Post by super on Nov 7, 2009 13:41:36 GMT -1
Arab Saudi bedil pemberontak Syiah
--------------------------------------------------------------------------------
RIYADH 6 Nov. - Arab Saudi hari ini mengesahkan telah melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Syiah di utara Yemen bagi 'menghapuskan penyusup' yang menyeberangi sempadan dan membunuh pengawal sempadannya.
Serangan dari selatan wilayah Jizan itu bertujuan 'menghentikan serangan penceroboh' dan membersihkan kawasan tersebut yang telah dimasuki mereka, menurut kenyataan kerajaan dalam agensi berita rasmi, SPA.
Sebelum ini, penasihat kerajaan memberitahu jet pejuang F-15 dan Tornado mengebom kawasan pemberontak Zaidi berhampiran sempadan wilayah selatan Jizan sejak semalam.
"Mereka menyerang dengan kuat dan terus melancarkan serangan.
"Ini bukan strategi serang dan lari, tetapi tektik serangan berterusan yang mungkin akan melibatkan serangan darat ke Yemen untuk 'menghapuskan' kem pemberontak dengan kerjasama pihak berkuasa Yemen," kata sumber maklumat itu.
Amerika Syarikat memberitahu mereka masih belum dapat mengesahkan serangan tersebut, tetapi jurucakap Jabatan Negara, Ian Kelly berkata, Washington bimbang tentang konflik itu.
"Pada pendapat kami, tindakan ketenteraan jangka panjang tidak perlu diambil dalam konflik antara kerajaan Yemen dengan pemberontak.
"Kami berharap kedua-dua pihak berusaha melindungi orang awam dan meminimumkan kerosakan ke atas kemudahan infrastruktur," kata Kelly.
Serangan itu dilancarkan selepas sekumpulan kecil militan Zaidi memasuki wilayah Arab Saudi pada Selasa lalu di kawasan Jebel al-Dukhan dan menduduki dua perkampungan kecil di kawasan sempadan.
Mereka membunuh dua pengawal sempadan dan mencederakan 11 yang lain sebelum diusir keluar oleh tentera Arab Saudi. - AFP