu terbukti efektif untuk mengatasi kesulitan akibat bencana alam yang melanda sebahagian negeri atau serangan orang-orang kafir terhadap negeri-negeri Islam. Kita menyaksikan bagaimana kaum muslimin boleh disatukan, tanpa sekatan bangsa, ketika mereka menghadapi serangan tentera Salib, atau ketika mereka menghadapi serbuan Tartar yang menghancurkan bumi Baghdad pada tahun 1258. Baghdad boleh hancur, Khalifah boleh terbunuh, namun Khilafah Islamiyah tetap teguh berdiri seperti sebelumnya. Di seluruh penjuru negeri, Islam masih diterapkan—ekonomi masih ekonomi Islam, pendidikan masih pendidikan Islam, hukum masih hukum Islam. Bukan suatu yang menghairankan, dalam masa yang begitu singkat (3 tahun selepas serangan Tartar), kaum muslimin dengan cepat bersatu semula dan mengalahkan kaum Tartar; malah sebahagian tentera Tartar telah memeluk Islam. Khilafah kembali pada kedudukannya yang gemilang dan terbilang di abad-abad yang mendatang. Ini terbukti pada tahun 1453, Konstantinopel, ibukota empayar Byzantium Romawi, berjaya dibuka oleh kaum muslimin. Pada abad ke 17 masihi, kaum Muslimin masih menguasai separuh Eropah. Bahkan sebahagian pemeluk Protestan di Hungary dan Austria memohon perlindungan kepada Khilafah dari ancaman raja-raja Katolik yang berkuasa. Kegemilangan ini berterusan sehinggalah aktiviti dakwah umat Islam mengalami kemerosotan. Akibatnya, sumber tenaga manusia yang berkualiti turut menyusut sama sekali. Teknologi yang sebelumnya dikembangkan untuk menyokong jihad diabaikan sehingga suatu ketika dengan tiba-tiba Barat melalui revolusi Industrinya jauh lebih maju meninggalkan kita. Malangnya ketika itu, umat Islam tidak serta-merta kembali menggenggam erat kepemimpinan ideologi Islam, malah sebaliknya mula meniru Barat dalam segala segi bahkan sampai ke tahap menggunakan sistem perundangannya sebagai rujukan. Akibatnya umat bukannya bangkit kembali, malah semakin mundur membontoti Barat. 81 Tahun Tanpa Khilafah Semasa perang dunia pertama, ejen-ejen Barat telah memancing Daulah Khilafah yang sudahpun berada dalam keadaan tenat agar turut terlibat sama. Akibat dari itu, secara de facto mereka telah menghancurkan Khilafah pada akhir peperangan tersebut, dengan penguasaan banyak wilayah Khilafah oleh British dan Perancis. Kemudian, untuk menamatkan sama sekali sistem Khilafah, mereka menugaskan Mustafa Kamal, yang berlagak seperti pahlawan, untuk mengumumkan berdirinya Republik Turki, sebagai syarat agar pasukan asing diundurkan dari Turki. Pada 3hb Mac 1924, secara rasmi dia membubarkan Khilafah, seraya mengusir Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II. Setelah Khilafah dibubarkan, barat semakin berleluasa dalam menerapkan dan menyebarkan ideologi kapitalis-sekularnya ke seluruh dunia, terutama ke Dunia Islam yang kaya dengan sumber alam. Pada pertengahan abad ke 20, usaha itu digugat oleh Kesatuan Soviet yang berusaha menerapkan dan menyebarkan ideologi sosialisma-komunisma. Namun, pada akhir abad ke 20 dengan jatuhnya komunisma, Amerika Syarikat memimpin dunia dengan orde barunya mengembangkan lagi penguasaan ideologi kapitalis-sekular keseluruh dunia saat ini. Kini telah berlalu 81 tahun umat Islam membisu – akibat berjerebunya minda mereka, terlindung dari penyelesaian sebenar. Kesannya, umat Islam kini semakin jauh dari misi yang pernah dibebankan Allah kepada mereka, iaitu misi merahmati seluruh alam, seperti yang pernah berjaya dibuktikan oleh Daulah Khilafah. Usahkan merahmati seluruh alam, melindungi diri mereka pun mereka sendiri tidak mampu, seperti apa yang berlaku di Palestin, Bosnia, Cechnya, Kashmir, Xin Jiang, Tak Bai, Moro, Afganistan dan Iraq. Hakikatnya, tugas melindungi dan membela umat Islam ini hanya mampu dilaksanakan melalui suatu barisan yang terpimpin dalam format sebuah ideologi. Tanpa format ini, tenaga 1.5 billion umat Islam tidak akan terfokus. Bukankah Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan bekas USSR juga hanya mampu melaksanakan misi ideologi mereka dalam suatu formasi dan struktur yang rapi, dengan negara sebagai wadahnya. Negaralah yang menjalankan sistem pendidikan, mengembangkan teknologi, menerapkan ekonomi yang menjamin kemakmuran bangsanya serta menjalankan aktiviti politik luar negeri yang melindungi kepentingan warganya di seluruh dunia. Mereka bahkan menempatkan misi-misi politik dan budayanya di seluruh dunia, juga misi-misi ketenteraan, termasuk kapal-kapal induk dan kapal-kapal selam bertenaga nuklear, hampir dikeseluruh samudera. Bagi menandingi sebuah entiti politik berideologi seperti ini, hanya sebuah entiti politik berideologi yang bertentangan dapat mencabarnya. Sejarah membuktikan bahawa kuasa besar Rom dan Parsi akhirnya tunduk oleh sebuah entiti yang membawa ideologi yang berbeza dalam bentuk Daulah Islamiyah yang didirikan oleh Rasulullah SAW ; sekalipun entiti tersebut pada awalnya sangat kecil (hanya sebesar Madinah) dan juga secara ekonomi, teknologi, mahupun ketenteraan adalah lemah. Namun demikian, mereka memiliki ideologi Islam yang agung serta pendukungnya yang kuat yang telah memikul tugas yang telah dibebankan Allah keatas mereka sehingga mereka berjaya mendominasi perjalanan tamadun dunia. Oleh kerana itu, tidak boleh tidak, entiti politik seperti Daulah Islamiyah atau Khilafah Islamiyah perlu kembali bagi menandingi entiti kufur yang zalim ; sebagai sebuah negara yang moden namun visi dan misinya adalah Qurani dan seluruh perundangannya hanya semata-mata digali dari Islam; yakni dari al-Quran, as-Sunnah, Ijma Sahabat, dan Qiyas, serta olahan ijtihad tanpa henti dari para mujtahid. Khatimah Mendirikan kembali Khilafah bukanlah suatu yang mudah. Sejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam mengubah pemikiran dan perasaan umat sehingga mereka bersedia memperjuangkan penerapan Islam sekalipun menanggung penderitaan yang luar biasa, membuktikan bahawa perjuangan menegakkan Khilafah bukanlah suatu yang ‘mudah’. Perjuangan intelektual ini penuh dengan cubaan dan penyiksaan, namun kaum muslimin yang betul-betul ikhlas tetap istiqamah. Mereka rela melepaskan nyawa dan harta mereka dijalan Allah kerana itulah kehidupan sebenarnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul jika Rasul menyeru kalian pada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kalian. (TMQ al-Anfal [8]: 24). Tanpa pejuang-pejuang ini, tiadalah Islam bagi kita hari ini. Wahai kaum Muslimin! satu-satunya penyelesaian yang harus ditempuh untuk mengembalikan kejayaan umat ini adalah dengan kembali pada syariat Allah, menerapkannya dan menegakkan Daulah Khilafah yang akan melindungi dan menyelamatkan kita dari berbagai kedurjanaan musuh-musuh kita. Ingatlah, bahawa Allah Ta’ala telah menjamin kemenangan dan kejayaan bagi kita jika kita kembali pada deenNya. Oleh karena itu, bersegeralah kita berusaha untuk membai’at seorang khalifah yang akan mengembalikan Islam ketempat asalnya – kuasa yang mendominasi seluruh manusia. Sesungguhnya imam/khalifah itu adalah perisai dimana orang-orang berperang dan berlindung di belakangnya. (HR. Muslim). Hanya dengan Khilafahlah kita akan dapat meneladani Khalifah al-Mu‘tashim sehingga kita akan dapat menyambut jeritan anak-anak dan wanita-wanita Iraq dan Palestin yang dihinakan oleh tangan-tangan kuffar. Hanya dengan Khilafahlah kita berangkat untuk berjihad memerangi musuh-musuh kita. Hanya dengan Khilafahlah segenap permasalahan kaum muslimin dapat diselesaikan melalui penerapan hukum syara’ secara kaffah. Sambutlah seruan ini wahai kaum muslimin sesungguhnya Allah telah menjanjikan kemenangan. Allah berfirman yang bermaksud: Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di antara kalian, bahwa dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi. (TMQ an-Nûr [24]: 55). Rasul juga pernah bersabda yang maksudnya: .... Kemudian akan berdiri Khilafah yang ditegakkan di atas manhaj kenabian. (HR. Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi). Marilah kita sama-sama merenungi nasib kita dan nasib kaum muslimin seluruhnya. Hilangkanlah jerebu didalam minda kita supaya kita dapat melihat Islam sebagai satu-satunya penyelesaian dan bukan penambah masalah. Bantulah deen Allah ini dengan bersegera menegakkan kembali Khilafah Islamiyah. Nescaya dengan usaha ini Allah akan menolong kita dan mengubati keresahan dan kesedihan dengan menundukkan musuh-musuh yang sentiasa berusaha menghancurkan Islam. Pada hari ini, orang-orang Mukmin merasakan kebahagiaan kerana memperoleh pertolongan Allah. (TMQ ar-Rum [30]: 4-5). Wallahua’lam bissawab
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:10:57 GMT -1
SN08 - Islam Hadhari...Islam Kaffah?
Mukadimah
[SN08] “Hai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [TMQ Al-Baqarah: 208]
Wacana Islam Hadhari yang diumumkan pada bulan September 2003 di peringkat nasional oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau menjawat jawatan Perdana Menteri (NST, Jun 26, 2004: 11) sekarang ini hangat dibualkan di dada-dada akhbar arus perdana, juga majalah bersifat Islam, tidak ketinggalan di Parlimen. Konsep Islam Hadhari juga disampaikan oleh Perdana Menteri di dalam ucapannya di Oxford Centre of Islamic Studies Magdallen College, University of Oxford, England (UM 2 Oktober, 2004: 6), kemudian disampaikan di Jamiah Milliah Islamiyyah di New Delhi (NST, 22 Disember, 2004: 6).
Artikel atau bahan yang memuatkan konsep yang sama telah dikarang oleh Nakhaie Haji Ahmad atas judul `Masyarakat Islam Hadhari` telah diterbitkan oleh YADIM pada tahun 2004 dan terbaru, Ashaari Muhammad, bekas pemimpin gerakan Al-Arqam merasakan Islam Hadhari amat sesuai dengan citarasa dan seleranya dan beliau turut mengarang dan mengeluarkan buku berjudul “Islam Hadhari Menurut Ustaz Hj. Ashaari Muhammad” yang diterbitkan oleh Rufaqa` Corporation dalam tahun 2004. Dalam sibuk memperkatakan Islam Hadhari adalah satu alat untuk mentamadunkan umat Islam, muncul suara-suara kritikan dari pihak lain tentang penggunaan istilah 'Hadhari' itu samada ia sesuai atau tidak dinisbahkan (sifat-mausuf) kepada Islam.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengkritik dengan hebat, yang mana menurutnya, istilah Islam Hadhari tidak wujud tetapi yang sebenarnya adalah Hadharah Islamiyyah. Kemudian datang pula Saudara Astora Jabat menyelar pendapat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang berkata istilah Islam Hadhari ini betul dari segi konteks bahasa Arabnya dan digunakan dalam Majalah Arab. Pada tanggal 30 Januari 2005 bertempat di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak, Selangor, buku “Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari” karangan Presiden Pas, Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dilancarkan. Penyelewengan penterjemahan Judul Buku Manhaj Hadharah Insaniah fil Al-Quran, oleh Yayasan Islam Hadhari kepada Islam Hadhari Dalam Pembangunan Insan didedahkan oleh Harakah yang mana terjemahan yang sepatutnya adalah Tamadun Kemanusian di dalam Al-Quran. (Harakah 1-15 Mac 2005 : 1).
Shautun Nahdah pada kali ini ingin mengajak pembaca kepada Islam itu sendiri, bukannya untuk berpolemik istilah Hadhari. Kami merasa adalah amat penting untuk kita membekalkan pengetahuan yang benar tentang Islam supaya umat tidak terkeliru berkenaan dengan apakah yang sebenarnya Ajaran Islam itu. Ini penting terutamanya bila negara Barat sibuk melancarkan serangan kepada Islam dengan berbagai-bagai label, sedangkan umat Islam pula berusaha melakukan pembelaan terhadap Islam dengan menyesuaikan Islam sebagaimana yang yang diingini oleh Barat.
