super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Nov 4, 2009 6:17:19 GMT -1
Kapal dibina dari runtuhan WTC
.
--------------------------------------------------------------------------------
NEW YORK 3 Nov. - Kapal penggempur baru tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS New York yang dibina dengan keluli daripada runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) tiba di bandar raya ini semalam dengan disambut tembakan hormat 21 das berhampiran lokasi serangan pengganas pada 2001.
Anggota pasukan kecemasan, ahli keluarga mangsa serangan 11 September dan orang ramai dijemput ke kawasan dermaga untuk melihat USS New York dan krewnya berdiri tegak di sepanjang geladak kapal tersebut.
Kapal besar itu berlabuh dan sejurus kemudian, 21 tembakan dilepaskan, dalam tiga das berturut-turut.
Haluan kapal bernilai AS$1 bilion (RM3.4 bilion) yang dibina di Louisiana itu mengandungi kira-kira 7.5 tan keluli daripada runtuhan WTC.
Selepas singgah di tapak serangan dikenali sebagai ground zero, USS New York belayar di Sungai Hudson ke Jambatan George Washington sebelum berpatah balik ke selatan menghala ke Dermaga 88 di Manhattan.
Upacara pentauliahan rasmi dijadual berlangsung pada Sabtu ini. - AP
|
|