Islam Sebagai Sebuah Cara Hidup
Memperkatakan Islam sebagai cara hidup mestilah memenuhi tuntutan sebagaiman yang terdapat di dalam ajaran Islam itu sendiri. Jadi Islam ditakrifkan sebagaimana di bawah;
Islam adalah Agama yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Khaliq-nya, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya. Hubungan manusia dengan Khaliq-nya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akhlak, makanan, dan pakaian. Hubungan manusia dengan sesama manusia mencakupi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mu'amalah dan uqubat. [ Taqiuddin An-Nabhani, Sistem Islam, ms 69]
Dari definisi ini, ia menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhamad SAW yang mana ia adalah agama samawi yang mengatur;
i) Hubungan Allah dengan hambanya, meliputi aspek akidah dan ibadah mahdah (solat, puasa, zakat, Haji dll) ii) Hubungan individu dengan dirinya sendiri iaitu menyangkut apa yang perlu dia lakukan untuk keperluan dirinya seperti aspek makanan, pakaian dan akhlak. iii) Hubungan individu dengan individu lain iaitu meliputi aspek mu'amalah dan uqubat.
Hubungan tiga dimensi ini terkandung di dalam ajaran Islam yang melayakkannya untuk dijadikan cara hidup sempurna kepada manusia yang menganutnya, yang menerbitkan lima sistem asas bernegara, iaitu sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan polisi pendidikan negara. Islam sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT Firman Allah Ta'ala;
“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam” (TMQ Ali-Imran 3 : 18).
Dalam ayat ini, ia menerangkan bahawa cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam, bukan cara hidup lain seperti kapitalisme, komunisme, Darwinisme, Socialisme dan bermacam-macam isme-isme rekaan atau buatan manusia. Ini adalah kerana semestinya sebuah ideologi yang lengkap sebagaimana Firman Allah;
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu Deen kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu.” [TMQ Al-Maidah: 3]
Pada masa kini, ada di kalangan umat Islam yang menganggap Islam itu tidak lebih dari akidah ruhiyyah (kerohanian) yang hanya membicarakan masalah ibadat sahaja. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahwa mereka bukan hanya ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin dan pentadbir yang cekap. Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [TMQ Al-Baqarah: 208]
Islam sebagai sebuah cara hidup ini meliputi dua doktrin asas; i) Akidah ruhiyyah iaitu meliputi perkara ibadah dan akidah (hubungan langsung dengan Allah). ii) Akidah siyasiyah iaitu meliputi perkara yang mengatur urusan hidup seperti makanan, pakaian, akhlak dan perkara yang meliputi 90% urusan hidup kita iaitu mu'amalat dan 'uqubat. (Sila lihat Carta Definisi Islam)
Perlu difahami dengan jelas bahawa perkara mu'malah dan uqubat (sistem penghakiman) ini adalah sebahagian dari ajaran Islam yang banyak diselewengkan dan ditukar dengan sistem ciptaan manusia.
Mana-mana ajaran yang bersifat ideologi memiliki method khusus supaya ideologinya tetap dominan dan wujud dalam aspek kehidupan. Islam datang dengan sejumlah hukum yang mengawal ajarannya dan ia merupakan sebahagian ajaran itu sendiri.
Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk merealisasikan perkara di bawah:
(1) Penguatkuasaan Hukum Syarak; sebagai contoh Islam melarang seseorang melakukan zina. Maka sekiranya ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan untuk yang belum berkahwin. Hukuman sebatan ini menjadi aspek utama untuk penguatkuasaan hukum zina. Islam juga membenarkan pemilikan peribadi, tetapi tanpa penguatkuasaan, ianya tinggal sebagai sebuah ajaran yang tidak ada method/kaedah. Maka, Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.
(2) Memelihara akidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, Islam amat serius dalam menjaga akidah penganutnya yang mana method menjaganya adalah dengan dilaksanakan hukuman bunuh kepada golongan murtad.
(3) Membawa akidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya dengan method jihad sebagai penghilang halangan fizikal dari pihak negara kepada negara yang lain.
Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya di dalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 3 prinsip:
(1) Ketaqwaan seorang muslim memegang ajaran Islam (2) Masyarakat yang sentiasa prihatin dengan amalan Amar Makruf Nahi Mungkar (3) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.
Tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-bangsa lain yang belum mengimaninya adalah melalui jihad oleh Daulah. Jihad bertujuan untuk mengatasi berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal, yang menghalang bangsa tersebut dari memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman inilah, Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah SAW berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi hanya dalam masa 13 tahun setelah ia didirikan. Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal (600 tahun), Greece (500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun). Semasa pemerintahan tersebut, penduduk Daulah hidup dalam suasana yang aman, damai dan dinamik - dan ini menjana minda rakyat Daulah Khilafah untuk maju dan muncul sebagai tamadun dunia yang hebat.
Kekuatan dan pengaruh tamadun yang lahir dari akidah Islam ini turut dikagumi oleh pengamat barat. Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat Hewlett-Packard pernah berucap pada 26hb September 2001 di Minnesota, Amerika Syarikat, katanya : “Pada suatu ketika dahulu wujud satu peradaban yang terhebat di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara perkasa antara benua yang melingkari satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim dingin ke iklim tropika dan padang pasir. Dalam wilayahnya tinggal beratus juta orang, yang berbilang kepercayaan dan bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa Arab) menjadi bahasa universal di kebanyakan tempat di dunia, yang menghubungkan antara orang-orang dari beratus wilayah. Tenteranya terdiri dari berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya telah mewujudkan tahap ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika hingga China dan wilayah yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban ini dipicu oleh berbagai rekacipta. Para arkiteknya merekacipta bangunan-bangunan yang melawan graviti. Ahli matematiknya merekacipta algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan komputer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya mengkaji tubuh manusia dan menemui rawatan baru untuk pelbagai penyakit. Ahli astronominya mengkaji langit, memberi nama kepada bintang-bintang dan membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Ketika bangsa-bangsa lain takut mengeluarkan idea, peradaban ini memperkukuhkannya dan mempertahankannya. Apabila peradaban silam mengancam untuk menghapuskan ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan memindahkannya kepada yang lain. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Khilafah Utsmaniyah dan kota Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan Sulaiman (Khilafah Utsmaniyah). Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada peradaban ini, sumbangannya merupakan sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Pemimpin seperti Sultan Sulaiman menyumbangkan konsep toleransi dan kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan yang mengembangkan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya yang majmuk yang merangkumi tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang cemerlang ini adalah kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian dan keberanian yang merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta dan kemakmuran.”
Kesimpulan
‘Islam kiri’, ‘Islam kultural’, ‘Islam modernis’, ‘Islam tradisional’ atau ‘Islam liberal’. ‘Islam fundamentalis’ atau ‘Islam politik’ semuanya nama yang diberikan oleh Barat untuk menyerang Islam. Malangnya, umat Islam mengambil tempat sebagai pihak tertuduh, sehingga membela Islam dengan cara yang tidak betul, dengan memberi label baru sesuai dengan kehendak barat. Tidakkah kita ini umat terbaik yang tidak memerlukan sikap defensif terhadap dakyah Barat, yang memang mencari-cari ruang untuk memesongkan ajaran Islam? Ingatlah firman Allah swt:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut akidah mereka…..” [TMQ Al-Baqarah : 120]
Tidakkah cukup dengan namanya Islam sahaja sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran;
“Dia (Allah SWT) telah menamakan kamu sebagai orang Islam sejak dulu” [TMQ 22:78]
Wahai Kaum Muslimin yang dimuliakan!
Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadaban kapitalisme. Secara fitrah, Islam dan umat Islam tidak akan membenarkan pihak Kuffar berkuasa keatas kaum muslimin. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang teguh kepada Islam sebagai mabda’ yang lengkap sahajalah kita akan mencapai kemuliaan dan mendapat keredhaan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menafikan, hatta musuh-musuh Islam sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika Daulah Islam tertegak sejak Nabi Muhammad SAW mendirikannya di Madinah sehinggalah kejatuhan Daulah Khilafah Usmaniyah pada 3hb Mac 1924. Insya Allah, Khilafah 'Ala Minhaj An Nubuwwah akan kembali berdiri membawa ajaran Islam dalam arena kehidupan ini, bukan sebagai catatan dalam Kitab Fiqh yang kaku. Malahan ia akan memberikan sinar kepada seluruh penduduk Dunia. Sayugia itu, amatlah perlu bagi kita mengorak langkah yang jitu ke arah menegakkan kembali sistem Khilafah ini.
Wallahua'lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:11:43 GMT -1
SN09 - Persengketaan Blok Minyak Dan Gas Di Laut Sulawesi Hanya Menguntungkan Penjajah
Mukadimah
[SN09] Selesai isu Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, kini timbul pula isu Ambalat. Isu ini mula timbul sejak kerajaan Indonesia membuat bantahan keatas penganugerahan konsesi minyak dan gas (Product Sharing Contract/PSC) oleh Petronas di blok ND6 dan ND7, Laut Sulawesi kepada Shell pada 16hb Februari 2005. Lanjutan dari bantahan ini, sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Forum Studi Demokrasi (FOSAD) telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Demonstrasi tersebut telah mencetuskan momentum emosi dan ketegangan yang sehingga kini terus berlarutan. Reaksi penuh emosi penunjuk perasaan tersebut akhirnya mendesak Duta Indonesia di Malaysia, H Rusdihardjo, memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Selain tunjuk perasaan secara fizikal, perang digital yang mana laman-laman web di Malaysia telah digodam oleh penggodam Indonesia, juga mula dilaporkan di dalam internet.
Dari segi faktanya, Indonesia, dengan dakwaan bahawa lokasi yang dipertikaikan itu merupakan hak mereka, telahpun menganugerahkan blok Ambalat (yang dikenali juga sebagai ND6) kepada syarikat ENI (Itali) sejak tahun 1999, sementara blok Ambalat Timur (ND7) telah dikelolakan oleh Unocal Indonesia Ventures Ltd., sebuah syarikat minyak Amerika sejak bulan Disember 2004. Langkah yang sama telah diambil oleh Malaysia kemudiannya, yang juga mendakwa bahawa blok-blok ini berada di dalam kawasan perairan Malaysia, dengan menganugerahkan konsesi minyak dan gas kepada Shell. Tidak dapat dinafikan, kawasan yang mencetuskan persengketaan ini akan dapat menghasilkan pengeluaran minyak dan gas yang agak lumayan nilainya – kandungan minyak di kawasan ini dianggarkan mencecah 700 juta hingga satu bilion tong, sementara kandungan gasnya pula dianggarkan melebih 40 trilion kaki padu (TCF). Dalam situasi yang meruncing ini, akhirnya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memulakan proses perbincangan pada 22 dan 23hb Mac ini bagi mencari dan menyelesaikan konflik ini secara aman.
Bagi mendapatkan gambaran kepada punca sebenar dan penyelesaian yang wajar bagi persengketaan ini, Sautun Nahdhah ingin mengajak para pembaca yang dihormati untuk mengupas konflik ini berdasarkan hukum Islam sebagai satu-satunya penyelesaian sebenar kepada segala bentuk persengketaan manusia, terutama yang melibatkan umat Islam itu sendiri.
Kedudukan Sebenar Persengketaan Ini
Allah SWT berfirman: “Tidak, demi Tuhanmu, mereka tiada juga beriman (kepada engkau) sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan antara mereka, kemudian mereka tiada memperoleh keberatan dalam hati mereka menerima keputusan engkau dengan sebenar-benar penerimaan” (TMQ An- Nisa’: 65)
Bagi menyambut seruan Allah SWT ini dalam menyelesaikan masalah antara manusia, terutamanya antara dua pihak kaum Muslimin, isu persengketaan Ambalat ini mestilah dikembalikan kepada Allah dan RasulNya. Fakta utama yang harus disedari adalah bahawa Malaysia dan Indonesia kedua-duanya merupakan negara kaum Muslimin kerana kedua-dua negara mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam. Sebagai sesama negara kaum Muslimin, kedua negara ini sesungguhnya merupakan satu tubuh dan penduduknya adalah bersaudara, sekalipun wilayah mereka berbeza.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara saudara kamu” (TMQ. al-Hujurat: 10)
Realiti hari ini menunjukkan bahawa kaum Muslimin di seluruh dunia, walaupun mereka berkongsi akidah yang sama, namun mereka bercerai-berai dalam politik, ekonomi dan hala tuju. Ayat di atas menekankan bahawa kaum Muslimin itu adalah bersaudara, bukan setakat ‘rasa’ persaudaraan, namun kaum Muslimin pada hakikatnya merupakan satu tubuh; bersatu dalam satu akidah, aspirasi politik dan ekonomi serta hala tuju. Malangnya, situasi seperti yang ditekankan oleh ayat di atas sudah tidak wujud lagi. Seorang Muslim yang ikhlas, ketika memerhatikan realiti yang digambarkan di atas, akan dapat melihat bahawa punca persengketaan Ambalat timbul akibat dari wujudnya nation states (negara-bangsa), yang lahir setelah hilangnya Khilafah Islam pada tahun 1924. Disirami dengan doktrin nasionalisme, negarabangsa ini telah dimanfaatkan dengan jayanya oleh kaum penjajah untuk memecah-belahkan negeri kaum Muslimin sehingga menjadi negara-negara kecil dan lemah. Amat sedih untuk mengakui realiti ini namun hakikatnya, di antara negara kaum Muslimin yang termasuk di dalam negara-bangsa yang dilemahkan oleh kuasa Barat tersebut adalah Malaysia dan Indonesia. Hasilnya , kesatuan rumpun dengan akidah yang sama, seperti yang pernah dikecapi oleh umat di Nusantara suatu masa dahulu dikoyak-koyakkan dan akhirnya mereka pun menjadi lemah sehingga negara-negara penjajah kuffar dengan mudah menguasai mereka.
Nasionalisme Diharamkan Oleh Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Bukanlah seseorang itu sebahagian dari kita, (dia) yang menyeru kepada assabiyyah (nasionalisma/kesukuan), berperang kerananya atau mati kerananya” “Tinggalkanlah ia (nasionalisme/kesukuan). Ia merupakan suatu perkara yang jijik”
Didalam suatu peristiwa Jabir bin Abdullah Al-Ansari telah meriwayatkan apa yang berlaku di Al-Muraysi dimana golongan munafik cuba menyalakan perasaan assabiyyah dikalangan kaum muslimin: “Kami sedang didalam suatu sariyyah bilamana salah seorang Muhajirun telah menendang salah seorang Ansar. Si Ansar menjerit, “Wahai Ansar bantulah aku” dan si Muhajirin juga menjerit, “Wahai Muhajirin bantulah aku”. Mendengarkan ini Rasulullah SAW berkata, “Mengapakah kamu hidupkan sesuatu dari zaman jahiliyyah?”
Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan kebusukan nasionalisma – yang membawa kepada perpecahan dikalangan kaum muslimin yang disatukan oleh akidah Islam. Nasionalisma merupakan suatu ikatan yang muncul dari naluri mempertahankan diri dan naluri melestarikan keturunan yang juga wujud pada haiwan. Ikatan ini lemah dan tidak akan membawa kepada kebangkitan. Ianya merupakan ikatan yang dipengaruhi oleh kesan luaran dan tidak wajar dijadikan sebagai asas kepada kebangkitan. Tambahan pula, ikatan ini telah merosakkan kesatuan akidah dan politik kaum muslimin diseluruh dunia.
Dengan gambaran yang diberikan di atas, jelaslah bahawa sebab utama timbulnya permasalahan ini adalah wujudnya ikatan nasionalisma sebagai ikatan kesatuan palsu di dalam negara kaum Muslimin. Ikatan bahaya ini malah diutamakan berbanding ikatan akidah yang suci sebagai penyatu umat. Akibatnya, retorik cabar-mencabar yang muncul dari kedua belah pihak Indonesia dan Malaysia di internet dan wacana-wacana media massa lainnya yang semata-mata didasarkan kepada nasionalisma, terus berlaku meskipun kedua-dua belah pihak sedar bahawa mereka merupakan sebahagian dari umat Islam yang mulia.
Dari aspek pengelolaan minyak dan gas di kawasan yang menjadi rebutan, perlu diketahui bahawa hasil minyak dan gas merupakan kekayaan yang diberi oleh Allah SWT yang digolongkan dibawah hak milik umum. Dalam mengelolakan hak milik umum, hasil yang diperolehi hendaklah 100% dibelanjakan untuk kegunaan dan manfaat umum. Negara hanya berfungsi sebagai pengelola hak milik umum ini. Negara manapun, termasuk Daulah Khilafah sendiri tidak diperbolehkan mengelola hak milik umum dalam bentuk dimana manfaat dari hasil pengelolaan ini tidak diperolehi dan dirasai oleh umat. Oleh itu, didalam konteks pemberian konsesi minyak dan gas kepada syarikat-syarikat Barat (Shell, ENI, Unocal), ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan hukum pengelolaan hak milik umum. Oleh kerana itu, tindakan pemerintah Indonesia memberikan konsesi kepada ENI dan Unocal, atau tindakan kerajaan Malaysia memberikan konsesi kepada Shell, adalah satu bentuk perlanggaran terhadap hak milik umum, apapun alasannya – apatah lagi jika yang memperolehi konsesi itu adalah jelas negara-negara penjajah, seperti Britain, Belanda, Itali dan Amerika!
Siapa Yang Untung?
Sekiranya isu persengketaan ini tidak ditangani dengan betul, kemungkinan berlakunya konflik bersenjata antara Malaysia dan Indonesia tidak dapat dielakkan. Suatu perkara yang wajar ditangani segera ialah tuntutan penggunaan kekerasan yang begitu nyaring disuarakan terutamanya oleh media massa dan segolongan rakyat di Indonesia. Persoalannya, siapakah yang akan mengaut keuntungan sekiranya konflik bersenjata benar-benar berlaku ? Sudah tentu bukan Malaysia atau Indonesia!!! Lantas, siapakah yang paling pasti akan mengaut keuntungan dari persengketaan ini? Marilah kita fikir dan perhatikan kemungkinan-kemungkinannya..
Pertama; secara ekonomi, oleh kerana konsesi minyak dan gas di perairan yang dipertikaikan telah diberikan oleh kerajaan masing-masing kepada pihak ketiga — iaitu Britain, Belanda, Itali dan Amerika— sekiranya perang benar-benar berlaku, maka seandainya Malaysia ‘menang’ didalam konflik bersenjata tersebut, kita tidak akan mendapat apa-apa, selain kompensasi bagi hasil minyak/gas dan cukai - begitu juga sekiranya Indonesia yang ‘menang’. Syarikat-syarikat penjajah juga yang akan tetap mengaut keuntungan dari minyak dan gas tersebut. Wajarkah ‘kemenangan’ digadaikan dengan kepedihan dan penderitaan, samada akibat perang sesama saudara seIslam mahupun kesan kehancuran yang akan dirasai hingga generasi mendatang?? Hakikatnya, jika tercetus peperangan, yang pasti kaum muslimin tetap dipihak yang rugi, manakala golongan penjajah yang akan dapat keuntungan…
Kedua; secara politik, jika kedua-dua pihak terus berkeras dengan dakwaan masing-masing dan pada masa yang sama tribunal antarabangsa tidak dapat membuat keputusan yang memuaskan, maka kawasan tersebut mungkin akan dijadikan sebagai kawasan antarabangsa oleh badan dunia, sebagaimana yang pernah ingin dilakukan terhadap al-Quds. Jika ini yang berlaku, maka samada dipihak Indonesia ataupun Malaysia sendiri, masing-masing akan mengalami kerugian. Seperkara lagi, yang pasti mendapat keuntungan dalam situasi ini adalah negara-negara besar yang mempunyai pengaruh paling kuat keatas badan-badan dunia berkenaan, seperti Mahkamah Antarabangsa, PBB, mahupun badan-badan antarabangsa lainnya.
Ketiga; dari aspek pertahanan dan keamanan, jika konflik bersenjata antara Indonesia dan Malaysia benar-benar tercetus, pasti ia akan dijadikan justifikasi bagi pihak asing, khususnya Amerika untuk campurtangan di dalam hal-ehwal Malaysia dan Indonesia. Sekiranya diperhatikan dari segi strategi, Amerika telahpun menyenaraikan Malaysia dan Indonesia di dalam agenda perang mereka (“Oil Factor in Bush’s “’War on Tyranny’”, F William Engdahld, Asia Times, 3rd March 2005). Sekiranya peperangan meletus, Amerika tidak akan teragak-agak mengambil kesempatan ini untuk meletakkan tentera mereka di perairan Malaysia dan Indonesia untuk mengawal jalan sempit transit minyak (oil transit chokepoints) di perairan kedua-dua negara dengan pelbagai justifikasi. Dan hakikatnya, apabila mereka (Amerika) mula menjejakkan kakinya disini dalam kedudukan yang strategik, tidak mungkin mereka akan meninggalkan kawasan Nusantara dengan mudah!! Jika ini terjadi, maka kemelut yang melanda akan menjadi semakin rumit dan permusuhan akan terus berlarutan. Keadaan seperti ini telah dialami oleh Syria dan Lebanon, Iran dan Iraq serta India dan Pakistan. Walhal, pada hakikatnya, Allah SWT telah melarang kaum Muslim memberikan jalan bagi kaum kafir untuk menguasai mereka; sebagaimana firmanNya:
“Allah sekali-kali tidak akan memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai kaum Mukmin” (TMQ An-Nisa’: 141).
Jalan Keluar Bagi Krisis Ambalat
Setelah diperhatikan kedudukan krisis Ambalat seperti yang diperbincangkan sebelum ini, cara yang terbaik untuk menyelesaikannya ialah dengan cara damai (diplomasi), bukan melalui konfrontasi (konflik bersenjata). Ini dapat dilihat dari dua aspek.
Pertama, secara syar’ie, perseteruan akan menyebabkan terjadinya perang saudara, yang melibatkan peperangan antara sesama Muslim. Memulakan peperangan antara sesama Muslim jelas diharamkan, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
“Muslim yang satu dengan Muslim yang lain itu haram (saling mengganggu) kehormatan, harta, dan darahnya” (HR at- Tirmidzi).
Oleh kerana itu, ketika berlaku peperangan antara sesama Muslim, Allah SWT memerintahkan kaum Muslimin yang lain untuk menghentikannya, sebagaimana firmanNya: “Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu’min berperang, maka damaikanlah antara keduanya” (TMQ Al-Hujurat : 9).
Larangan memulai perang dan perintah menghentikan peperangan antara sesama kaum Muslimin menunjukkan haramnya menumpahkan darah diantara sesama mereka. Dan atas alasan apa peperangan ingin dicetuskan? Nasionalisme???
Kedua, secara ekonomi, perseteruan ini juga akan menelan belanja yang sangat tinggi, manakala hasilnya sudah pasti buruk. Pihak Indonesia pasti akan rugi dalam persengketaan ini, demikian juga Malaysia; samada secara ekonomi, politik, mahupun pertahanan dan keamanan – dan yang pasti akan mengaut keuntungan adalah kaum kuffar yang bagaikan serigala lapar menunggu hidangan yang dengan rela hati disajikan oleh kaum muslimin sendiri!!!
Oleh kerana itu, penyelesaian konflik melalui jalur diplomasilah yang paling logik dan rasional. Perbincangan haruslah dijalankan didalam suasana persaudaraan dan kedua-dua belah pihak hendaklah bertolak ansur dan menjadikan Allah dan RasulNya sebagai rujukan didalam menyelesaikan masalah ini.
Wahai Para Pemerintah dan umat Islam di Malaysia dan Indonesia!
Sesungguhnya Allah telah memberikan rahmat kepada rakyat di Malaysia dan Indonesia dengan menjadikan mereka hidup sebagai kaum muslimin, berpegang teguh kepada akidah-Nya dan bersaudara sesama kita. Janganlah kita inginkan perpecahan dan permusuhan hanya kerana suatu nikmat galian yang Allah SWT berikan sebagai cubaan hidup di dunia. Janganlah kita lupa bahawa dari Allahlah segala urusan dan kepada Allahlah segalanya akan dikembalikan. Sedarlah bahawa hukum bermusuhan sesama Muslim jelas diharamkan oleh Islam. Oleh kerana itu, apapun bentuknya, tindakan permusuhan tersebut hendaklah dijauhi. Kaum Muslimin termasuk para tokoh masyarakat, ulama’, para intelek dan pemerintah di Indonesia dan Malaysia hendaklah bersama-sama mencegah terjadinya perang saudara. Sesungguhnya yang akan mendapat keuntungan dari perang tersebut bukanlah umat Islam di kedua negara ini tetapi negara-negara penjajah kapitalis yang memusuhi Allah dan RasulNya..
Persoalan ini sewajarnya menguatkan keyakinan kita bahawa akar permasalahan yang timbul adalah kerana negeri-negeri kaum Muslimin yang asalnya satu, di bawah naungan bendera Lâ ilâha illâ Allâh Muhammad Rasûlullâh itu telah dicabik-cabik dan dirobek-robek oleh penjajah. Inilah yang sebenarnya menjadi masalah utama yang menyebabkan munculnya masalah sempadan (al-hudûd) dan seterusnya perasaan nasionalima. Oleh kerana itu, masalah persempadanan kawasan yang dipersengketakan tadi sebenarnya bukanlah merupakan masalah utama. Masalah utama yang sewajarnya diberi perhatian adalah umat Islam pada saat ini tidak lagi hidup di dalam satu negara iaitu Daulah Khilafah Islamiyyah. Sebaliknya, mereka telah dipecah-pecahkan di dalam batas-batas nation states (negarabangsa). Kenyataan ini juga semakin memperteguhkan keyakinan kita, bahawa Khilafah Islamiyah bukan sahaja wajib, malah adalah perlu untuk menjaga persatuan dan kesatuan negeri-negeri kaum Muslimin. Sekiranya ini masih tidak diendahkan, umat Islam akan terus-menerus disibukkan dengan masalah-masalah seperti isu Ambalat yang jelas-jelas menjerumuskan mereka kelembah kesengsaraan. Persoalannya, sampai bilakah harus begini?
Wallahua’lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:12:25 GMT -1
SN10 - Strategi dan Serangan Pemikiran Barat
Mukadimah
[SN10] Pertembungan di antara yang haq dan batil telah berlaku sekian lama, iaitu sejak di zaman Nabi Adam as. sehingga zaman Nabi Muhammad saw. Pelbagai helah dan usaha telah digunakan untuk melemahkan dan memadamkan semangat para pejuang kebenaran. Godaan, rayuan, penipuan, diskriminasi dan kekerasan adalah kaedah-kaedah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam serta pihak-pihak yang membenci Islam. Ini kerana mereka sedar bahawa Islam sebagai ideologi merupakan suatu ancaman kepada kewujudan sistem kufur hari ini. Namun Rasulullah saw. dan para sahabatnya tetap bersemangat dan tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan Islam, meskipun terpaksa mengorbankan segala-galanya dalam menghadapi realiti seumpama ini.
Sehingga kini, para pengembang dakwah terus menerima pelbagai ancaman fizikal seperti penangkapan tanpa pembicaraan, penyeksaan, pengusiran, paksaan, perlucutan jawatan dan sebagainya. Namun begitu, bentuk ancaman seperti ini secara relatif kurang berkesan berbanding bahaya penyesatan pemikiran. Apa yang kita lihat, keteguhan pendirian pengembang dakwah dalam menghadapi serangan fizikal tersebut sebaliknya telah menguatkan lagi kepercayaan dan keyakinan umat terhadap mereka dan kebenaran pemikiran mereka. Malah, ia semakin meningkatkan simpati umat kepada mereka, terutama pada pemikiran mereka yang menjadi dasar keyakinan umat.
Keadaan seumpama juga pernah dialami oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya semasa di Mekah. Ketika orang-orang Quraisy memboikot, menyakiti dan menyiksa mereka, Rasulullah saw dan para sahabatnya menghadapi semua itu dengan penuh kesabaran dan iman yang teguh. Sikap seperti ini telah memberikan kesan positif dalam mempengaruhi bcberapa tokoh Quraisy, sehinggakan mereka menerima Islam dengan hati yang terbuka. Bukan itu sahaja, kesabaran dan keteguhan Rasulullah saw dan para sahabatnya, bahkan mampu membatalkan pemboikotan dan mengurangkan penyeksaan terhadap mereka yang teguh dalam mengembangkan dakwah.
‘Penyesatan pemikiran’ jika tidak disedari oleh umat, sesungguhnya akan mendatangkan bahaya berupa keretakan hubungan di antara umat dan agamanya, juga di antara umat dan para pengembang dakwah yang telah menetapkan dan memperjuangkan kemaslahatan umat. Di antara pelbagai bentuk penyesatan yang digunakan oleh orang-orang kafir Barat untuk menentang para aktivis gerakan Islam ialah:
Pertama, Mengelirukan istilah Dauiah lslamiyah.
Barat dan orang-orang kafir telah menggunakan berbagai cara untuk menyesatkan kaum Muslim mengenai hakikat Daulah Islamiyah yang kini sudah mula mengakar (well established) di dalam diri kaum Muslimin, Mereka juga melakukan penyesatan terhadap idea untuk mengembalikan kembali semula Daulah Islamiyah dalam realiti kehidupan. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah mewujudkan dan mendokong penubuhan gerakangerakan Islam yang hanya memperjuangkan akhlak dan ibadah, gerakan-gerakan yang hanya mementingkan dan mensucikan akidah semata tanpa memerhatikan masalah hukum-hakam atau gerakan-gerakan yang hanya menumpuhkan aktivitinya kepada pencetakan buku-buku atau mendirikan pusat-pusat Islam. Idea seperti ini telah direalisasikan melalui talibarut-talibarut kafir barat yakni para penguasa kaum Muslimin dengan tujuan untuk mengukuhkan pemikiran sekularisme tetapi pada masa yang sama memalingkan kaum Muslim dan tujuan asalnya yang mulia, iaitu menegakkan kembali Daulah Islamiyah. Sedangkan kita tahu, bahawa masalah terbesar kaum Muslimin dan merupakan punca segala penderitaan yang mereka alami selama ini adalah runtuhnya Daulah Islamiyah. Barat dan negara-negara sekutunya menaja pelbagai gerakan seperti ini dan membuka pusat-pusat kegiatannya di dalam negeri-negeri kaum muslimin. Di antara bentuk bantuan yang mereka berikan ialah dalam bentuk material, motivasi atau informasi. Selain itu, mereka juga memberikan peluang kepada gerakan ini untuk membuka cawangan-cawangan mereka di luar negara-negara Arab atau di negeri-negeri Islam yang lain. Tujuannya adalah untuk meluaskan strategi menyesatkan pemiikiran ke atas kaum Muslimin di seluruh dunia. Telah menjadi rahsia umum, para pemerintah di negeri-negeni Islam telah menyediakan dana dalam jumlah yang besar untuk mendokong berbagai gerakan tersebut. Dana ini digunakan, misalnya untuk mendirikan Pusat Islam atau menubuhkan gerakan Islam yang baru dipelbagai pelusuk dunia. Akan tetapi, pada masa yang sama, mereka juga memerangi para pendokong Islam yang ikhlas berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan Daulah Islamiyah, yakni negara yang memerintah berdasarkan wahyu yang diturunkan Allah swt. Bahkan, kezaliman para pemenintah tersebut ke atas gerakan-gerakan Islam yang bercita-cita menegakkan Daulah lslamiyah langsung tidak mengenal belas kasihan. Sebenarnya, tindakan para pemerintah tersebut (seolah-olah untuk membela Islam) bukannya untuk kepentingan Islam. Sebaliknya, semua itu hanyalah untuk melenyapkan keberadaan Islam melalui strategi penyesatan yang menipu. Mengapa? Kalaulah benar segala tindakan tersebut dilaksanakan untuk kepentingan Islam, para penguasa tersebut sepatutnya mendukung setiap gerakan yang menginginkan penerapan hukum-hukum Islam secara formal melalui penubuhan kembali Daulah Islamiyah. Bagi melengkapi serangannya terhadap idea penubuhan kembali Daulah Islamiyah, barat juga memanfaatkan para penulis yang tidak bertakwa kepada Allah swt, yakni mereka yang mengatakan bahawa idea Daulah Islamivah hanya wujud pada masa lalu dan lenyap dengan berakhimya masa tersebut. Mereka juga melakukan propaganda bahawa idea penubuhan kembali Daulah lslamiyah ini tidak termasuk dalam pembahasan hukum-hukum Islam, tetapi sekadar masalah teknikal dan bersifat pilihan, bukannya sesuatu yang wajib diwujudkan. Ertinya, bentuk negara dalam Islam boleh mengalami transformasi sesuai dengan peredaran zaman, misalnya penerapan sistem pemerintahan selain dan Islam, seperti sistem republik dan demokrasi.
Melalui jaringan perisikan yang ada di negeri-negeri Islam, orang-orang kafir barat kemudiannya terus memfokuskan serangan kepada para pengembang dakwah yang ikhlas. Mereka melontarkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap para pengemban dakwah tersebut. Serangan-serangan tersebut seringkali berselindung di sebalik para penulis bayaran yang bergelar syeikh yang tidak takut kepada Allah dan tidak bertakwa kepada-Nya. Dalam hal ini, jaringan perisikan tersebut juga mengunakan pelbagai penyesatan. Di antaranya ialah dengan mengkritik, mengendalikan, atau memperkenalkan berbagai gerakan-gerakan Islam yang baru.
Cara lain yang digunakan untuk memerangi idea penubuhan Daulah Islamiyah (bahkan ini merupakan cara yang paling berbahaya dibandingkan dengan semua cara yang ada) adalah menerima pakai idea itu sendiri walaupun sebelumnya menolak, yakni melalui jalur propaganda yang dibuat oleh sebahagian penguasa di negeri-negeri Islam. Caranya ialah, para penguasa tersebut mempropagandakan bahwa negara sukarela adalah sebuah negara Islam. Propaganda seperti ini digunakan untuk memancing semangat dan ghirah orang-orang yang konsisten dengan agamanya untuk memalingkan mereka ke arab yang salah. Akibatnya, kaum Muslimin yang terpengaruh oleh tipudaya mereka ini hanya mensia-siakan banyak waktu dan tenaga, kerana begitu jelas hasil yang mereka perolehi hanyalah (disedari atau tidak) untuk menjaga kepentingan onang-orang kafir. Kesan bahaya dan strategi seperti ini, tidak hanya terhad pada masa sebelum Daulah Islamiyah berdiri, tetapi juga setelah berdirinya kembali Daulah Khilafah Islamiyah nanti. Barat akan tetap memilih cara ini untuk mengumumkan berdirinya “Daulah-Daulah Islamiyah” ketika bendiri Daulah Islamiyah yang sejati. Cara ini dilakukan dalam rangka mengelirukan dan menyesatkan pandangan kaum Muslim terhadap hakikat Daulah Khilafah Islamiyah ‘Ala-Minhaj An-Nubuwwah yang sebenar.
Kedua, Mengheretpelbagai gerakan Islam ke kancah perang fizikal.
Oleh kerana kuffar barat merasakan belum cukup dengan hanya memerangi idea dengan idea, mereka menggunakan pula cara lain, iaitu kekerasan fizikal. Bahkan dalam hal ini, ada perkara yang disengajakan, seperti melakukan kekerasan fizikal dalam rangka mencetuskan konfrontasi dengan umat. Akibatnya, umat akan terdorong untuk bangkit melakukan serangan balas. Kaedah seperti ini mengandungi bahaya besar terhadap gerakan Islam dan pam aktivisnya, terutama jika gerakan tersebut tidak mengetahui cara untuk;
1) menggerakkan umat,
2) cara memperolehi kepercayaan umat,
3) menjernihkan pemikiran umat
4) Menjelaskan thariqah yang betul.
Akhirnya umat sendiri akan turut berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memalingkan perhatian umat lainnya menggunakan kaedah yang sama untuk menyemarakkan permusuhan dikalangan gerakan-gerakan dakwah dan umat.
Ketiga, Menyerang idea gerakan politik.
Serangan terhadap idea gerakan politik lahir setelah kafir barat melakukan pengkajian, pengamatan dan membuat kesimpulan bahawa hanya gerakan politik sahaja yang memiliki pengaruh di kalangan umat dan mampu menangani realiti politik yang berkembang. Kesimpulan ini memang benar. Mengapa? Kerana gerakan Islam yang bukan gerakan politik (gerakan politik yang dimaksudkan adalah gerakan yang memperjuangkan kemaslahatan umat dan berusaha mendirikan sebuah negara untuk mengatur urusan rakyat berdasarkan hukum syara’) tidak membawa apa-apa makna pada Allah dan sekali-kali tidak mampu mengubah realiti yang ada. Inilah yang disedari oleh kafir barat. Oleh kerana itu, kuffar barat berusaha sekuat tenaga untuk menentang dan memerangi idea tentang politik dan gerakan politik dalam Islam, dengan memasukkan idea-idea sekularisme (pemisahan agama dan politik dan kehidupan) di tengah-tengah kaum Muslim. Kemudian lahirlah beberapa penulis dan ulama yang sesat dan menyesatkan. Di antara kenyataan mereka, “Tidak ada poluik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik. Sesungguhnya politik itu adalah penipuan dan pembohonga nyang penuh dengan tipudaya,” dan mereka juga menyatakan “agama adalah suci, maka agama tidak boleh di satukan dengan politik yang kotor agar kesucian agama terpelihara “. Bahkan, ada di antara dari mereka yang mengeluarkan hadis palsu yang dirujukan kepada Rasulullah saw seperti perkataan mereka: “Tidak ada parti dalam Islam dan tidak ada politik dalam agama”. Sebenarnya, semua bentuk serangan terhadap idea ini hanyalah untuk memerangi pemuda dan pemudi Islam sebagai pengembang dakwah yang ikhlas. Kerana tidak ada keikhlasan bagi mereka tanpa aktiviti politik. Dengan kata lain, keikhlasan hanya akan wujud jika ada aktiviti mengambil tahu urusan dan kemaslahatan kaum Muslim.
Keempat, Kegagalan gerakan-gerakan Islam yang menggabungkan din dengan sistem pemerintah kufur.
Sebuah gerakan Islam yang menerima idea tentang kebolehan bergabung dengan pemerintahan yang kufur (menjadi ahli kabinet, terlibat dalam membuat hukum dan turut serta menjayakan berbagai dasar-dasar politik melalui parlimen) seumpama mereka menikamjantungnya sendiri menggunakan pisau beracun.. Ertinya, gerakan Islam yang bertindak sedemikian pada dasarnya sedang melakukan tindakan “membunuh diri”. Mengapa? Kepercayaan umat terhadap mereka akan hilang dan mereka sendiri tercemar dengan keburukan dan kezaliman sistem kufur yang di sertainya. Contohnya adalah apa yang berlaku di Turki. Golongan tentera berjaya mendorong Partai Refah untuk menyertai sistem pemerintahan sekular. Setelah Refah bergabung, pihak tentera kemudian mengalahkannya dan sekaligus melemparkannya begitu sahaja ke jalanan. Akibatnya, parti tersebut hilang kepercayaan penyokong dan pengikutnya bahkan meretakkan hubungannya dengan umat. Demikian juga yang berlaku di Jordan. Terdapat gerakan Islam yang hilang kepercayaan umat setelah menyertai kabinet dan parlimen negara tersebut. Hal yang sama juga berlaku di Sudan, yakni pada Hasan at-Turabi dan para pengikutnya yang telah menyertai parlimen negara tersebut. At-Turabi dan partinya tidak hanya ditinggalkan, tetapi juga dimusuhi oleh penguasa yang dahulu menjadi sekutunya dalam mendapatkan kekuasaan. Inilab kaedah-kaedah penting yang diguna pakai oleh orang-orang kafir dalam perang penyesatan melawan pemuda dan pemudi umat yang ikhlas dan menghancurkan aktiviti mengembalikan kehidupan Islam. Sesungguhnya penyesatan seperti ini telah dikaji dan dirancang sebegitu rupa oleh pihak kafir Barat dengan teliti. Oleh karena itu, pengetahuan dan kesedaran yang tinggi dan gerakan Islam dan kaum Muslimin untuk menghadapinya amat diperlukan. Ertinya, kewaspadaan para pendokong gerakan Islam dan kaum Muslimin secara umum akan bahaya penyesatan seperti di atas adalah suatu hal yang sangat mustahak.. Muasabah Ibn Taimiyah Terhadap Sultan
Pada tahun 698 H, Sultan Gazan, pcmenintah keempat dan keturunan pemerintah Tartar yang menganut agama Islam, mengerahkan pasukannya dan wilayah Iran menuju Kota Halab (di kawasan Syam). Setibanya di tempat bernama Wadi Salmiyah. pasukannya bertembung dengan bala tentara Nashir ibn Gulawun dan keduanya telibat dalam perang yang dahsyat. Pasukan Sultan Gazan berjaya memaksa pasukan Nashin ibn Gulawun berundur sehingga ia melarikan din ke wilayah Mesir dan Kota Damaskus pun jatuh ke tangan Pasukan Sultan Gazan. lbn Taimiyah yang tinggal di Damaskus, mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tokoh-tokoh masyarakat yang bertahan di kota Damaskus. Pertemuan tersebut sebulat suara bersepakat untuk menghantar utusan berjumpa Sultan Gazan dan Ibn Taimiyah dilantik menjadi ketua rombongan utusan tersebut. Sebaik sahaja ia tiba di tempat Sultan Gazan, Ibn Taimiyah terus berkata kcpadanya, “Anda beragama Islam dan rnengaku bahawa dalam pemerintahan Anda ada qadhi (hakim), para imam, syeikh, muazin, dan sebagainya. Akan tetapi, mengapa anda menyerbu wilayah kami? untuk apa? Sedangkan abang dan ayah anda yang beragama Nasrani pun tidak pernah berkhianat. Bukankah sudah ada perjanjian uniuk tidak saling menyerang? Sayangnya anda mengkhianati dan melanggar perjanjian tersebut.” Sultan Gazan kemudian mengajak rombongan itu makan bersama, namun ibn Taimiyah menolak ajakan lersebut, sehingga Sultan Gazan bertanya, “Mengapa anda tidak mau makan bersama kami?” Ibn Tainiiyah menjawab, “haruskan saya memakan hasil rampasan? Kambing yang anda sembelih adaiah kambing milik rakyat. Anda juga memasaknya dengan kayu api yang berasal dari pokok milik rakyat. “Mendengar penjelsan Ibn Taymiyah, Sultan Gazan pun tertunduk malu. Secara diam-diam, ia merasa terharu dan muncul perasaan kagum pada dirinya. Kemudian ia berkata kepada pengawalnya, “Siapakah gerangan orang tadi? Sesungguhnya aku belum pernah melihat orang seberani dia. Aku tertarik kepadanya dan aku belum pernah tunduk kepada orang lain seperti ini.” lbn Taimiyah kemudian memperkenalkan dirinya kepada Gazan. Gazan pun meminta Ibn Taimiyah mendoakannya. Imam Ibn Taimiyah lalu menadahkan tangannya seraya berdoa, “Ya Allah, jika hambamu ini benar-benar berperang untuk meninggikan kalimat-Mu dan menegakkan agama-Mu, maka berikanlah pertolongan dan kemenangan baginya, berikanlah ia kekuasaan untuk memimpin negara dan umat ini. Akan tetapi. jika dia berperang hanya untuk meluaskan kekuasaannya. memperolehi dunia atau merendahkan Islam dan umatnya. maka binasakanlah dia dan hancurkanlah kekuasaannya.” Sultan Gazan yang mendengar doa Ibn Taimiyah dengan khusyuk mengaminkannya dengan penuh harapan. Adakah disaat ini wujud ulama-ulama kaum Muslim yang berani melakukan teguran dan kritikan seberani Ibn Taimiyah? Terdapatkah lagi penguasa-penguasa kaum Muslimin ketika ini yang memperhatikan urusan umatnya, menjaga pelaksanaan sistem hukum Islam di tengah-tengah rakyatnva atau meninggikan dan mengagungkan ajaran Islam?
Wahai Kaum Muslimin! Kebangkitan yang benar adalah melalui proses berfikir. Ia adalab satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan kaum muslimin yang telah hilang. Pemikiran kaum muslimin mesti ditingkatkan daripada taraf berfikir haiwani kepada taraf benfikir insaniah. Segala perancangan Barat kemudiannya akan mudah dibaca dan ditangani. Sesungguhnya maksiat yang paling besar ketika ini adalah hukum Islam tidak diterapkan. Adakah Allah swt redha hukuman yang tidak diterapkan oleh manusia? Sesungguhnya perjuangan ke arah itulah yang pasti mendapat keredhaanNya. Marilah kita bersama-sama menegakkan sistem Khilafah Islam supaya hukum syara’ dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
Wallahua’lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:13:10 GMT -1
SN11 - Biang Keladi Sistem Ekonomi Kapitalisme.
Mukadimah
[SN11] Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(TMQ Al-Mulk, 67 :15)
Realiti
Isu pengangguran siswazah yang telahpun sejuk setelah beberapa tahun kebelakangan ini kembali membara; kepanasannya dapat dirasai kembali semenjak isu ketidakmampuan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN memenuhi dada-dada akhbar harian negara. Mungkin berakibat dari bilangan siswazah menganggur yang tinggi - mencapai 80,000 diseluruh negara [Utusan Malaysia-20/3/05] meskipun telah dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang mengatakan hanya 18,070 siswazah menganggur [Berita Harian-28/3/05] - pelbagai pihak telah mengemukakan cadangan bagi menangani masalah ini. Di antara cadangan untuk mengatasi malasah ini adalah;
(i) PM Malaysia, Pak Lah sendiri telah mencadangkan agar Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) dihidupkan semula setelah terhenti sejak 2003 [Berita Harian-26/3/05], (ii) Kementerian Pengajian Tinggi yang bersedia mengorbankan satu daripada 19 politeknik atau mana-mana kolej komuniti bagi membolehkan ia dijadikan pusat melatih siswazah menganggur mendapatkan kerja, (iii) Siswazah akan ditawarkan jawatan lebih rendah, (iv) Siswazah akan diserapkan sebagai guru di sekolah-sekolah yang menghadapi masalah kekurangan guru [KOSMO!-25/3/05] (v) Memantau kedudukan pasaran buruh menerusi pertukaran elektronik, (vi) Berkerjasama dengan universiti awam dan swasta untuk mengukur kesesuaian program dan kursus yang dilaksanakan serta tahap keupayaan mendapat pekerjaan di kalangan siswazah, (vii) Menubuhkan empat ‘Focus Group’ untuk mengkaji isu ketidaksepadanan antara penawaran dan permintaan sumber manusia dan banyak lagi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan [Berita Harian-26/3/05].
Cadangan-cadangan ini sememangnya disambut baik sebagai langkah untuk mengatasi pengangguran, cuma masalahnya, mengapakah ia timbul hanya apabila isu seperti ini digembar-gemburkan didalam media, sedangkan masalah pengangguran ini merupakan suatu yang harus ditangani secara berkesinambungan dan terancang. Sautun Nahdhah minggu ini mengajak para pembaca yang budiman untuk mengungkap perbezaan antara pemikiran kapitalis dan Islam dalam menangani isu pengangguran.
Mengungkap Teori
Dari aspek ekonomi, pengangguran boleh didefinisikan sebagai satu keadaan di mana orang yang mempunyai kelayakan untuk bekerja dan sanggup bekerja serta bersetuju untuk menerima tingkat gaji yang ada dipasaran tidak memperolehi pekerjaan. Menurut teori ekonomi kapitalis, pengangguran merupakan satu bentuk pembaziran punca keluaran yang boleh menyebabkan negara kehilangan nilai ekonomi. Banyak teori diketengahkan bagi menjawab persoalan mengapa berlaku masalah pengangguran.
Antaranya ialah: (i) Ketidakseimbangan penawaran tenaga kerja dan keperluan. Hal ini termasuklah peluang pekerjaan yang agak terbatas berbanding bilangan sumber manusia yang semakin meningkat setiap hari. Keadaan demikian menyebabkan berlaku longgokkan pengangguran. (ii) Kesan kegawatan ekonomi yang masih terasa di seluruh negara sejak awal tahun 1998, dimana banyak syarikat menghadkan operasi dan mengecilkan bilangan pekerja. Banyak juga yang terpaksa menutup perniagaan sehingga mengakibatkan kakitangan hilang punca pendapatan. Syarikat-syarikat besar, termasuk beberapa buah bank telah bergabung untuk memantapkan kedudukan dan penggabungan ini biasanya diikuti dengan pembuangan pekerja. (iii) Faktor sikap para penganggur. Dalam hal ini termasuklah sikap yang terlalu memilih pekerjaan, ketidak-sesuaian pemilihan kursus-kursus pengajian semasa di IPT yang tidak memenuhi kehendak pasaran kerja dan tidak mempunyai kemahiran, modal atau tanah untuk diusahakan.
Teori yang diungkapkan diatas merupakan sandaran sikap pemikir kapitalis dalam menghadapi masalah pengangguran. Bagi golongan ini, pekerjaan sekadar dianggap sebagai salah satu aspek di dalam ekonomi yang berputar sesuai dengan tawaran dan permintaan ekonomi negara pada suatu waktu tertentu. Sesebuah kerajaan kapitalis, pada hakikatnya tidak memikul tanggungjawab untuk menjamin bahawa setiap individu di dalam negara mendapat keperluan asasnya sebagai manusia. Tanpa jaminan ini, pihak pemerintah sesebuah negara kapitalis tidak dipertanggungjawabkan untuk menyediakan keperluan-keperluan ini didalam bentuk-bentuk tertentu termasuklah menyediakan pekerjaan bagi setiap warga yang mampu bekerja di negara tersebut. Atas sebab ini, keprihatinan terhadap tawaran dan permintaan pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi, yang sewajarnya dimanifestasikan dalam bentuk perancangan terperinci serta penjanaan polisi sumber manusia yang efektif, konsisten dan berkesinambungan, tidak dipandang begitu serius. Perancangan ekonomi, termasuk perancangan sumber manusia di dalam sesebuah negara kapitalis didasarkan semata-mata kepada meningkatkan produksi negara tanpa secara serius memerhatikan adakah setiap warga yang mampu bekerja boleh mendapat pekerjaan atau tidak, atau samada setiap individu mendapat keperluan asas masing-masing atau tidak. Dengan pemahaman ini, tidak hairanlah, bagi sebuah negara kapitalis, apabila isu pengangguran memenuhi media, barulah pelbagai perancangan untuk mengatasi masalah ini disuarakan. Ini jauh berbeza dengan Islam.
Pekerjaan Di Dalam Islam – Memahami Tanggungjawab Individu Dan Daulah
Dengan mengkaji secara mendalam hukum-hukum Islam, kita dapati bahawa Islam sebagai sebagai sebuah ideologi (mabda) mempunyai penyelesaian untuk mengatasi seluruh persoalan kehidupan termasuklah permasalahan sumber manusia. Dalam menangani masalah pengangguran, Islam memahami bahawa penyelesaiannya perlu difokuskan kepada faktor penyebab utama munculnya permasalahan tersebut.
Islam menetapkan sebagai hukum asal bahawa pemenuhan dan kesejahteraan hidup manusia adalah tugas individu itu sendiri, iaitu dengan bekerja. Terdapat banyak seruan Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW yang menegaskan hal ini. Contohnya, firman Allah SWT: “Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya.” (TMQ Al Mulk: 15).
Dalam memahami ayat ini, Imam Ibnu Katsir (Tafsirul Quranil ‘Azhim, IV, hal. 478) menyatakan: ‘Maksudnya, berjalanlah semua ke penjuru di bumi manapun yang kalian kehendaki, dan bertebaranlah di seluruh pelusuk bahagiannya untuk melakukan beraneka ragam pekerjaan dan perdagangan!’
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang di antara kamu makan suatu makanan lebih baik daripada memakan hasil keringatnya sendiri” (HR Baihaqi)
Bahkan Rasulullah pernah mencium tangan Sa’ad bin Mu’adz ra tatkala baginda melihat tapak tangan Mu’adz, seraya bersabda: “(Ini adalah) dua tangan yang dicintai Allah Ta’ala” Inilah hukum asal bagi setiap individu dimana Islam mewajibkan setiap individu untuk bekerja bagi menjamin kesejahteraannya. Namun begitu, sekiranya seseorang itu mampu untuk bekerja namun tidak berhasil mendapatkan pekerjaan, maka adalah merupakan tanggungjawab negara untuk menyediakan pekerjaan baginya.
Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Imam adalah pemelihara urusan rakyat, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap masalah rakyatnya” (HR. Bukhari dan Muslim).
Islam meletakkan tanggungjawab menjamin setiap individu dengan hak dan keperluan asas setiap individu yang hidup dibawah naungan Islam keatas khalifah. Salah satu jalan untuk memastikan bahawa keperluan asas setiap individu dapat dipenuhi adalah dengan menyediakan pekerjaan bagi setiap warga yang mampu bekerja. Ini hanya dapat dilakukan dengan perancangan sumber manusia yang teliti, konsisten dan berkesinambungan. Negara wajib memastikan bahawa tawaran dan permintaan pekerjaan didalam putaran ekonominya sentiasa seimbang dan akan mampu menyediakan pekerjaan bagi setiap warga yang mampu bekerja serta boleh menjana ekonomi yang aktif dan produktif. Polisi sumber manusia yang terancang, konsisten dan efektif ini merupakan tanggungjawab khalifah dan beliau akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah mengenai perkara ini dihari akhirat. Oleh itu, Daulah TIDAK AKAN melalaikan perancangan sumber manusia sebagai salah satu bentuk penerapan hukum Allah di muka bumi.
Rasulullah SAW, sebagai pemimpin Daulah Islam secara praktikal senantiasa berusaha memberikan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Pernah suatu ketika Rasulullah memberi dua dirham kepada seseorang dan bersabda:“Makanlah dengan satu dirham, dan bakinya, belikanlah kapak, lalu gunakan kapak itu untuk bekerja!” Begitu juga ketika Khalifah Umar r.a. mendengar jawapan orang-orang yang duduk di masjid pada ketika orang lain sibuk bekerja bahawa mereka bertawakkal, beliau berkata: “Kalian adalah orang-orang yang malas bekerja, padahal kalian tahu bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas dan perak.” Kemudian Umar ra. mengusir mereka dari masjid, serta memberi mereka setakar biji-bijian. Beliau katakan pada mereka: “Tanamlah dan bertawakkallah kepada Allah!”
Mengenai riwayat ini, Imam Ghazali rahimahullah menyatakan bahawa wajib atas Waliyul amri (khalifah) untuk memberikan kemudahan-kemudahan atau mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat yang memerlukan kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya terhadap pemeliharaan dan pengaturan urusan rakyat. Itulah kewajiban yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dalam merancang polisi sumber manusianya, khalifah juga haruslah memastikan bahawa kepakaran/ kesesuaian yang mencukupi dapat dijana bagi memenuhi sesuatu sektor sesuai dengan polisinya. Bidang tugas tertentu hanya akan diberikan kepada mereka yang mampu menjalankannya. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis berasal dari Abu Dzar ra. yang mengatakan sebagai berikut: “Ya Rasulullah, apakah anda tidak berkenan mengangkat diriku sebagai pemimpin wilayah? Rasulullah SAW menjawab seraya menepuk-nepuk kedua bahuku: ‘Hai Abu Dzar, anda seorang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah suatu amanat yang akan membuat orang menjadi hina dan menyesal pada hari kiamat, kecuali jika ia mampu menunaikan hak dan kewajiban yang dipikulkan kepadanya.”
Walaupun hadis ini berkaitan dengan kes Abu Dzar, namun pernyataan ‘kecuali jika ia mampu menunaikan hak dan kewajiban yang dipikulkan kepadanya’ menunjukkan makna umum dalam segala jenis pekerjaan. Dalam kaitannya dengan perkara ini, khalifah berkewajipan untuk menyediakan kemudahan dan peluang samada secara rasmi mahupun tidak untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang tertentu, sesuai dengan polisi sumber manusia Daulah.
Keprihatinan Rasulullah SAW sebagai ketua negara terhadap persoalan sumber manusia, terutama yang berkaitan dengan menjana kepakaran, sangatlah mendalam. Ini dapat dilihat, sebagai contoh, dari tindakan-tindakan konkrit baginda seperti keputusan baginda terhadap tawanan perang Badar yang boleh dibebaskan dengan syarat setiap dari mereka mengajarkan 10 orang muslim membaca dan menulis. Begitu juga dengan tindakan baginda mengirim 2 sahabat, Urwah Ibnu Mas’ud dan Ghailan Ibnu Maslaman ke kota Jarasy di Yaman untuk mempelajari kaedah pembuatan senjata Dabbabah (kereta kebal yang diperbuat dari kayu dan kulit) untuk menembusi benteng lawan (Sirah Ibnu Hisyam, Jil. II, hal. 478).
Selain dari meningkatkan kepakaran, peluang pekerjaan dalam sektor-sektor tertentu seperti industri berat wajar dicipta. Daulah bertanggungjawab untuk menggalakkan para pelabur melabur, sebagai contoh, didalam industri berat yang dibenarkan oleh Islam untuk membuka peluang pekerjaan di dalam negara. Dengan berkembangnya sektor– sektor industri ini, peluang pekerjaan dapat ditingkatkan. Sebaliknya, negara tidak boleh bertolak ansur kepada kegiatan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti muamalah riba dalam perbankan dan bursa saham. Ini kerana sektor ini hanya akan menyebabkan pengedaran wang di kalangan orang kaya sahaja serta tidak ada hubungannya dengan penyediaan peluang pekerjaan. Selain itu, riba dan bursa saham tersebut haram menurut hukum Allah SWT. Firman Allah SWT tentang riba: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berpendapat sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” (TMQ Al Baqarah: 275).
Daulah juga wajib menyediakan subsidi bagi mereka yang mempunyai kemampuan tetapi tidak memiliki tanah ataupun modal untuk memulakan suatu pekerjaan atau perniagaan. Dalam kes-kes seperti ini, Daulah hendaklah memberikan milik negara kepada mereka sebagai modal atau tanah untuk diusahakan. Itulah yang dikenali dalam syariat Islam sebagai iqtha’, iaitu pemberian negara kepada rakyat yang diambilkan dari harta baitul mal dalam rangka memenuhi keperluan hidup atau memanfaatkan pemilikannya. Berkaitan dengan masalah ini Umar bin Khaththab telah memberikan kepada para petani di Iraq harta baitul mal yang boleh membantu mereka mengusahakan tanah pertanian serta memenuhi keperluan hidup mereka tanpa meminta imbalan baik berupa sewa mahupun cukai apapun dari mereka. Dengan demikian para petani yang tidak memiliki tanah atau modal dapat berdikari. Negara juga akan merampas tanah yang terbiar dan tidak diusahakan selama tiga tahun dan tanah tersebut akan diserahkan kepada petani yang mampu mengelolanya sehingga tanah tersebut tetap produktif. Inilah diantara contoh-contoh perancangan polisi sumber manusia yang akan dijalankan oleh Daulah dalam memastikan bahawa setiap individu didalamnya akan terjamin keperluan asas mereka.
Khatimah
Dari penulisan diatas, dapat kita fahami bahawa pendekatan kapitalis dan Islam amat jauh berbeza dan tunjang perbezaannya terletak pada asas permasalahan ekonomi. Sistem kapitalis meletakkan persoalan peningkatan produksi sebagai masalah utama ekonomi – yang memandang sumber manusia hanya sebagai sebahagian dari aspek peningkatan produksi, tanpa memandang kepada pemenuhan keperluan asas manusia. Akibatnya, banyak berlaku kekacauan dan kerosakan di muka bumi apabila yang miskin semakin miskin dan yang kaya semakin menindas. Islam, sebaliknya melihat masalah ekonomi dari aspek pengagihan kekayaan dan jaminan keperluan asas keatas setiap individu. Oleh itu, Islam melihat kepada masalah sumber manusia sebagai satu aspek utama yang sentiasa diberi perhatian dengan perancangan polisinya yang konsisten, efektif dan berkesinambungan.
Demikianlah pandangan dan cara Islam mengatasi dan menyelesaikan masalah sumber manusia yang ada. Penyelesaian yang ditawarkan Islam bukanlah penyelesaian yang sementara tetapi merupakan penyelesaian yang mendasar dan komprehensif dalam pemecahannya termasuklah dalam mengatasi masalah pengangguran ini. Namun, langkah-langkah dan tindakan-tindakan penyelesaian ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya golongan yang dipertanggungjawabkan mengenepikan Islam sebagai penyelesai masalah. Langkah penyelesaian ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan baik dan betul apabila sistem yang diterapkan adalah sistem Islam dan para pelaksananya juga terdiri dari golongan orang-orang yang benar-benar takut kepada Allah dan merindukan pertemuan dengan-Nya dalam keadaan redha dan diredhai oleh-Nya. Untuk merealisasikan keadaan ini, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk berusaha menegakkan kembali Daulah Khilafah Islamiyyah kerana hanya sistem Islamlah yang sesungguhnya akan memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada semua, tanpa mengira warna kulit dan agama.
Wallahua'lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:14:02 GMT -1
SN12 - Islam: Mabda’ (Ideologi) Yang Syumul (Lengkap)
Mukadimah
[SN12] Sejak keruntuhan Khilafah (Negara yang menerapkan Islam secara kaffah) pada 3 Mac 1924 (28 Rejab 1342H), umat Islam telah kehilangan suatu sistem pelindung dari pelbagai serangan sama ada pemikiran mahu pun fizikal. Usul penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (ICM) oleh 24 pertubuhan termasuk Majlis Peguam pada bulan Februari 2005 baru-baru ini di Kuala Lumpur dan bantahan terhadap serbuan oleh Jabatan Agama Wilayah Islam (JAWI) terhadap Kelab Malam Zouk adalah contoh bagaimana segelintir orang semakin berani mencabar Islam. Alhamdulillah segolongan umat Islam menentang hebat penubuhan ICM kerana ia dilihat akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat (Mingguan Malaysia, 27/2/05). Dengan runtuhnya Khilafah musuh-musuh Islam sentiasa mengugut para pendakwah Islam demi mengekang kebangkitan umat Islam, seperti Ustaz Abu Bakar Baasyir di Indonesia yang dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan akibat tekanan Amerika (Berita Harian, 4/3/05). Islam dilihat sebagai penghalang kepada kerakusan kuasa Barat khususnya Amerika. Barat menetapkan kayu ukur bagi peradaban. Mana-mana mabda’ (ideologi) khususnya Islam yang menyalahi piawaian ini akan dilabelkan militan, pengganas, pelampau, jumud dan diktator. Tidak kurang terdapat umat Islam yang jatuh dalam perangkap ini dan cuba mempertahankan Islam tetapi tanpa sedar melakukannya mengikut acuan barat seperti mereka konsep Islam liberal dan Islam sederhana.
Saat ini terdapat umat Islam yang menganggap Islam tidak lebih dari aqidah ruhiyah (kerohanian) yang hanya membicarakan tentang ibadat sahaja. Nabi Muhammad saw dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahwa mereka bukan hanya ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin dan pentadbir yang cekap. Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh)” (TMQ Al-Baqarah: 208)
Demi menegakkan Islam secara menyeluruh, mereka telah berhijrah ke Madinah dan mendirikan sebuah Negara Islam yang berdiri utuh selama lebih 1400 tahun malah mencabar empayar dan ideologi buatan manusia yang lain. Malangnya musuh-musuh Islam tidak berdiam diri. Perdana Menteri Britain, Gladstone, dalam tahun 1882, sambil mengangkat al-Quran dalam parlimen Britain beliau mengatakan bahawa untuk membolehkan umat Islam dijajah, mereka mesti dijauhkan dari al-Quran atau pemikiran-pemikiran Islam. Akibat serangan pemikiran Barat, kita lihat ramai umat Islam yang memperjuangkan Islam tetapi mencampur adukkannya dengan ideologi kapitalisme dan sosialisme. Sebagaimana ucapan seorang yang dianggap intelektual Muslim Malaysia iaitu Dr. Farish Noor apabila dia mengatakan: “Islam adalah wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar” (2001)
Hakikat Islam adalah mabda’ iaitu aqidah aqliyah yang melahirkan peraturan. Aqidah adalah pemikiran menyeluruh tentang alam semesta, manusia dan kehidupan serta tentang apa yang ada sebelum dan setelah kehidupan, disamping hubungannya dengan sebelum dan sesudah kehidupan. Oleh itu, aqidah Islam menjawab soalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia di dunia. Inilah panduan asas bagi manusia ketika menjalankan kegiatan hidupnya. Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dengan penjelasan yang lengkap dan tepat berbagai peraturan yang berkaitan dengan:
1. Hubungan antara manusia dengan Penciptanya (ibadah) 2. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri (akhlaq ), 3. Hubungan sesama manusia iaitu politik, pergaulan, ekonomi, hubungan antarabangsa serta urusan muamalah lain. (Ahmad Atiyat, At-Tariq, Dar al-Bayariq, 1996)
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmatku bagimu, serta Aku redai Islam sebagai agama bagimu.” (TMQ Al-Maidah: 3)
Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk (1) Menerapkan berbagai penyelesaian tersebut, (2) Memelihara Aqidah agar bertahan dalam arena kehidupan, dan (3) Menyebarkan aqidah kepada mereka yang belum meyakininya.
Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini iaitu menerapkannya dalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 2 perkara: (1) Ketakwaan seorang muslim dan (2) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.
Mengenai tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-bangsa lain yang belum mengimaninya adalah dengan jihad oleh Negara. Jihad bertujuan untuk menghilangkan berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal, yang menghalang bangsa tersebut memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman inilah, Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah saw berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu Rom dan Farsi (Iran) hanya dalam masa 13 tahun setelah didirikan. Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal (600 tahun), Greece (500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun).
Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat Hewlett-Packard berucap pada 26 September 2001 di Minnesota, Amerika Syarikat : “Pada suatu ketika dahulu wujud satu peradaban yang terhebat di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara perkasa antara benua yang melingkari dari satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim dingin ke iklim tropika dan padang pasir. Dalam wilayahnya tinggal beratus juta orang, yang berbilang kepercayaan dan bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa Arab) menjadi bahasa universal di kebanyakan tempat di dunia, yang menghubungkan antara orang-orang dari beratus wilayah. Tenteranya terdiri dari berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya telah mewujudkan tahap ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika hingga China dan wilayah yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban ini dipicu oleh berbagai rekacipta. Para arkiteknya mereka bangunan-bangunan yang melawan graviti. Ahli matematiknya mereka algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan computer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya mengkaji tubuh manusia dan menemui rawatan baru untuk penyakit. Ahli astronominya mengkaji langit, memberi nama kepada bintang-bintang dan membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas Ketika bangsa-bangsa lain takut mengeluarkan idea, peradaban ini memperkukuhkannya dan mempertahankannya.
Apabila peradaban silam mengancam untuk menghapuskan ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan memindahkannya kepada yang lain. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Khilafah Usmaniyah dan kota Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan Sulaiman (Khilafah Usmaniyah). Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada peradaban ini, sumbangannya merupakan sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Pemimpin seperti Sultan Sulaiman menyumbangkan konsep toleransi dan kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan yang mengembangkan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya yang majmuk yang merangkumi tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang cemerlang ini adalah kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian dan keberanian yang merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta dan kemakmuran.”
Apabila Islam tidak dilaksanakan sebagai mabda’, aqidah Islam pun tidak terpelihara. Di Turki tentera telah membuat kajian bahawa menjelang 2020, 7 juta Muslim di Turki dijangka akan murtad menjadi kristian. Di Indonesia, 13 juta telah murtad menjadi kristian katolik. Di Malaysia, kita pernah dikejutkan dengan berita seorang bernama Aishah murtad setelah jatuh kepada pujuk rayu kekasihnya. Kejadian ini tidak akan berlaku apabila peraturan Islam dilaksanakan iaitu mereka yang murtad dihukum bunuh jika enggan bertaubat sehingga 3 hari. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia (Berita Harian, 29/1/05) dengan bimbang mengatakan:“Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi. Apa nak jadi pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah tidak takut kepada undang-undang kita.” Islam telah membuktikan bahawa ketika ia diterapkan, kadar jenayah begitu rendah, tercatat hanya 200 kes hudud sahaja yang dijatuhkan dalam tempoh 1400 tahun ia memerintah.
Khatimah
Umat Islam tidak sewajarnya ragu tentang Islam seperti dikehendaki musuh-musuh Islam.
Ingatlah firman Allah swt: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut aqidah mereka”
Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadapan kapitalisme. Kita mendapat pelajaran yang berharga dari peristiwa serangan Serbia ke atas Bosnia dan serangan Amerika ke atas Iraq. Iraq dan Bosnia telah tunduk kepada kehendak musuh tetapi tetap diserang. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang teguh kepada Islam sebagai mabda’ yang lengkap kita akan mencapai kemuliaan dan mendapat keredaan Allah swt. Tiada siapa yang dapat menafikan hatta musuh-musuh Islam sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika Khilafah tertegak sejak Nabi Muhammad saw mendirikan Negara di Madinah hinggalah kejatuhan Khilafah Usmaniyah pada 3 Mac 1924. Sebuah badan pemikir Amerika, National Intelligence Council (NIC), baru-baru ini meramalkan bahawa Khilafah akan tertegak menjelang 2020 dan menurut kajian mereka, Khilafah ini akan menerapkan mabda’ Islam merangkumi wilayah yang luas dan mencabar kuasa besar seperti Amerika. Mereka melihat bahawa Khilafah bukanlah suatu khayalan malah adalah suatu realiti yang hanya menunggu masa sahaja untuk muncul. InsyaAllah dengan kegigihan mereka yang yakin dengan Allah dan RasulNya Khilafah akan tertegak lebih awal dari yang diramalkan oleh NIC. Oleh itu umat Islam mestilah memahami kewajiban untuk melaksanakan Islam sebagai mabda’ yang praktikal dan tidak menganggapnya sebagai khayalan dan bersegera melakukan dakwah pemikiran supaya Khilafah akan kembali untuk menerapkan keadilan, membawa kemakmuran dan menyelamatkan manusia dari penindasan ideologi buatan manusia khususnya kapitalisme.
Wallahua'lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:15:10 GMT -1
SN13 - Kematian Pope John Paul II – Adakah Perlu Ditangisi
Mukadimah
[SN13] Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan; " Bahawasannya Allah salah seorang dari yang tiga" padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain Tuhan Yang Esa. Jika meraka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. [ TMQ , Al-Ma'idah 5:73]
Para pemimpin dunia dan 1.1 billion penganut Kristian Mahzab Katholik seluruh dunia dan sebahagian umat Islam hari ini telah bersedih dengan kematian Pope John Paul II atau nama sebenarnya adalah Karol Josef Wojtyla tepat pada pukul 3.37 pagi 2/04/2005 (waktu Malaysia). Ketua gereja Roman Katolik itu telah disemadikan dalam krip di bawah gereja St. Peter Basilica selepas berlangsungnya upacara pengkebumiannya selama tiga jam yang bermula pada pukul 10 pagi (4 petang waktu Malaysia 7/04/2005). Seluruh dunia merasakan seperti telah kehilangan seorang yang amat berharga dan telah berjasa kepada dunia terutamanya umat Islam.
Di mana hampir semua pemimpin dunia dan pemimpin masyarakat telah menyampaikan rasa sedih dan takziahnya, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz juga merakamkan ucapan takziahnya dan menyatakan satu kehilangan yang ketara kerana Pope John Paul II terkenal sebagai pejuang keamanan dunia dan berharap penggantinya mengambil pendekatan yang sama (Harakahdaily.net 4 April 2005). Ahli Jawatankuasa PAS pusat Dr. Mohd Hatta Ramli menyifatkan perjuangan Pope adalah sealiran dengan Perjuangan PAS iaitu menentang peperangan, kezaliman dan pengguguran euthanasia (mercy killing) (Harakahdaily.net 5 April 2005). Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai pemimpin agama yang amat dikagumi dan dihormati di seluruh dunia kerana kualiti kasih sayang dan kekuatan moralnya yang tinggi kerana telah memperkenalkan persefahaman antara agama (UM April 03 2005). Dan kemudian PM menghantar menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin (Hal Ehwal Keagamaan) dan Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Perkhidmatan Awam) mewakili kerajaan Malaysia pada masa pengkebumiannya. Begitu juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan bahawa mendiang banyak memperjuangkan keamanan sejagat dengan menentang peperangan dan keganasan (NSTP April 03 2005). Chandara Muzaffar menyifatkan bahawa dunia akan sentiasa mengingati mendiang dengan sikapnya yang seringkali menentang ”Global Injustice” (NSTP April 03 2005). Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan pemergian John Paul sebagai kehilangan besar bukan saja bagi penganut Roman Katolik tetapi juga dunia kerana mendiang mengambil berat dan berani menyuarakan pandangan terhadap isu antarabangsa, termasuk Palestin (BH April 02 2005). Seterusnya Sheikh Yusof Al-Qaradawi dan Imam Besar Al-Azhar Sheikh Mohammad Syed Tantawi mengucapkan takziah dan menyifatkan sebagai kehilangan besar kepada perjuangan persefahaman antara agama Kristian dan Islam (Islamonline.net April 03 2005) dan mendoakan kepada tuhan agar memberikan belas kasihan kepada Pope dan memberi ganjaran kepadanya terhadap apa yang telah ia lakukan kepada keagamaan dan kemanusian. Begitu juga dengan Hasyim Muzadi, ketua Nahdatul Ulama (salah sebuah pertubuhan dakwah di Indonesia yang mempunyai keahlian seramai 40 juta orang) juga tidak mahu ketinggalan.
Pengerusi Forum Muslim Profesional Dr Mazeni pula mengharapkan agar dailog antara agama yang diusahakan oleh Pope ke arah menghasilkan seperti sikap belas kasihan dan kasih sayang di dalam masyarakat dapat diteruskan (NSTP 02 April 2005). Manakala, Dr Saodah seorang pensyarah menyatakan bahawa Umat Islam merasai nikmat jika Pope baru yang bakal dilantik kelak mempunyai jiwa yang sama dengan John Paul II. (UM April 8 2005).
Sautun Nahdah kali ini akan membahaskan pandangan dan pemikiran yang dibawa oleh bekas Ketua Paderi Kristian Katolik ke seluruh dunia serta meninjau beberapa pandangan ulama-ulama besar di dalam hal berkaitan mengucapkan Takziah atas kematian orang kafir.
Takziah ke atas orang Kafir?
Segelintir umat Islam cuba menjawab teka teki siapakah pengganti Pope, tetapi yang pasti, penggantinya akan membuka lembaran baru dengan usaha menambah bilangan penganut Kristian akan tetap diteruskan. Di mana sebelumnya Pope telah berjaya menambahkan bilangan penganut kristian Roman Katolik dari 757 juta kepada 1.1 billion (Berita Minggu April 10 2005). Ini bermakna Pope dulunya adalah ketua “think tank” ke arah memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.
Kematian Pope John Paul II seolah-olah satu tragedi sehingga masyarakat dunia dan umat Islam merasakan kehilangannya. Beratus-ratus pemimpin Barat dan Islam serta masyarakat dunia menangisi dan telah menghadiri pengkebumiannya. Bukan itu sahaja, keluarga dan kerabat Pope telah menerima ucapan takziah dari setiap pelusuk dunia termasuklah orang Islam sendiri. Persoalan yang timbul adalah, adakah mengucapkan takziah kepada orang kafir itu dibenarkan dalam Islam?
Menurut Wahbah al-Zuhaili (Fiqh Perundangan Islam Jilid II m/s 565), mengatakan takziah adalah menghiburkan hati keluarga si mati, mendorong agar bersabar dengan pahala yang dijanjikan, menggalakkan mereka supaya menerima qadaÂ’ dan qadar Allah, dan mendoakan bagi si mati yang Islam. Ucapan takziah boleh dilakukan selama tiga hari dan tiga malam. Selepas tempoh itu ianya menjadi makruh kecuali bagi orang-orang yang tidak dapat hadir ketika hari kematian, ia bertujuan agar kesedihan tersebut tidak berterusan. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud
“Tidak harus bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat berkabung ke atas simati lebih daripada tiga hari kecuali atas suaminya 14 hari”
Menurut pendapat ulama Imam Malik, perbuatan mengulangi takziah adalah makruh. Pendapat ulama Syafie dan Hanbali pula menyatakan bahawa mengucapkan takziah dan tanpa melakukan apa-apa adalah makruh kerana sikap ini hanya mengekalkan kesedihan. Manakala mendoakan dan beristigfar untuk suatu kematian adalah haram jika yang mati adalah kafir.
Tidak ada ungkapan khas untuk mengucapkan takziah. Di samping itu juga pendapat ulama Hanbali mengharamkan mengucapkan ucapan takziah ke atas keluarga orang kafir yang mati. Pengucapan sedemikian adalah dianggap telah memperbesarkannya sebagaimana memulakan ucapan salam ke atasnya. (Fiqh Perundangan Islam Jilid II m/s 567)
Mengucapkan takziah kepada orang kafir agar dapat menghiburkan keluarganya dan meminta mereka bersabar dengan pahala yang dijanjikan adalah sesuatu yang pelik dan ia tidak sepatutnya dilakukan. Apatah lagi ada sebilangan umat Islam cuba mendoakan kesejahteraannya.
Kematian Pope John Paul II telah mendapat simpati dari segenap pelusuk dunia, tetapi kematian umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di mana pun jua akibat buah tangan kafir Barat, langsung tidak mendapat belas kasihan dari ulama Islam sedikitpun. Ini bertentangan dengan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam hadis Rasulullah SAW bahawa nilai setitik darah umat Islam jauh lebih utama daripada Kaabah dan sekelilingnya.
Warisan Pope?
Antara perjuangan Pope yang menjadi ikutan para pemikir Islam dan bukan Islam ialah dialog antara agama, kesatuan agama dan pluralisme. Pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah muncul sejak tahun 1932 lagi. Gagasan dialog antara agama adalah gagasan yang sangat keji dan terlalu asing bagi umat Islam. Ia sebenarnya adalah suatu bentuk pemikiran keji yang dibawa oleh Barat yang mana sebelumnya tidak pernah muncul di dalam dunia Islam. Gagasan ini bertujuan untuk mencari “titik persefahaman” antara agama atau cuba membentuk agama baru. Propaganda Barat ini mahukan umat Islam dipesongkan dan di bentuk supaya bersetuju bahawa semua agama sebagai agama yang “baik”.
Gagasan ini dicetuskan oleh Perancis semasa mengutuskan delegasinya untuk berunding dengan ulama al-Azhar di Kaherah, bertujuan membahas idea penyatuan tiga agama: Islam, Kristian dan Yahudi. Gagasan ini diteruskan dengan direalisasikan dengan Persidangan Paris 1933 yang dihadiri oleh para orientalis dan misionaris dari berbagai universiti dari Barat. Persidangan antara agamaan dengan an diadakan sedunia telah berlangsung pada tahun 1936 dan merupakan persidangan terakhir sebelum perang dunia II, dan selepas itu Barat mula sibuk mengadakan persidangan yang serupa sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1964, Paus Paulus VI menulis sebuah risalah yang menyerukan dialog antara agama. Selanjutnya pada tahun 1969, Bandaraya Vatican telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk: Alasan Dialog Antara Kaum Muslim dan Kaum Kristian. Sepanjang dasawarsa 70-an dan 80-an lagi telah diadakan lebih daripada 13 pertemuan dan persidangan untuk dialog antara agama dan peradaban sedunia. Tidak ketinggalan juga umat Islam sendiri menjadi jaguh dialog antara agama di tempat mereka sendiri.
Justifikasi Dialog Antara Agama.
Pada mulanya, para peserta persidangan agama mencadangkan agar membendung aktiviti “kekufuran” dan atheism yang wujud dalam negara Kesatuan Soviet pada masa itu yang berideologikan komunisme. Di samping itu juga, sikap mereka yang ingin membela “orang yang beriman” di muka bumi (konsep Unity of Faith) serta memandang kebenaran yang bersifat relatif dan nisbi. Di mana tidak boleh mana-mana individu mendakwakan bahawa agama mereka adalah yang paling benar. Kebenaran bagi meraka mestilah datang dari suara majoriti dengan menggunakan kaedah demokrasi.
Apabila telah dibentuk justifikasi-justifikasi, maka timbul beberapa cadangan ke arah kesama-rataan agama dalam banyak dialog dan persidangan sedunia. Di mana antaranya ialah:
Memberi definisi dan dimensi baru kepada beberapa istilah antaranya kufur, atheis, syirik, iman, Islam, moderat, ekstrem, terorisme dan fundamentalisme. Akhirnya istilah tersebut tidak akan menjadi faktor pemecah belah kepada penganut agama yang berbeza.
Mencari titik persamaan atau titik pertemuan antara Islam, Kristian dan Yahudi yang meliputi aspek akidah, moral dan budaya. Bertujuan mewujudkan kesatuan agama (unity of faith), kerana pada dasarnya ahli kitab adalah orang yang beriman yang menyembah Allah.
Mencipta piagam yang serupa dengan hak asasi manusia. Bertujuan agar dapat hidup harmoni dan memantapkan perdamaian antara sesama agama yang berbeza. Ini dapat dilakukan dengan menghilangkan keyakinan batas-batas prinsip agama masing-masing dan menghapuskan sikap permusuhan dalam budaya bangsa dan politik negara.
Melakukan pembinaan semula terhadap sejarah dan kurikulum pendidikan dengan menghapuskan perkara yang membangkitkan kemarahan. Serta pembahasan akidah dan ibadah juga perlu diubah.
Memerlukan pemahaman yang sama terhadap beberapa perkataan yang berbeza seperti keadilan, perdamaian, wanita, hak asasi manusia, demokrasi, etika kerja, pluralisme, kebebasan, masyarakat madani dan lain-lain lagi.
Orang-orang kafir memang tidak berupaya menjauhkan kaum muslimin dari akidah mereka. Oleh yang demikian mereka memerlukan missionaries dan orientalis, dengan mengeluarkan artikel dan jurnal kebudayaan dengan memanipulasikan politik, ideologi dan media. Walaubagaimanapun, semua ini gagal. Tindakan mereka ini telah digambarkan oleh Allah dalam Al Quran yang berbunyi:
“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kalian sampai mereka dapat mengembalikan kalian dari agama kalian (kepada kekafiran) seandainya mereka mampu” (TMQ al-Baqarah (2):217)
Jadi mereka pun menggunakan institusi sah di negara mereka dan di negara umat Islam seperti universiti dan pusat pendidikan, dewan gereja dunia dan menjalin kerjasama dengan gerakan-gerakan Islam. Oleh itu, penggunaan istilah dan ungkapan-ungkapan yang mempunyai makna tidak jelas seperti reformasi, globalisasi, civilasation, universal knowledge dan etika, keharmonian, toleransi, kesederhanan dan membuang fanatisme dan ektrimisme untuk menipu umat Islam.
Orang-orang kafir Barat sentiasa memperbaiki berbagai pemikiran yang bersumber dari ideologi kapitalis dan mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Akibatnya sebahagian kaum muslimin dan yang sedihnya pejuang Islam sendiri menyangka ia berasal dari Islam. Pemikiran yang terpesong itu, seringkali menjadi perdebatan adalah demokrasi, kebebasan, plularisme politik dan lain-lain lagi. Sebaliknya perkataan Islam seperti jihad, hudud, poligami disifati sebagai kolot dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba canggih dan maju. Nyata sekali pemikiran seperti itu adalah pemikiran yang dibentuk daripada pemikiran kapitalis. Di mana kapitalis menggunakan fakta sebagai sumber hukum, bukan menundukkannya sebagai objek penerapan hukum. Serta manfaaat seringkali dijadikan sebagai standard untuk mengambil dan menolak sesuatu hukum, dan bukannya halal dan haram.
Orang kafir inginkan semua agama dan peradaban adalah universal melalui dialog ini. Orang kafir juga berkehendakkan orang Islam dapat beritegrasi ke dalam semua aspek budaya Barat. Kerana Islam dianggap agama yang tidak mempunyai peradaban. Dengan begitu dialog antara agama ini hanya ditujukan kepada kaum muslimin, namun peliknya bagaimana ulama Islam boleh menerima begitu sahaja tanpa ada rasa bersalah apabila Islam disama-ratakan dengan agama Budha dan agama lain.
Khatimah
Wahai Kaum Muslimin yang mulia,
Kita diperintahkan melakukan amal perbuatan sesuai dengan hukum Islam, kerana kewajiban ke atas kita untuk menyesuaikan amal perbuatan dengan segala perintah dan larangan Allah SWT. Allah SWT berfirman:
"…apa yang diberikan Rasul kepadamu maka ambillah. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah..” (TMQ al-Hasyr : 7)
Maka setiap perbuatan umat Islam mestilah terikat dengan hukum syaraÂ’, diharamkan mengambil pandangan dan pemikiran yang datang daripada selain Islam (contohnya Barat). Dialog antara agama dan antara peradaban untuk mencari titik persefahaman dan peradaban baru manusia adalah ilusi dan khalayan semata-mata. Justeru itu, mesti dilakukan pertembungan pemikiran (ash-shiraÂ’ al-fikri) di antara agama dan peradaban, bukannya kesefahaman. Akhirnya hak dan batil, kehinaan dan kemuliaan akan dapat diketahui. Allah SWT berfirman
“Buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, sementara yang memberi manfaat kepada manusia akan tetap ada di bumi. (TMQ ar-RaÂ’d (13):17)
Apa yang telah diperjuangkan oleh Pope John Paul II sebenarnya adalah aktiviti memurtadkan umat Islam beramai-ramai. Aktiviti ini adalah aktiviti terancang dan teratur yang disokong dan dibantu dari segala sumber oleh negara-negara kafir Barat dan mereka-merka yang membenci Islam. Oleh yang demikian umat Islam, wajib menyediakan segala persedian yang termampu untuk melakukan pertembungan dan konfrantasi melawan musuh Islam.
“ Dan sediakan akan kamu kekuatan apa sahaja dan dari kuda yang tertambat untuk mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu…. (TMQ al-Anfal (8):60)
Daulah Khilafah adalah persedian yang paling signifikan untuk menagkis serangan ini dan dapat mengalahkan segala bentuk serangan orang kafir. Daulah Khilafah akan terjun turut serta ke medan pertarungan baik yang berbentuk fizikal dan jihad (ash-shiraÂ’ al-madiÂ’) mahupun pertarungan pemikiran (ash-shiraÂ’ al-fikri). Semua ini ditujukan dalam rangka menyebar-luaskan peradaban Islam yang tinggi dan benar serta memusnahkan peradaban kapitalis palsu dan rosak.
Wallahua'lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:16:00 GMT -1
SN14 - Rasulullah Idola Sejati
Mukadimah
[SN14] Pada 15hb April 2005 yang lalu, Program Fiesta Media Idola telah dirasmikan oleh Sultan Pahang di Stadium Darul Makmur. Fiesta Media Idola (FMI) ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan diantara pihak media, artis, bintang sukan dan rakyat. Acara yang diadakan pada 15-17 April itu dikatakan telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Ini tidaklah menghairankan memandangkan ramai artis popular dan bintang sukan yang terlibat di dalam acara yang dipertandingkan. Para peminat sudah tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan artis yang selama ini menjadi idola mereka. Namun hakikatnya, disebalik ‘kejayaan’ penganjuran program tersebut, tidakkah kita tertanya-tanya samada menjadikan artis dan bintang sukan sebagai idola akan benar-benar dapat membina shakhsiah para remaja Islam kita hari ini? Kejadian-keajadian tidak bermoral yang begitu banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini sudah tentu membimbangkan kita dan kewajaran diadakan Fiesta sebegini perlulah dipersoalkan.
Apa yang kita perlukan bukanlah idola yang akan terus menjerumuskan rakyat, terutamanya para pemuda-pemudi kita ke lembah kekusutan, namun apa yang diperlukan adalah idola yang akan dapat mengembalikan kegemilangan dan keunggulan umat yang digelar Allah swt sebagai umat yang terbaik. Hanya selang beberapa hari selepas Fiesta ini, sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Bukankah sewajarnya, pada hari itu dan hari-hari seterusnya, kita menghayati rahmat yang telah Allah turunkan untuk alam semesta ini dan memahami tujuan sebenar Rasulullah saw diutus kepada umat manusia. Inilah idola yang sewajarnya dijadikan contoh oleh umat manusia, terutamanya para pemuda-pemudi yang merupakan harapan kaum muslimin dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran yang lahir daripada kefahaman tersebut seharusnya membuatkan kita insaf terhadap apa yang berlaku kepada sebahagian besar kaum muslimin diseluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia pada masa ini sudah tidak lagi dianggap sebagai umat yang terbaik. Umat Islam hari ini sudah jauh ketinggalan di dalam banyak aspek kehidupan. Bahkan, di sesetengah negara, umat Islam berada didalam keadaan yang cukup hina.
Tujuan Rasulullah SAW Diutus
Firman Allah swt:
“Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam” [ TMQ Al Anbiyaa’(21) : 107]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”[TMQ Ash Shaff (21) : 9]
“Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ At Taubah(9):33]
Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan membawa petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan kepada wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai oleh Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di dalam kehidupan kita.
Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan mengajak mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan sebahagian besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui penubuhan negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah berhenti dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi’in sehingga hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.
Hukum Mengikuti Perbuatan Rasulullah
Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab) baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak menunjukkan makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah) tertentu dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status wajib, sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw hanya menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian, qarinahlah yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau mubah. Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw. Aspek pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda (hukmu al-ittiba’). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. Aspek kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di dalam aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun mubah.
Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati bahawa sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini. Perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam dan mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan secara berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa tanggungjawab untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh dinafikan dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.
Menegakkan Negara Islam Yang Pertama
Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan dapati bahawa perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah suatu kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui petunjuk daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi prasyarat kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap Dzahriyah dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan kekuasaan politik untuk menerapkan Islam.
Tahap 1 : Dakwah Sirriyah
Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam kepada para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat yang telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.
Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun, Islam disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran atau ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada masa ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para sahabat agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang kuat terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang mendalam pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw, setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk melakukan kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik. Oleh kerana itu, Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang kuat di kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam bukanlah bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan usaha yang bersifat kolektif dan pada peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh tahap seterusnya.
Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)
Firman Allah swt: “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya tuhan yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui ( akibatnya)” [TMQ Al Hijr(15) : 94-96]
Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui wahyu Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan setiap tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti. Pada tahap kedua ini, Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima dan menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan jahiliah dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menghadiri jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada mereka.
Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok tersusun dan bersistem (jama’ah mutakattilah) yang beri’tikad untuk menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai, adat-tradisinya yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya, serta sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya. Perjuangan kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal ini membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk Islam adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami kemurnian, kebijaksanaan dan kebenaran Islam.
Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan. Ketika Quraisy tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw dengan pemikiran dan perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar menawar. Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan. Namun, Nabi saw. menolak segala bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka. Kerana kegagalan tersebutlah menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula melakukan kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara langsung terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau. Namun begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah bahkan kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.
Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan mendokong penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan kekuasaan dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin Sha’sha’ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw mencari sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat dilihat di dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha’sha’ah kepada Rasulullah saw, “ Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang orang-orang Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan tetapi ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?” ( Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam).
Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh kejayaan menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan adanya suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar untuk menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan dakwah Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika menghadapi gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan kekuatan yang boleh melindungi umat Islam. Lebih dari itu, semua peristiwa dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya yang bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki kekuatan yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan fizikal yang menghalang penyebarannya.
Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam
Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik perhatian rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai’ah Aqabah ke 2 . Bai’ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai’ah ini, mereka berjanji akan melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah saw.
Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah saw akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke Madinah merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat lisan dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah institusi negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah saw dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi negara. Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata, sekaligus mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari kekuatan kufur.
Kejayaan Rasulullah SAW
Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar mengambil nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu. Tujuan sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan dakwahnya - tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara sempurna dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:
“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu” [TMQ Al Maidah(5) : 3]
Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda adalah menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan Rasulullah saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti mempunyai matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah. Islam tidak boleh diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan Islam secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada sebahagian yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan. Tidak wajar juga sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan semata-mata atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan berbagai nama yang indah-indah – namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih tidak diterapkan. Allah swt berfirman:
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa telah diturunkan oleh Allah swt mereka itu adalah orang-orang yang fasiq” [TMQ Al Maidah (5)]
Wahai kaum muslimin!
Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada tolok bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh selain baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab’in telah menjadikan Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan dan semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga dunia. Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain dari waktu ini.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah”
[TMQ Al Ahzab (33) : 21]
Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu paluan gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu. Masa kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan tertanya-tanya…adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita ini suatu realiti? Ataukah mungkin hanya fatamorgana? Fikir-fikirkanlah.
Wallahua'lam
|
|